Resepi bubur pulut hitam | Bubur pulut hitam antara bubur manis kegemaran CN. Kalau dapat makan ni, memang tak sedar dah makan bermangkuk-mangkuk. Lagi-lagi bubur pulut hitam ni dimakan panas-panas ! Fuh, sedapnya! Meh sini CN kongsi dengan anda resepi bubur pulut hitam yang sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan periuk kesayangan ramai iaitu Noxxa.
Selamat mencuba !
Selamat mencuba !
Bubur bubur pulut hitam Noxxa
Resepi Bubur Pulut Hitam |
Bahan-bahan membuat bubur pulut hitam
>> 2 cawan beras pulut hitam (direndam 30 minit dan toskan)
>> 2 cawan santan
>> 4 cawan air
>> 1 cawan gula (nak sedap boleh letak gula perang)
>> Sehelai daun pandan yang diikat
>> Secubit garam
Cara-cara membuat bubur pulut hitam menggunakan Noxxa
>> Masukkan beras pulut hitam, air serta daun pandan ke dalam inner pot.
>> Tutupkan periuk dan tekan mode HP 45 minit
>> Setelah 45 minit, release kan wap dan tekan mode STIR FRY
>> Masukkan santan, gula dan sedikit garam.
>> Kacau sebati dan didihkan selama 5 minit.
>> Siap bubur pulut hitam Noxxa yang super sedap dan maveles !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Kek Kurma Tanpa Telur Noxxa | Alahai periuk Noxxa, ada je projek CN bersama periuk kesayangan ni tau. Kali ni CN nak share resepi kek kurma tanpa telur menggunakan periuk Noxxa. Cantik pulak tekstur atas kek kurma ni dah macam brownies kedut pulak ! Eh ! Kenapa tanpa telur? Telur dah habis dekat rumah, tapi nak juga buat kek. Maka terhasillah kek kurma tanpa telur yang masih gebu gebas dan just nice manisnya.
Resepi Kek Kurma Tanpa Telur Noxxa
Kek Kurma Noxxa |
Bahan-bahan membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
3/4 cawan susu kotak/UHT/full cream
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh letak lebih sikit gula tu)
1/2 cawan minyak masak
15 biji kurma dibuang biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Cara-cara membuat kek kurma tanpa telur Noxxa
1. Blender kurma, gula, susu dan minyak masak hingga hancur.
2. Kemudian masukkan dalam bekas dan campurkan bahan blender tadi bersama esen vanila.
3. Masukkan baking soda, baking powder, tepung dan kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam inner pot dan set STEAM 20 minit. Kalau tak suka 'garing', set kan kepada 17 minit sahaja.
5. Periuk Noxxa anda akan berbunyi bising, jangan takut. Biarkan je dia 'melalak'. Hehehe
6. Bila dah siap, tunggu sejuk dan barulah dikeluarkan.
7. Siap sudah kek kurma tanpa telur yang gebu !
Selamat mencuba !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila kita bersedekah kepada orang yang memerlukan, kita fikir kita membantu dunia mereka tetapi sebenarnya kita membantu akhirat kita.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
SnoWalk I-City | Seronoknya bermain salji di SnoWalk I-City, full cerita ada di SINI.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Hiking di Bukit Jugra | Setelah 7 tahun menjadi warga Banting, baru-baru ini CN berjaya menjejakkan kaki ke puncak Bukit Jugra. Hiking trail kami merupakan trail untuk berbasikal. Dasyat tak trail ni. Memang mencabar ditambah dengan CN yang lama tak exercise, pancit lah jawabnya! Dua kali muntah tau. Itulah, malas sangat nak exercise. Memang badan tak fit. Tapi disebabkan semangat yang kuat & dorongan adik-adik yang excited nak tengok puncak bukit berkabus, akhirnya sampai juga kami ke puncak Bukit Jugra. Layankan jela beberapa keping gambar yang sempat di snap.
