Resepi Kek Pisang Gebu Sukatan Cawan

January 06, 2019

Kek Pisang Gebu Sukatan Cawan | Bila cuti ni mesti nak memasak macam-macam kan? Apa kata cuba resepi kek pisang sukatan cawan CN ni yang sangat mudah dan senang untuk disediakan. Sambil-sambil masak kari ayam pun boleh buat kek pisang gebu sukatan cawan ni tau. Nak effect pisang, potong pisang kecil-kecil & letak atas kek sebelum di bakar gituw.

Tak percaya?

Meh cuba dulu baru tahu.

Resepi Kek Pisang Gebu Sukatan Cawan

resepi kek pisang, resepi kek pisang sukatan cawan, kek pisang sedap, resepi kek pisang mudah
Kek pisang gebu



Bahan-bahan membuat kek pisang :


>> 2 cawan tepung gandum
>> 1 cawan gula pasir

>> 2 biji telur
>> 1 cawan minyak masak
>> 7 - 8 biji pisang boyan
>> 1 sudu teh baking powder
>> 1 sudu teh soda bikarbonat

>> 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara membuat kek pisang gebu :



1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan.
2. Blender gula, telur, minyak masak, pisang dan esen vanila sehingga kembang.
3. Masukkan bahan blender tadi ke dalam bekas tepung tadi dan gaul rata.
4. Masukkan aduanan tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak masak sedikit
5. Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar kek pisang tadi selama 40-50 minit sehingga masak. 

Tara ! Siap kek pisang gebu sukatan cawan CN ! Jom makan kek pisang gebu ni.

resepi kek pisang, resepi kek pisang sukatan cawan, kek pisang sedap, resepi kek pisang mudah
Kek pisang ni CN saja bakar atas sekejab konon-konon nak bagi effect kaler golden, tapi terlebih golden sebelah pulak ! Hehehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

5 comments

  1. simpan dlu nanti boleh cuba. kena buat kat kampung ramai sket penghuni nak makan hehe..

    ReplyDelete
  2. Macam mudah sangat ni CN.
    Kalau tak ada pisang jadi kek span biasa la ekk

    ReplyDelete
  3. sedap nyer, CN.
    esok lusa in shaa Allah nak buat.
    kek pisang ni ajer yg aida agak mahir tau.
    yg lain, selalu x jadi ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.