Pertama kali bertugas di Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Selangor

May 08, 2018

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Selangor | Minggu lepas sekolah CN menjadi tuan rumah untuk Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Selangor. Walaupun bukan guru bahasa, CN sekali lagi terpilih untuk memegang jawatan baru iaitu AJK Teknikal. Jika sebelum ni, CN tetap dan berpencen dengan penyediaan buku program atau broucher, tapi kali ini 1 tugas baru sebagai AJK Teknikal memang sangat mencabar & membuatkan CN stress sampai terbawa dalam mimpi ! Almaklumlah, nama je guru ICT tapi CN memang tidak berapa mahir dengan alatan ICT seperti LCD, printer dan sebagainya. Semuanya mengharapkan technician ! Hehehe..

Bila ditugaskan untuk mengendalikan peralatan ICT ni memang agak risau sebab takut semasa hari kejadian peralatan tersebut tidak berfungsi. Naya tau. Tula sampai termimpi-mimpi berdoa semoga program ni dibatalkan ! Hover tak?

cerita cikgu, karnival bahasa melayu, karnival bahasa melayu peringkat negeri selangor, ajk teknikal karnival bahasa melayu
Bersama rakan-rakan guru iaitu AJK Penjaga Masa & Pengacara Majlis


Tapi walaubagaimanapun, semuanya berjalan lancar. Tiada sebarang masalah teknikal yang berlaku. Alhamdulillah. Jika ditanya adakah CN akan memegang jawatan AJK Teknikal ini lagi? Tobat ! Tak nak dah ! Biarlah CN buat buku program, kena dengan jiwa CN tau. 


cerita cikgu, karnival bahasa melayu, karnival bahasa melayu peringkat negeri selangor, ajk teknikal karnival bahasa melayu

cerita cikgu, karnival bahasa melayu, karnival bahasa melayu peringkat negeri selangor, ajk teknikal karnival bahasa melayu
CN bersama AJK Teknikal yang cool dan steady


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~



You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.