Bila jumpa laluan & pokok yang cantik, mesti berhenti untuk bergambar ! Hehehe |
Gambar ni bukan blur tau, belakang CN tu berkabus ye. |
Video Jugra Hill Hiking Trail
Cantik kan hutan di Bukit Jugra ni? Best sangat |
Puncak Bukit Jugra Yang Berkabus
Mungkin kerana hujan lebat malam sebelum kami hiking, pagi tu sampai je puncak..wah! Berkabus! Memang sejuk & nyaman je. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah SWT. Sambil merehatkan badan, sempat kami picnic dengan bancuh kopi O panas sambil cicah biskut & makan roti campur tuna. Fuh ! Bahagia je rasa.
Sesi photoshoot masing-masing |
Keadaan puncak bukit yang berkabus |
Sambil picnic tu, sempat pulak ulat gonggok 'gergasi' datang join kami. Tengoklah video di bawah betapa adik CN si Izzati tu dengan relax je ber'main' dengan ulat gonggok tu. Fuh!
Wajah bahagia setelah selamat turun. Next hiking? Tunggu lah tahun depan pulak ! Hehehe.. |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
La Cust Crispy Chili | La Cust Crispy Chili dengan custom muka anda? Unik kan? Rasa-rasanya nak tak muka anda yang cantik & hensem tu terpampang pada label La Cust Crispy Chilli?
Boleh dapatkan di << http://bit.ly/2Sd7vUe >>
Boleh dapatkan di << http://bit.ly/2Sd7vUe >>
Gambar muka sendiri pada label botol La Cust Crispy Chili |
La Cust Crispy Chili, sedap sangat !
Sedap sangat La Cust Crispy Chilli ni tau. Menggunakan hanya bahan berkualiti tinggi terpilih dalam setiap botol. Tak ada biji cili tau. Paling best tak ada perasa, pewarna, acid lemak atau minyak haiwan. Diyakini gituw.
Video CN makan La Cust Crispy Chili bersama makanan kegemaran
Anda juga boleh dapatkan perisa terbaru Organnic & Ikan Bilis Crispy Chili di MyStartr. Mereka akan beri banyak cash voucher taw! Wow!
#mainmainmy #mystartr #lacustcrispychili #lacust #crispychili #crowdfunding
CN sudah ada custom botol La Cust Crispy Chili dengan gambar CN, anda bila lagi? |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Hard Rock Hotel Desaru Coast | Syoknya cuti ni kalau dapat bersama keluarga bercuti ke Hard Rock Hotel Desaru Coast. Pemandangan yang cantik serta happening, memang syiok habis kan? Sementara tunggu untuk bercuti ke sana, jadilah berangan sekejab dengan merchandise dari Hard Rock Hotel Desaru Coast. Comel sangat plush toy Sir Kingston yang 'handsome' tapi pemalu ni. Bergaya pulak dengan cermin mata hitam Hard Rock gituw. Lagi lah rock! Untuk maklumat lanjut layari lamanweb : https://www.hardrockhotels.com/desaru-coast
Hard Rock Hotel Desaru Coast Merchandise
CN bersama Hard Rock Hotel Merchandise |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Seronok sangat cuti sekolah ye sampai excited melompat keriangan di Bandar Rimbayu IJM Land.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Huggies lampin pakai buang terbaik | Huggies merupakan
salah satu di antara jenama lampin pakai buang terbaik yang dipercayai oleh
ramai ibu bapa di luar sana termasuklah CN. CN sendiri memakaikan Huggies untuk
kedua-dua anak CN iaitu Irfan dan Dhia Zahra. Anak-anak bukan sahaja selesa,
malah bebas bermain dan bergerak. Keselesaan yang diberikan oleh lampin pakai
buang Huggies membantu anak-anak CN bermain dengan lebih ceria dan sebagai ibu
CN tidak perlu risau dengan masalah ruam lampin. Bukan sahaja selesa dan tahan
lama di mana ia boleh dipakai sehingga tempoh 8 jam, malahan ianya telah diuji
secara klinikal yang mana ia telah menjadikan Huggies sebagai lampin
pakai buang terbaik dan dipercayai di Malaysia.
Malaysia's Fastest
Absorbing Diaper Pants - Huggies
Tahukah anda bahawa Huggies merupakan jenama lampin pakai buang yang terpantas
menyerap basahan? Teknologi Rapid Absorb pada lampin pakai buang Huggies Dry
Pants ini menyerap basahan dengan segera untuk memastikan si kecil sentiasa
kering dan selesa.
