Pembangunan Aplikasi untuk Sains Komputer Tingkatan 4

June 28, 2018

Pembangunan Aplikasi untuk Sains Komputer | Standard Kandungan 1.7 adalah Pembangunan Aplikasi, oleh itu pelajar di minta untuk mencipta aplikasi atau aplet dengan antara muka bergrafik  (GUI) menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipelajari mengikut SDLC untuk menyelesaikan masalah. Untuk pelajar CN, pelajar diminta menggunakan aplikasi Eclipse untuk projek ini. 

Untuk mendapatkan band 6, pelajar mestilah boleh mencipta aplikasi penyelesaian masalah secara sistematik yang mengandungi subaturcara dan tata susunan dengan menggabungkan beberapa struktur kawalan yang sesuai. Aplikasi yang dihasilkan mestilah menggunakan pelbagai jenis data input yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan penyataan umpukan dan aritmetik bagi menghasilkan pelbagai jenis data output dengan persembahan yang jelas dan kreatif. 

Video dibawah memaparkan tutorial Java Eclipse GUI sebagai panduan kepada pelajar. 

Java Eclipse GUI Tutorial -Creating First GUI Project in Eclipse




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.