7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi

January 27, 2018

Johor Darul Takzim atau JDT merupakan negeri paling selatan yang mempunyai pelbagai tarikan menarik di sini. Bukan sahaja terdapat pelbagai tempat untuk shopping yang menjadi tarikan penduduk negara jiran iaitu Singapore, malah ada pelbagai tempat peranginan & taman tema yang mesti anda singgah jika ke Johor. Ada kawan omputih suruh CN tulis artikel places to go in Johor Bahru. Jadi teruskan bacaan anda untuk mengetahui apakah 7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi jika anda ke sini.

Pelbagai tempat menarik yang mesti dikunjungi di Johor


1. Legoland Malaysia

tempat menarik di johor, places to gon in Johor Bahru, tempat menarik di mersing johor, tempat menarik di kulai, pantai menarik di johor, tempat menarik di kota tinggi, tempat menarik di batu pahat johor, tempat mandi di johor, tempat menarik di pontian, tempat mesti dilawati di johor
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Legoland Malaysia

: Antara tempat target percutian untuk CN & sekeluarga. CN masih tidak berkesempatan ke sini. Legoland Malaysia adalah taman tema lego pertama di Asia & ke-6 di dunia. Bayangkan anda menjadi kesatria memerangi naga yang terbang melalui langit atau lanun di lautan yang mencari harta karun yang hilang. Imaginasi menjadi nyata di Legoland Malaysia dengan lebih daripada 70 tontonan, slaid, pameran dan tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak dari semua peringkat umur. Memang berbaloi ke sini.

: Antara yang menarik di Legoland ini adalah Miniland iaitu bangunan mercu tanda yang dibina dari lego, The Beginning - The Big Shop yang mengandungi pelbagai barangan dan produk Lego, Imagination iaitu tempat permainan lego dimana anda boleh membina pelbagai jenis binaan dan macam-macam lagi.

2. Puteri Harbour

tempat menarik di johor, places to gon in Johor Bahru, tempat menarik di mersing johor, tempat menarik di kulai, pantai menarik di johor, tempat menarik di kota tinggi, tempat menarik di batu pahat johor, tempat mandi di johor, tempat menarik di pontian, tempat mesti dilawati di johor
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Puteri Harbour

: Pelabuhan Puteri adalah antara tempat menarik yang mesti dikunjungi jika anda ke Johor Bahru. Menawarkan pemandangan yang menarik, Pelabuhan Puteri sering dijadikan sebagai lokasi untuk sesi photoshoot bukan sahaja buat pasangan pengantin malah sebagai tempat sesi photoshoot keluarga. Terletak di titik sempit antara Singapore dan Johor yang dikenali sebagai Puteri Narrows, Malaysia - Pelabuhan Puteri ini boleh menampung kapal layar dan LOA sehingga 90 meter. 


3. Sanrio Hello Kitty Town

tempat menarik di johor, places to gon in Johor Bahru, tempat menarik di mersing johor, tempat menarik di kulai, pantai menarik di johor, tempat menarik di kota tinggi, tempat menarik di batu pahat johor, tempat mandi di johor, tempat menarik di pontian, tempat mesti dilawati di johor
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Sanrio Hello Kitty Town

: Peminat setia Hello Kitty mesti singgah ke Sanrio Hello Kitty Town. Syurga bagi peminat setia Hello Kitty gituw. Ada pelbagai tarikan menarik di sini dimana anda berpeluang untuk mengalami pesona Friendship Land dengan taman permainannya, menikmati tayangan teh, menonton Hello Kitty & Friends secara langsung di Perfect Stage & berpeluang untuk bergambar di Dream Photo Garden.

: Hello Kitty Town yang terletak di Puteri Harbour ini adalah indoor theme park seperti Kidzania Kuala Lumpur dimana terletak di dalam bangunan ber air-cond. Ada 2 taman tema dalam satu bangunan iaitu Hello Kitty Town yang terletak di Level 1 dan Thomas Town + Other Characters seperti Angelina Ballerina, Pingu, Bob The Builder & Barney di Level 2 serta Level 3.


4. Angry Bird Theme Park

tempat menarik di johor, places to gon in Johor Bahru, tempat menarik di mersing johor, tempat menarik di kulai, pantai menarik di johor, tempat menarik di kota tinggi, tempat menarik di batu pahat johor, tempat mandi di johor, tempat menarik di pontian, tempat mesti dilawati di johor
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Angry Bird Theme Park


: Taman Tema Angry Bird ini terletak di Komtar Johor Bahru City Center (JBCC) Shopping Mall tingkat 3. Lokasi sebenar adalah berhadapan dengan Stesen Keretapi Johor Bahru & CIQ. Apa yang menarik di Taman Tema Angry Bird ini? Taman tema indoor ini berkeluasan 26k persegi menawarkan pelbagai tarikan menarik bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah kepada orang dewasa. Harga tiket masuk adalah RM60 dan boleh bermain bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

: Ada pelbagai aktiviti dan permainan fizikal yang menyeronokkan dan mencabar kemahiran fizikal dan kognitif seperti Lazer Maze, Tower Play, Go Kart, Trampolin, Piggy Shooting, Captaion Black Bird dan macam-macam lagi.