Teknologi Rapid Absorb ini menggunakan 1,000 lubang mikro pantas serap pada
Huggies Dry Pants untuk penyerapan basahan dengan segera. 1000 lubang mikro
pantas serap tersebut bukan sahaja menyerap tetapi mengunci cecari bahasan di
dalamnya supaya permukaan Huggies Dry Pants yang dipakai oleh bayi sentiasa
kering dan selesa. Menarik kan?
Huggies Dry Pants mempunyai ciri
5-way comfort fit di mana, ianya mempunyai kuasa regangan dan kadar keanjalan
yang lebih baik berbanding lampin pakai buang jenama lain. 5-way comfort fit memberikan penekanan kepada
keselesaan bayi di bahagian pinggang, punggung, celah kangkang dan
kedua-dua kaki si kecil. Ini kerana sesetengah lampin pakai buang terlalu
ketat dan menjadikan si kecil tidak seleasa. CN paling suka dengan Huggies Dry
Pants ini kerana fit pada anak-anak CN. Memang anak-anak CN selesa tau.
Tawaran Menarik
Huggies di Lazada
Paling best beli Huggies di Lazada kerana terdapat pelbagai promosi menarik
tau. Anda boleh dapatkan Huggies pada harga promosi di Lazada dengan klik link
ni 👇
http://bit.ly/2LgcBwt
#HuggiesMyFastest
~ Sharing is caring from Cikgu
Norazimah ~
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.
Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan
Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.
Tak rindukah pada kampung anda ?
Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan
mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..
Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?
Rabb yang mulia
Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, taat padaNya serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi perintahNya?
Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.
Kenapa kita lupa?
Rumah kita jauh lebih indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami sholeh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.
Bila Keluarga mereka akan pulang?
Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis laknatullah yaitu neraka.
Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati.
INGAT...
INI BUKAN RUMAH KITA
~ Salam Jumaat dari Cekgu Norazimah ~
cerita review
Althea Pore Purifying Serum Cleanser, serum & cleanser dalam 1 botol
December 20, 2018
Althea Pore Purifying Serum Cleanser | Serum dan cleanser dalam 1 botol? Hah, inilah baby baru dari Althea Korea iaitu Althea Pore Purifying. Mempunyai 2 fungsi menarik iaitu sebagai cleanser dan juga sebagai makeup removal. Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini membantu membuang kotoran dari dalam liang roma & mengekalkan keseimbangan pH pada kulit wajah. CN suka cleanser ni sebab ia berfungsi seperti serum dengan membantu mengecilkan liang roma, kulit lebih bersih & segar serta lembut untuk dipegang. Patutlah Dhia Zahra suka cium pipi mama dia, eh!
CN suka sangat pada Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini sebab mempunyai 2 fungsi iaitu sebagai cleanser & makeup removal. Memang jimat cuba 1 botol sahaja tau. Cara nak guna pun sangat senang!
Sebagai Makeup Removal
Step 1 : Tuang sedikit Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada telapak tangan anda.
Step 2 : Urut pada wajah dengan gerakan membulat untuk mengeluarkan kotoran dan solekan pada wajah anda.
Step 3 : Bilaskan dengan air.
Sebagai Pembersih Wajah/Cleanser
Step 1 : Lembabkan wajah dengan air, letakkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada telapak tangan anda.
Step 2 : Urut secara perlahan produk ini ke seluruh kulit wajah dengan gerakan membulat selama 5 hingga 10 saat & bilas dengan air.
Bahan utama dalam Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah ekstrak daun mint, jojoba seed oil & ekstrak daun teh. Ekstrak daun mint sudah tentu untuk menyejukkan kulit & mengurangkan kerengsaan lagi-lagi ketika kulit burn selepas berpanas di bawah cahaya matahari. Jojoba seed oil pula membantu melembabkan kulit manakala ekstrak daun teh mempunyai sifat antibakteria yang membantu kulit dengan lebih mendalam.
