Keseronokan bersukan dengan Koleksi Sukan Ria Carrie Junior

January 24, 2018

Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibubapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

koleksi sukan ria carrie junior, carrie junior, koleksi sukan ria, sukan ria carrie junior, sabun mandi carrie junior, jenama carrie junior

Koleksi Sukan Ria Carrie Junior


Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran social dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

koleksi sukan ria carrie junior, carrie junior, koleksi sukan ria, sukan ria carrie junior, sabun mandi carrie junior, jenama carrie junior
Sukan Ria Carrie Junior

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

koleksi sukan ria carrie junior, carrie junior, koleksi sukan ria, sukan ria carrie junior, sabun mandi carrie junior, jenama carrie junior
Seronok bermain Sukan Ria Carrie Junior ni bersama keluarga tersayang

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura-kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Paling menarik koleksi mainan baharu ini disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Dapatkan Koleksi Sukan Ria Carrie Junior sekarang juga !


Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml



koleksi sukan ria carrie junior, carrie junior, koleksi sukan ria, sukan ria carrie junior, sabun mandi carrie junior, jenama carrie junior


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. carrie junior ni dari budak kecil ke org dewasa pun suka.. wangi ^^

    ReplyDelete
  2. boleh abang irfan main dengn afiq n qilah nanti

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.