Gambar kelas paling ceria

April 14, 2018

Gambar kelas paling ceria | Bila belek gambar lama-lama, terjumpa gambar kelas bersama kelas 2A tahun 2012. Masa ni CN preggy Irfan. Tak nampak perut besar sebab saja pakai baju besar konon-konon nak cover perut tu. Tapi gambar ni CN paling suka sebab ceria sangat ! Batch 2A 2012 pun paling terbaik semasa CN menjadi guru kelas di SMK St. Mary, KL. Paling seronok, kelas ni la memang banyak anugerah. Enjoy sangat masa jadi guru kelas budak-budak ni. Walaupun ketika tu CN preggy, tapi budak-budak ni banyak cover CN dengan sikap independent dorang tu. Ketua kelas paling berkaliber sebab sangat boleh diharap walaupun baru tingkatan dua masa tu. Sekarang ni kebanyakan pelajar 2A 2012 melanjutkan pelajaran di IPTA & IPTS. Cikgu doakan semoga kamu semua berjaya ye. 

gambar kelas paling ceria, gambar kelas, smk st mary, kelas 2A 2012, gambar kelas 2A smk st mary, smk st mary kl, koleksi gambar kelas, class photo
Gambar kelas paling ceria - 2A SMK ST. Mary KL 2012

gambar kelas paling ceria, gambar kelas, smk st mary, kelas 2A 2012, gambar kelas 2A smk st mary, smk st mary kl, koleksi gambar kelas, class photo
Version formal, senyum nampak gigi je ye

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.