Althea Pore Purifying Serum Cleanser, serum & cleanser dalam 1 botol |
Althea Pore Purifying Serum Cleanser - Cleanser & Makeup Removal
CN suka sangat pada Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini sebab mempunyai 2 fungsi iaitu sebagai cleanser & makeup removal. Memang jimat cuba 1 botol sahaja tau. Cara nak guna pun sangat senang!
CN sudah cuba Althea Pore Purifying Serum Cleanser, anda bila lagi? |
Sebagai Makeup Removal
Step 1 : Tuang sedikit Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada telapak tangan anda.
Step 2 : Urut pada wajah dengan gerakan membulat untuk mengeluarkan kotoran dan solekan pada wajah anda.
Step 3 : Bilaskan dengan air.
Sebagai Pembersih Wajah/Cleanser
Step 1 : Lembabkan wajah dengan air, letakkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada telapak tangan anda.
Step 2 : Urut secara perlahan produk ini ke seluruh kulit wajah dengan gerakan membulat selama 5 hingga 10 saat & bilas dengan air.
Althea Pore Purifying Serum Cleanser |
3 Bahan Utama Dalam Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Bahan utama dalam Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah ekstrak daun mint, jojoba seed oil & ekstrak daun teh. Ekstrak daun mint sudah tentu untuk menyejukkan kulit & mengurangkan kerengsaan lagi-lagi ketika kulit burn selepas berpanas di bawah cahaya matahari. Jojoba seed oil pula membantu melembabkan kulit manakala ekstrak daun teh mempunyai sifat antibakteria yang membantu kulit dengan lebih mendalam.
Berminat untuk mencuba Althea Pore Purifying?
Anda boleh dapatkan Althea Pore Purifying ini di << my.althea.kr >> pada harga cuma RM33 sahaja. Murah kan untuk satu botol cleanser & serum ini? Cepat dapatkan di lamanweb Althea hokay.
Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea
#AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist | CN & Althea tidak dapat dipisahkan ! Kali ini CN nak share tentang body mist terbaru dari Althea colloborate dengan artis terkenal dari Indonesia, Titi Kamal iaitu Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist. Wangi yang amat! Hasil gabungan fruity & floral iaitu orange, peach dan rose memang ngam! Baunya fresh & rasa muda gituw.
BFF baru CN - Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist |
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist - Saiz fit dalam handbag
Handbag CN yang ala-ala poket Doraemon ni memang fit untuk dimasukkan sekali Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist. Mesti dibawa ke mana-mana tau lagi-lagi bila di sekolah tu. Almaklumlah, berpeluh-peluh kan berjalan ke sana ke sini, bila bau tak sedap tu terus je spray Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist, terus rasa fresh & kembali bertenaga!
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist |
Bau Yang Ringan Tapi Menyegarkan
Apa yang membuatkan CN selesa dengan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ni, baunya ringan je. Tak terlalu kuat. Tapi memang wangi & menyegarkan. Anak-anak CN si Dhia Zahra & Irfan Hensem pun suka bila pakai wangian Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ni. Pasti si bujang tu tegur "Wanginya mama, Irfan suka!".
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist, mesti dibawa ke mana-mana |
Berminat untuk mencuba Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist?
Anda boleh dapatkan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ini di << my.althea.kr >>. Paling best ada promo iaitu BUY 1 FREE 1 sementara stok masih ada!
Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Nak tengok muka budak excited kali pertama jumpa mesin padi? Ni hah si Irfan Hensem ! Tapi muka malu-malu pulak bila suruh bergambar di tepi mesin padi. Alahai lah anak.
Pertama kali Irfan jumpa mesin padi |
Muka bangun tidur terus keluar jalan-jalan pusing kampung terjumpa mesin padi |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
I-City Snowalk | Cuti sekolah kali ini CN berkesempatan membawa anak-anak serta anak saudara ke I-City Snowalk. Ini kali kedua Irfan & Dhia ke sini. Tak sangka, rupanya SnoWalk baru ni lagi best ! Fully renovation tau. Banyak penambahan baru yang membuatkan Irfan & Dhia bertambah excited. Semua permainan dalam I-City SnoWalk ni budak-budak ni nak cuba tau. Best sangat! Kalau anda ingin membawa keluarga ke I-City SnoWalk, CN cadangkan untuk anda membeli tiket secara online di iticket.i-city.my. Banyak promosi menarik di sana tau.
