Your hugs inspired ours - Huggies

December 29, 2017

Masih teringat lagi kali pertama CN peluk anak sulung CN, Irfan sejurus selepas bersalin. Hilang semua sakit selepas si kecil di dalam dakapan. Rasa tenang dan mengalir air mata CN apabila Irfan berada di dalam dakapan CN. Tidak dapat digambarkan perasaan bahagianya CN ketika itu apabila pertama kali bergelar seorang ibu. Betapa hebatnya kuasa pelukan bukan? Hilang sakit bagi si ibu dan penenang jiwa bagi si kecil.

huggies, pengalaman menggunakan huggies, pelukan ibu untuk si manja anda, your hugs inspired ours, video terbaru huggies, video huggies
Pelukan ibu untuk si manja yang ceria

Pelukan ibu untuk si manja anda


Pelukan ibu sangat ajaib dimana dapat mengurangkan stress untuk si ibu dan menenangkan si kecil. Teringat lagi ketika CN bawa anak-anak ke Karnival Upin Ipin, Dhia Zahra menjerit-jerit menangis sebab takutkan maskot Upin Ipin yang besar. Dengan pelukan yang erat dan ciuman CN dapat tenangkan Dhia Zahra yang ketakutan ketika itu. Almaklumlah, anak perempuan ni manja dia lain sikit. Suka dipeluk dan dibelai tau. CN percaya anda juga mempunyai pengalaman seperti ini kan?

huggies, pengalaman menggunakan huggies, pelukan ibu untuk si manja anda, your hugs inspired ours, video terbaru huggies, video huggies
Pelukan CN ketika Dhia Zahra ketakutan dengan maskot Upin Ipin

Melalui pelukan juga CN dapat tidurkan si kecil walau berada di luar dan ketika suasana bising. Betapa tenangnya si kecil tertidur dalam pelukan ibu tau. Tengoklah gambar Dhia Zahra di bawah yang sangat lena tidur di dalam pelukan. Kita sendiri pun tidak dapat melawan perasaan untuk cium si kecil yang tidur di dalam pelukan kita bukan? Sangat comel & menggoda ! 


huggies, pengalaman menggunakan huggies, pelukan ibu untuk si manja anda, your hugs inspired ours, video terbaru huggies, video huggies
Dhia Zahra yang tenang tidur di dalam pelukan 


Bukan sahaja si ibu, malah si ayah juga dapat tenangkan si kecil dengan menggunakan kuasa pelukan. Jadi apa tunggu lagi, cepat peluk anak anda sekarang juga ! 😉

huggies, pengalaman menggunakan huggies, pelukan ibu untuk si manja anda, your hugs inspired ours, video terbaru huggies, video huggies
Dhia Zahra yang ceria di dalam pelukan ayah

Your hugs inspired ours, Huggies


Huggies, jenama lampin pakai buang mampu milik yang tidak perlu diperkenalkan lagi menggunakan konsep pelukan ibu yang menenangkan si kecil untuk menghasilkan lampin bayi yang sangat selesa. Huggies yang selesa & muat pada punggung bayi membuatkan si kecil selesa seolah-olah berada dalam dakapan ibu. 

CN sendiri memakaikan Huggies untuk kedua-dua anak CN iaitu Irfan & Dhia Zahra. Anak-anak CN bukan sahaja selesa, malah bebas bermain dan bergerak. Keselesaan yang diberikan oleh lampin pakai buang Huggies ini membantu anak-anak CN bermain dengan lebih ceria dan tidak perlu risau dengan masalah ruam lampin. Bukan sahaja selesa dan tahan lama dimana boleh dipakai sehingga 8 jam, malah klinikal tested membuatkan ia jenama yang dipercayai. Huggies muat, selesa & dilindungi hokay !


Video "Your hugs inspired ours, Huggies"



Video terbaru dari Huggies ini bercerita tentang pengalaman sekumpulan ibu tentang perasaan mereka apabila mendakap si kecil. Sama seperti CN, ibu-ibu ini juga mempunyai pelbagai perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dengan pelukan, ibu dapat tunjukkan perasaan sayang kepada si kecil. Pelukan dari ibu juga memberikan rasa dilindungi si kecil. CN paling tertarik dengan penyataan dari seorang ibu di dalam video ini iaitu: 

"Saya dakapnya dengan selesa dan erat agar dia rasa dilindungi. Inilah perasaan yang terindah di dunia ! "

Anda mesti menonton video terbaru dari Huggies ini yang pasti menyentuh perasaan sebagai seorang ibu. 

huggies, pengalaman menggunakan huggies, pelukan ibu untuk si manja anda, your hugs inspired ours, video terbaru huggies, video huggies
Pelukan dari seorang ibu untuk si kecil yang ceria

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

7 comments

  1. Betul betul kuasa pelukan menakjubkan. Anak yang mengamuk boleh tenang dengan pelukan.

    ReplyDelete
  2. Pelukan ini mempunyai kuasa yang luar biasa kan? Auni kalau meraung, husband peluk terus rasa reda sangat.... Bagus Huggies ni membuat baby selesa umpama mendapat pelukan dari ibu. haaa gittew..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.