Bahaya Postinor yang mesti anda tahu

July 16, 2018

Bahaya Postinor  | Baru-baru ini viral tentang seorang gadis yang memberi tips membesarkan buah dada dengan mengambil Postinor 2 kali seminggu ! Allahuakbar, ini lah bila terlalu 'bijak' dengan Google sahaja kegunaan Postinor tanpa bertanya kepada yang pakar seperti doktor atau phasmacist. Postinor ni adalah emergency contraceptive pills yang diambil apabila anda benar-benar tidak mahu mengandung. Ia bukan pil perancang tau. Pastikan telan dalam lingkungan 72 jam selepas unprotected sexual intercourse. Bukan semua orang boleh makan postinor dan nak consume postinor mestilah dapatkan nasihat pharmacist atau doktor terlebih dahulu. Postinor ini bukan untuk consume seminggu 2 kali tapi sebagai EMERGENCY sahaja!! CN sendiri pun tak pernah makan Postinor ni sebab kesannya yang menakutkan. Cukuplah sumpah sahaja Encik Suami bila 'accident', hehehe..

postinor, apakah postinor, bahaya postinor, kesan pengambilan postinor, siapa yang tidak boleh mengambil postinor, kesan buruk postinor,

Apakah Postinor?


Apa yang anda mesti tahu, Postinor BUKAN pil perancang tapi ia pil cegah kehamilan yang HANYA boleh digunakan dalam kes betul-betul kecemasan sahaja.

Contoh, terpancut dalam semasa bersama, salah kira waktu subur dan tidak amalkan perancang jenis pil, kes rogol dan kondom didapati bocor.

>> Satu pil Postinor mengandungi hormone levonorgestrel (sejenis progestogen) dalam kandungan 750mcg. Oleh kerana dosnya 2 pil (diambil selang 12 jam), maka total dosnya 1500mcg.

>> Dos 1500mcg adalah 6 kali ganda dos yang terkandung dalam pil perancang biasa. Cuma Postinor tidak mengandungi oestrogen. Maka tidak hairanlah pil postinor boleh mengganggu kitaran haid dan menyebabkan pendarahan yang luar biasa jika sering diambil.

>> Postinor tidak mengelak dari telur (ovum) disenyawakan. Ia mengelak daripada telur yang telah pun disenyawakan daripada melekat di dinding rahim. 

>> Lain daripada pil perancang biasa yang menghalang ovulasi (penghasilan telur). Maknanya, postinor tidak mengelak kehamilan, tetapi menyebabkan kehamilan itu GUGUR terus.


postinor, apakah postinor, bahaya postinor, kesan pengambilan postinor, siapa yang tidak boleh mengambil postinor, kesan buruk postinor,

Bahaya Postinor yang mesti anda tahu


Ambil postinor secara berlebihan atau kerap tanpa konsultasi doktor boleh menyebabkan

1. Gangguan kitaran hormon
2. Risiko tinggi untuk TIDAK HAMIL kelak.
3. Sukar lekat.
4. Bengkak buah dada (ini side effects, bukan ubat besarkan buah dada!)
5. Pening, loya, muntah
6. increased vaginal bleeding
7. Sakit perut

Dapatkan rawatan segera daripada doktor sekiranya anda dapat side effects macam ni. Jadilah pengguna yang bijak. 

Siapa yang tidak boleh mengambil Postinor?


Antara golongan yang tidak boleh consume Postinor / perlu dapatkan nasihat doktor atau pharmacist

1) Wanita hamil
2) Pesakit breast cancer
3) Sekiranya ada vaginal bleeding yang tidak diketahui sebabnya
4) Pesakit stroke
5) Penyakit hati
6) High blood pressure
7) Sekiranya korang ada consume ubat lain
8 ) Kalau dah terlajak lebih daripada 72 jam (kemungkinan dah pregnant) 
9) Wanita yang ingin hamil



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. nak makan panadol pun takut-takut lagi lah main taram nak makan pstinor.

    ReplyDelete
  2. OMG, ada jugak ubat mcm ni ye. Mcm scary je baca, but good infor. Very informative.

    ReplyDelete
  3. salam..yaya singgah sini ^_^

    satu info yg bgus cekgu..tq share =)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.