Anak baru 2 dah kecoh!

January 23, 2019

KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH?


Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Saya paling anti kalau kenyataan ini. 

'Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?'

Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza.

Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 - 6 tahun camtu, saya sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik.

Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar. Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan dah tertidur sendirinya.

tips keibubapaan, parenting blogger, anak baru 2 dah kecoh
Anak dua tapi macam 10 orang rasanya ! Hehe..


Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?

Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak confirm balik makan.

Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata.

Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihla. 

Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dahni!

Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar.

Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain.

Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!

Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan.

Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang 'kawin' terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana.

Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Sahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas.

Mak nak anak balik sekolah sendiri?Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.

tips keibubapaan, parenting blogger, anak baru 2 dah kecoh
Bagi CN cukup kot 2 orang setakat ni! 


Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah!

Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang.

Mak sekarang?
Anak dalam rumah pun orang intai lagi! 

10 ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN TIGA ANAK ZAMAN SEKARANG.


Inilah coretan copypaste dari FB. Benar ! Zaman dulu dengan sekarang sangat berbeza. Cara pendidikan pun turut berbeza. CN baru 2 anak pun rasa semput! Selalu cakap dengan suami, zaman sekarang bukan kuantiti kayu ukuran tapi kualiti setiap anak tu! Biarlah anak sikit tapi berkualiti.


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Betul sangat perkongsian CN nie.. sha pun cukuplah 2 orang.. selain dari perkongsian CN diatas, isu kewangan juga memainkan peranan penting.. Zaman dulu ayah sorang kerja pun cukup.. Zaman sekarang ayah ngn mak kerja pun belum tentu cukup.. Sekolah, pengasuh, kelengkapan, minyak anta anak.. Semuanya perlukan duit.. dengan nilai duit yang susut.. Memang banyak nak kena fikir..

    ReplyDelete
  2. mmg berbeza sgt dulu dan skrg..

    ReplyDelete
  3. aida setuju dgn semua tu, CN.
    pernah cerita kat kak Nurin & Syuhada.
    dulu aida & adik bebas ke mana je naik basikal.
    gi kedai. gi pasar mlm.
    gi tuisyen.
    menyeronokkan kehidupan zaman kanak-kanak aida.
    now, dilarang utk bermain jauh dari rumah. ditegah.
    gi balik skola, tuisyen, semua berambil beranta...
    betul la tu.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.