Resepi ayam percik mudah

August 06, 2018

Resepi ayam percik mudah | Ayam percik antara masakan wajib beli jika ke pasar malam. Memang kegemaran CN sekeluarga. Ayam bakar dengan kuah percik, sedapnya! Kali ini CN terjumpa resepi ayam percik versi kuah santan perkongsian dari rakan facebook. Teringin untuk mencuba, jadi CN simpan resepi ayam percik kuah santan di blog tersayang. Jika anda sudah mencuba resepi ini, boleh la tag CN di Instagram atau Facebook ye.

resepi ayam percik, ayam percik, bahan membuat ayam percik, cara membuat ayam percik, resepi ayam percik mudah
Resepi ayam percik mudah

Resepi Ayam Percik


Bahan-bahan membuat ayam percik


>> Peha ayam 3 ketul
>> Serai 3 batang
>> Halia sebesar ibu jari
>> Kunyit sebesar ibu jari
>> Bawang merah 2 labu
>> Bawang putih 4 ulas
>> Jintan manis
>> Jintan putih
>> Ketumbar
>> Madu
>> Garam
>> Serbuk perasa
>> Santan pekat
>> Asam jawa
>> Gula

Cara-cara Membuat Ayam Percik


Cara Masak Ayam :
Bersihkan ayam, ketepikan. Kisar serai, halia, kunyit, bawang merah, bawang putih, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Perap ayam yang telah dibersihkan dengan bahan kisar tadi selama 20 min ke 1 jam. Letak sedikit garam, serbuk perasa dan madu. CN suka letak madu lebih sikit untuk dapatkan ayam yang garing dan manis.

Setelah cukup masa perapan ayam, panaskan pemanggang ajaib. Bakar ayam yang telah diperap tadi sehingga empuk. Setelah masak, hidangkan.

Cara Buat Kuah Percik :
Lebihan bahan kisar untuk perapan ayam tadi jangan dibuang. Bahan ini digunakan untuk membuat kuah ayam percik. Panaskan bahan kisar ini di dalam periuk kecil. Letak sedikit gula, asam jawa dan santan pekat. Kacau sehingga mendidih. Pastikan santan jangan sampai pecah ye. Kacau perlahan-lahan. Seimbangkan rasa manis dan masam. Kuah yang telah siap bolehlah dicurahkan ke atas ayam yang siap dibakar tadi.

Siap! Selamat Mencuba



resepi ayam percik, ayam percik, bahan membuat ayam percik, cara membuat ayam percik, resepi ayam percik mudah

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

  1. febret ejulz ni.. dulu masa kat putrajaya selalu beli kat bazar masa bulan puasa :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.