Jom calonkan guru anda untuk Guru Inspirasi McDonald's 2019

March 20, 2019

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 | Hah, sudahkan anda mencalonkan guru kesayangan anda sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2019? Jangan buang masa, calonkan guru kesayangan anda di www.mcdonalds.com.my sekarang juga kerana tarikh akhir untuk pencalonan adalah pada 31 Mac 2019 ini sahaja.  Dalam artikel CN di SINI menceritakan tentang apa itu Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dimana anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia. 

guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
Calonkan guru kesayangan anda sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2019 

Kisah Inspirasi Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun 2017 & 2018


Ada banyak kisah inspirasi penerima Anugerah Guru Inspirasi 2017 & 2018. Kisah inspirasi paling CN suka adalah tentang Cikgu Wong Lieat Hiong dari SMK Tumpat, Kelantan. Kisah inspirasi dari seorang pelajar bernama Fatin Nur Syahzanani Binti Zakaria tentang guru kesayangannya ini memang menyentuh hati CN sebagai seorang guru.

Video penceritaan Fatin tentang gurunya, Cikgu Wong iaitu antara penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018




Bayangkan seorang guru berbangsa Cina menjaga anak muridnya yang berbangsa Melayu seperti anak sendiri selama 2 tahun! Menurut Fatin, cikgunya itu bukan sahaja seorang guru malah seperti seorang ibu kepadanya. Walaupun berbeza agama, Cikgu Wong sangat memahami pelajarnya sebagai orang Islam dengan menyediakan bilik khas untuk Fatin dilengkapi dengan tempat belajar & ruang untuk solat. Cikgu Wong ini bukan sahaja disayangi oleh Fatin, malah turut disayangi oleh pelajarnya yang lain. Kelasnya sentiasa menyeronokkan pelajar.


guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
Cikgu Wong Lieat Hiong adalah salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun 2018.

Selain Cikgu Wong, ada banyak lagi kisah guru inspirasi yang patut dicalonkan. Bagi CN yang juga sebagai seorang guru, bukan duit yang kami inginkan. Tapi penghargaan dari pelajar tentang usaha kami selama ini yang tidak mengira tenaga & wang untuk kejayaan anak didik. 

Anda boleh calonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada anda dengan mengikuti langkah-langkah dibawah : 

1. Klik https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate. Akan keluar paparan seperti gambar dibawah. Isikan maklumat anda & kisah inspirasi tidak kurang 100 patah perkataan. 

guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi

2. Kemudian, isikan maklumat guru inspirasi anda. Anda juga boleh muatnaik gambar guru inspirasi anda tersebut. 

guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi

3. Jika anda mempunyai pautan youtube tentang guru inspirasi anda, boleh juga hantarkan link tersebut. Tick kotak kecil untuk terma & syarat serta pastikan guru yang anda calonkan itu bersetuju untuk dicalonkan ye. Okay, dah selesai boleh tekan butang HANTAR. 


guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi





Hadiah wang tunai RM5000 kepada pemenang Guru Inspirasi & baucar RM200 kepada pencalon



Bukan sahaja kisah inspirasi menjadi taruhan, malah hadiah menarik turut ditawarkan kepada guru yang dicalonkan serta pencalonnya juga. Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200.


guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
Cikgu Wong Lieat Hiong di apit oleh penerima  Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s yang lain iaitu Cikgu Mohd Azri Elias dan Cikgu Romizal Amir bin Rosdi.


  #AnugerahGuruInspirasiMcDonalds   #AnugerahGuruInspirasi  #HariGuruMcD  #TerimaKasihCikgu

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

  1. as cikgu pun kita still ada cikgu yang kita suka n ingat sampai skrng kan..
    ada yang masih in contact ada yang dah lost contact.. semoga Allah sentiasa merahmati cikgu2 semua dimana saja berada =)

    ReplyDelete
  2. wauu bestnya cikgu kalau menang dapat rm5000

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.