Resepi Apam Pisang Gebu

December 10, 2018

Resepi Apam Pisang Gebu | Dalam duk sibuk dengan tugasan hakiki sebagai seorang guru, balik sekolah CN adalah seorang isteri dan mama kepada anak-anak. Anak bujang CN sorang tu memang suka sangat makan adik beradik apam ni. Selain apam susu belang2 kaler hijau, Irfan memang suka sangat apam pisang. Senang je buat apam pisang ni, blender jer lepastu kacau-kacau lepastu kukus. 

Jom try resepi ringkas apam pisang gebu kukus ni. Sangat sesuai sebagai hidangan untuk minum petang. Selamat mencuba ye.

apam pisang, resepi apam pisang gebu, resepi apam pisang, cara buat apam pisang, bahan membuat apam pisang
Apam pisang gebu in da house

Resepi Apam Pisang Gebu



Bahan-bahan membuat apam pisang :


2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 biji telur
1 cawan minyak masak
7 - 8 biji pisang boyan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat


apam pisang, resepi apam pisang gebu, resepi apam pisang, cara buat apam pisang, bahan membuat apam pisang
Apam pisang yang merekah di tengah-tengah sebelum dipotong

Cara-cara membuat apam pisang gebu :


1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan.
2. Blender gula dan telur sehingga kembang.
3. Masukkan 1 cawan minyak masak ke dalam adunan telur yang diblender tadi serta kacau sebati.
4. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek, gaul rata. Nak senang blender je pisang ni..hehe
5. Masukkan satu bekas tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang telah digaul rata tadi ke dalam adunan yang bercampur pisang, gaul rata hingga sebati.
6. Panaskan air kukusan.
7. Sapukan minyak ke dalam acuan kecil, kemudian isi adunan ke dalam acuan tersebut.
8. Setelah air kukusan mendidih, kukus adunan selama 40 minit. Siap !





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.