5. Johor Premium Outlet (JPO)

tempat menarik di johor, places to gon in Johor Bahru, tempat menarik di mersing johor, tempat menarik di kulai, pantai menarik di johor, tempat menarik di kota tinggi, tempat menarik di batu pahat johor, tempat mandi di johor, tempat menarik di pontian, tempat mesti dilawati di johor
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Johor Premium Outlet (JPO)

: Syurga dunia bagi kaum hawa. Bukan sahaja kaum Hawa, kaum Adam pun silap hari bulan berjam-jam di JPO ini tau ! Terdapat lebih kurang 130 kedai pelbagai jenama yang pasti membuatkan anda rambang mata. Pelbagai jenama seperti Fossil, Cotton On, Charles & Keith, Adidas, Nike dan macam-macam lagi yang menawarkan harga menarik. Kalau tengah sale lagi la sampai terduduk kepenatan dek shoping tau !

: Paling best setiap hari pelbagai tawaran menarik sehingga 65% ditawarkan oleh pelbagai outlet di Johor Premium Outlet ini. Jadi, jika anda ke Johor Bahru, jangan lupa singgah shopping ke JPO.


6. Danga Bay

tempat menarik di johor, places to gon in Johor Bahru, tempat menarik di mersing johor, tempat menarik di kulai, pantai menarik di johor, tempat menarik di kota tinggi, tempat menarik di batu pahat johor, tempat mandi di johor, tempat menarik di pontian, tempat mesti dilawati di johor
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Danga Bay

: Tempat dating CN dengan ex-boyfriend dulu ni ! Ops ! Macam-macam ada di Danga Bay ni. Paling best sudah tentu lepak-lepak sambil tengok live band. Danga Bay merupakan antara tempat rekreasi yang besar di Johor Bahru. Kalau anda sukakan suasana yang havoc, anda boleh ke Danga Bay pada malam minggu. Memang meriah hokay !

: Selain pelbagai aktiviti dan tarikan yang berkonsep glamor dan mewah serta kawasan membeli belah serta restorannya yang sesuai untuk semua golongan. Disini juga terdapat taman tema khas untuk kanak-kanak dan pusat membeli belah yang dinamakan Danga Bay City Mall.

: Terdapat lebih 30 pilihan hotel untuk anda duduki mengikut bajet anda. Jika anda mahu ke Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Theme Park, kawasan Danga Bay adalah antara kawasan menginap terbaik yang boleh anda pilih.


7. Taman Negara Tanjung Piai

tempat menarik di johor, places to gon in Johor Bahru, tempat menarik di mersing johor, tempat menarik di kulai, pantai menarik di johor, tempat menarik di kota tinggi, tempat menarik di batu pahat johor, tempat mandi di johor, tempat menarik di pontian, tempat mesti dilawati di johor
7 tempat menarik di Johor yang mesti dikunjungi - Taman Negara Tanjung Piai

: Taman Negara Tanjung Piai atau Tanjung Pial National Park yang terletak di daerah Pontian ini merupakan syurga buat mereka yang cintakan keindahan hutan. Ia adalah tanjung di Johor yang merupakan titik paling selatan di Semenanjung Malaysia & sekali gus menjadi titik paling selatan di Tanah Besar Asia. Dengan keluasan 926 hektar, Taman Negara Tanjung Piai menempatkan mercu tanda daratan penghujung di benua Asia iaitu peta dunia yang dibina atas sebuah pelantar menghadap Selat Melaka. 

: Tanjung Piai National Park yang terletak 90km ke selatan bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan paya bakau yang cantik. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk melihat ikan tembakul yang bermata besar, pelbagai jenis kera, burung-burung liar dan hidupan liar yang lain. Platform yang dibina sepanjang taman ini membenarkan pengunjung melihat pelbagai habitat yang disokong oleh paya bakau ini. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk ke sini ye. 


Amacam? Dah ada idea untuk kunjungi tempat mana di Johor? Bukan sahaja Johor, malah Malaysia sendiri mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi. Layari Unseen Malaysia untuk terokai pelbagai tempat menarik di Malaysia.

Jom bercuti di Malaysia !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. banyaknyaaa destinasi menarik di Johor.. CT tak pernah sampai JB lagi. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Walaupun amlost setahun Mat duk kat JB, tapi tak abis pegi lagi tempat yang CN listkan 😅😅😅

    ReplyDelete
  3. Tak semua destinasi kat johor akak dah pi..ada la beberapa...yg kerap pi kat Muar..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.