Resepi pulut panggang versi roti

March 29, 2018

Resepi pulut panggang versi roti | Pulut panggang memang sedap ! Tapi bagi mereka yang tidak boleh makan pulut, memang terpaksa jauhkan pulut panggang ni dari pandangan mata. Tapi tak apa, disini CN akan kongsikan resepi pulut panggang versi roti yang CN dapat dari group fb kredit kepada tuan punya resepi iaitu Eka Zahra . Rasa pulut panggang versi roti ni memang sedap dan lembut sebab roti dikukus dulu sebelum dipanggang. Kalau ada baki roti bolehlah cuba buat. Anak-anak pun boleh makan. Bertambah lagi variasi roti selain dibuat puding, cucur, pizza dan yang sewaktu dengannya,

Resepi pulut panggang versi roti


resepi pulut panggang versi roti, pulut panggang versi roti
Pulut panggang versi roti


Bahan membuat pulut panggang versi roti


* roti sandwich, buang tepi
* daun pisang untuk membungkus

🔸 Bahan-bahan inti :
* kelapa parut putih
* udang kering @ geragau
* cili kering
* bawang merah
* bawang putih
* serai ambil bahagian putih
* jintan manis
* kunyit
* garam, gula

resepi pulut panggang versi roti, pulut panggang versi roti
Pulut panggang dikukus dahulu

Cara membuat pulut panggang versi roti


➡ Blend semua bahan kecuali kelapa parut kemudian tumis hingga pecah minyak. Masukkan kelapa dan sedikit air, kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula.

➡ Leperkan roti guna rolling pin atau botol kaca. Bubuh inti dan gulung roti kemudian bungkus dengan daun pisang. Kukus selama 15 minit kemudian panggang atas bara atau guna periuk leper atau grill. Sapu dengan sedikit minyak masa memanggang supaya berkilat dan menarik. Siap !


resepi pulut panggang versi roti, pulut panggang versi roti
Anda boleh bakar pulut panggang atas pemanggang ajaib je


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.