8 Khasiat halia yang mesti anda tahu

August 07, 2018

Khasiat halia yang mesti anda tahu | Halia selain bahan utama untuk masaka melayu, ia juga mempunyai pelbagai khasiat yang mesti anda tahu. Bukan sahaja berkhasiat, malah ianya murah dan mudah diperoleh. Jadi teruskan bacaan anda untuk mengetahui 8 khasiat halia yang pasti mengejutkan anda. 

khasiat halia, kelebihan halia, kegunaan halia, halia, gambar halia,
Khasiat halia yang mesti anda tahu


Khasiat halia yang mesti anda tahu


1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan.

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.

Halia meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.

Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 

Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.