I-City Snowalk best sangat, mesti datang ke sini ! |
Kali kedua ke I-City SnoWalk
I-City Snowalk ni terletak bersebelahan je dengan kaunter tiket. Selepas scan tiket, anda dikehendaki untuk ke kaunter boots untuk mengambil boots & stokin serta ke rak jaket untuk memilih jaket yang bersesuaian. Percuma je tau. Oh ya, anda juga boleh membawa jaket anda sendiri. Jika ingin membeli glove atau aksesori lain, ada dijual di kaunter. Almaklumlah, sejuk sangat kan, penting tau glove tu. Sebab ini kali kedua CN datang ke SnoWalk, CN dah prepare glove dari rumah lagi.
Bergambar dahulu sebelum main salji ye |
Muka Dhia yang terkejut masa mula-mula masuk ke I-City SnoWalk |
Masuk je ke dalam SnoWalk ni, angin sejuk terus menyapa pipi! Kelam kabut masing-masing duk pakai hoodie sebab sejuk sampai ke telinga. Dhia pun terkejut sampai nak jalan pun agak takut-takut je pada mulanya. Tapi bila tengok abang Irfan & sepupunya berlari-lari, si kecil tu pun turut sama berlari sampai tergolek sebab ice disini agak licin. Masing-masing seronok pulak jatuh tergolek. Yela, jatuh atas 'salji', memang lah syok kan?
Seronok ketawa bila lepas tergolek budak-budak ni |
Video keriangan di I-City SnoWalk
Ada juga pelbagai permainan menarik untuk anda cuba. Irfan sendiri berani bermain slide yang ada di dalam Snowalk. Ada pelbagai ice slide yang best di I-City SnoWalk ni. Dari yang basic hingga thrill, memang best!
Tengoklah muka Dhia keseronokan dalam kesejukan ! |
Bagi mak-mak macam CN ni, sudah tentu tempat posing menjadi pilihan. Bayangkan anda berada di Switzerland atau Iceland dengan suhu bawah 8 darjah selsius! Memang feeling habis masa bergambar tau. Almaklumlah, bukan murah nak ke oversea main salji, cukuplah main salji di I-City SnoWalk. Jimat gituw.
Feeling Ratu Salji gituww |
CN paling suka view dekat sini. Cantik kan dekorasi dalam ni? |
Tarikan menarik yang pasti mengujakan bukan sahaja anak-anak malah CN sekali iaitu dataran snow fall. Memang luas dataran ni dengan deco & slide yang menarik. Best sangat berangan macam di oversea feeling snow fall.
Macam dekat oversea kan? Hehe |
Siap berpusing-pusing CN feeling main salji di oversea
Disebabkan terlalu sejuk, dua kali juga kami keluar masuk. Anda boleh duduk di lobby untuk memanaskan badan dan masuk semula untuk bermain. Anda boleh membeli air panas di vending machine yang terletak di lobby. Feeling je minum air panas selepas kesejukan. Memang macam dekat oversea gituw. Overall masa diperuntukkan dalam I-City SnoWalk ni sejam lebih je. Memang tak mampu lama-lama sebab sejuk sangat. Masing-masing menggigil kesejukan!
Bila keluar je dari tempat sejuk, terus berkabus spek tau. Nasib lah ! Hehehe |
Jika ditanya adakah CN akan ke Snowalk lagi? Sudah tentu CN akan ke sini lagi ! Memang I-City SnoWalk adalah tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.
CN & anak-anak yang kesejukan tapi tetap ingin bermain lagi! |
Harga tiket I-City Snowalk
Harga tiket masuk ke I-City Snowalk ni berbeza sebelum & selepas pukul 6 petang. Anda boleh layari lamanweb << https://iticket.i-city.my/ >> untuk harga promosi terkini.
Untuk kanak-kanak bawah 90 cm pula masuk adalah percuma tau.
Oh ya, harga tiket termasuk dengan jaket serta kasut sekali ye.
Best sangat bercuti ke I-City SnoWalk bersama keluarga |