5 tempat sesuai mencari jodoh

January 10, 2018

5 tempat sesuai mencari jodoh | Anda masih single? Mesti stress kan bila umur dah lanjut tapi masih belum bertemu jodoh? Disini CN akan kongsikan 5 tempat sesuai mencari jodoh sebagai panduan buat si single. Untuk lelaki yang sudah berkahwin, jangan nak berangan hokay ! Jadi jom teruskan bacaan untuk mengetahui di manakah 5 tempat sesuai mencari jodoh.

tempat sesuai mencari jodoh, portal jodoh online, mencari jodoh, jodoh, single, masih bujang


1. Majlis Ilmu

Majlis ilmu seperti ceramah atau kursus antara tempat yang sesuai untuk mencari jodoh untuk si single. Bayangkan anda menghadiri kursus 4 hari 3 malam, siang malam jumpa pasti akan menjadi rapat. Inilah peluang si single ye. Tapi awas, sebelum memulakan langkah pertama pastikan si dia belum berpunya tau!

2. Kenduri Kahwin

Hah, jangan tak percaya. Anda boleh bertemu jodoh di kenduri kahwin tau. Disini anda akan berjumpa ramai saudara mara dan kenalan. Jangan la malu untuk menyatakan yang anda single dan sedang mencari jodoh. Pasti akan ada rakan-rakan atau saudara mara yang sedia recommend seseorang buat anda. 

3. Aktiviti Outdoor

Jika anda minat kereta, apa kata join kelab kereta. Disitu pasti anda akan jumpa seseorang yang mempunyai minat yang sama. Rezeki anda jika si dia single hokay. Sama juga jika anda minat dengan aktiviti lasak seperti hiking. Ada banyak group hiking yang ditubuhkan. Join group tersebut dan cari la jodoh anda si sana. 

4. Media Sosial

Percaya tak CN bertemu jodoh dengan Encik Suami di laman Tagged? Tagged antara laman sosial yang merupakan tempat paling mudah bertemu jodoh. Disitu terpampang segala profile. Cuma betul tak betul je profile yang diletakkan tu. Sama juga dengan Facebook, Instagram, Twitter antara tempat mudah mencari jodoh. Cuma anda perlu berusaha sikit untuk siasat sama ada profile si dia betul atau fake. 

5. Portal Jodoh Online

Jika susah sangat apa kata anda cuba portal jodoh online. Disana sudah tentu tempat berkumpulnya individu untuk mencari jodoh. 

Antara portal jodoh online yang dipercayai adalah Baituljannah. Ia adalah lamanweb mencari jodoh yang patuh syariah dan juga mementingkan privasi dan juga perlindungan maklumat peserta di lamanweb tersebut. 

Jika anda sukar untuk mencari jodoh kerana kekangan masa, menggunakan laman web mencari jodoh adalah alternatif terbaik untuk anda.


Amacam, sudah mendapat idea tempat sesuai mencari jodoh? Apa tunggu lagi, bertindak sekarang ! Jangan tunggu lama-lama tau, takut bosan pulak jodoh anda menunggu anda. 😄




 Masih Bujang? Tengah Mencari Jodoh Yang Sesuai? Daftar Di SINI !



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

10 comments

  1. X baik membujang lama2. Lengkapkan agama dgn berkahwin...

    ReplyDelete
  2. Dulu jumpa jodoh dekat Kursus, Sama kursus Bina Negara he he he Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah, kursus berhari2 kn, mesti jadi rapat 😉

      Delete
  3. La ye ke CN ada acc tagged..sy pun player pets tegar dulu..tp jodoh dgn adik jiran je.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cn pn player pets tegar gak, million hokay 😅

      Delete
  4. Kadang-kadang jodoh tu dicari dan ada ketikanya [ula jodoh tu datang sendiri.

    ReplyDelete
  5. Mudahnya mencari jodoh di zaman sekarang ni. Hehehe..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.