Kasut sekolah Pallas untuk Irfan tahun depan

July 27, 2020

Walaupun ramai yang excited dengan penggunaan kasut sekolah hitam untuk anak-anak, CN tetap memilih kasut sekolah putih untuk Irfan darjah satu tahun depan. Kasut sekolah putih ini sebenarnya sangat selesa untuk anak-anak yang aktif. Ia tidak menyerap haba & mengurangkan risiko gigitan nyamuk berbanding kasut hitam yang menjadi perhatian nyamuk tau. Paling penting, kasut sekolah putih ini mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin untuk memastikan kasut sentiasa putih dan bersih. 

kasut sekolah jenama Pallas, kasut sekolah jazz, kasut pallas jazz star, kasut sekolah murah, pallas school shoes,  pallas malaysia facebook, pallas shoes size
Kasut sekolah Pallas untuk Irfan tahun depan

Pilihan Terbaik untuk Irfan


Pallas merupakan antara jenama yang menjadi kegemaran CN semasa sekolah dahulu. Kasutnya memang selesa dan tahan lasak. Sudah tentu CN juga memilih kasut sekolah jenama Pallas untuk Irfan yang bakal menempuh alam sekolah tahun depan.

>> Mesti Tahu - pilihan susu formula terbaik di malaysia.

kasut sekolah jenama Pallas, kasut sekolah jazz, kasut pallas jazz star, kasut sekolah murah, pallas school shoes,  pallas malaysia facebook, pallas shoes size
Irfan selesa dengan kasut sekolah Pallas

Darjah 1 merupakan tahun kritikal untuk anak-anak yang baru menempuh alam persekolahan. Memang berbeza dengan prasekolah, darjah 1 memerlukan anak-anak untuk lebih berdikari & berdisiplin. Jadi kasut sekolah yang selesa amat penting untuk mereka mudah bergerak aktif kemana-mana. Menariknya kasut Pallas ini, ianya extra light tau. Ringan je sesuai untuk anak yang aktif. Paling penting, mudah untuk dipakai & bergaya! 

kasut sekolah jenama Pallas, kasut sekolah jazz, kasut pallas jazz star, kasut sekolah murah, pallas school shoes,  pallas malaysia facebook, pallas shoes size
Bergaya tak Irfan dengan kasut sekolah Pallas?

2021 bermula pemakaian kasut sekolah hitam


Masih jauh untuk tahun 2021 dimana penguatkuasaan untuk penggunaan kasut sekolah hitam. Jadi CN & Encik Suami bertekad untuk mengajar Irfan memakai kasut sekolah putih. InsyaAllah, dalam tempoh 2 tahun ini, kami akan mendidik Irfan supaya menjaga kebersihan kasut sekolah putih dari membasuh, kapur kasut serta menjaga supaya tidak kotor. Hal ini dapat mengajar Irfan supaya lebih berdisiplin & berdikari menguruskan sendiri kasut sekolahnya. 

kasut sekolah jenama Pallas, kasut sekolah jazz, kasut pallas jazz star, kasut sekolah murah, pallas school shoes,  pallas malaysia facebook, pallas shoes size
Kasut sekolah putih mengajar Irfan untuk lebih berdisiplin

Berbanding kasut hitam, anak-anak mungkin akan malas untuk membasuhnya disebabkan rupa yang masih 'elok'. Ini akan menyebabkan kasut berbau & tidak selesa untuk dipakai. Kasut putih? Setiap minggu kena basuh & sudah tentu tidak berbau. Paling best, kasut sekolah Pallas ini senang dibasuh.

kasut sekolah jenama Pallas, kasut sekolah jazz, kasut pallas jazz star, kasut sekolah murah, pallas school shoes,  pallas malaysia facebook, pallas shoes size
Kasut sekolah putih Pallas Jazz yang selesa untuk Irfan

Promosi Kasut Sekolah Pallas Yang CN Search



Lamanweb : https://www.pallas.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/PallasMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/pallasmalaysia/
Youtube : https://www.youtube.com/user/pallasmalaysia

kasut sekolah jenama Pallas, kasut sekolah jazz, kasut pallas jazz star, kasut sekolah murah, pallas school shoes,  pallas malaysia facebook, pallas shoes size
Pallas, the best choice for your kids



~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

20 comments

  1. Kejab jew irfan dah besar nak masuk darjah 1 next year. Lebih suka kasut putih memang dah sinonim dengan budak sekolah n latih diaplin dan pembersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, nak ajar irfan berdisiplin pakai kasut putih ni

      Delete
  2. Wah dah lama xpakai kasut jenama pallas.. Kalau dulu sek pakai jenama ni.. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita, CN sekolah dulu pun pakai kasut jenama ni gak

      Delete
  3. dah nak masuk darjah satu dahh...ooo...start 2021 eh...Sally baru nak tanya kenapa tak beli warna hitam..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2 tahun lagi, so saje latih irfan pakai kasut sekolah putih

      Delete
  4. Wah, bergaya la Irfan dengan kasut Pallas tu 👍

    ReplyDelete
  5. Sha pun belum cari kasut sekolah untuk Zaryth ni..sama laa darjah 1..pallas memang banyak pilihan elok

    ReplyDelete
  6. Wah..kejap jer masa verbally,anak pun dah nk msk sekolah

    ReplyDelete
  7. Wah..awal2 dh buat persiapan ye...akak x beli apa pun lagi untuk kakak Dania

    ReplyDelete
  8. Oo..taun 2021 baru betul2 laksana kasut hitam ek..ingatkan taun depan da kena pakai..

    Tapi betul tu, pakai kasut putih lebih membantu dalam mendidik anak2 jadi lebih berdisiplin 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama lagi, lagi pun kasut putih byk promo skrg ni

      Delete
  9. Pallas ni dri zaman cik en sek dlu de

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita, dr zaman sekolah dulu pakai pallas ni

      Delete
  10. Irfan junior dah pandai berhaya ya..membesar dengan blog kat mama kan

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.