Menariknya Terapi Feng Fu

March 09, 2019

Terapi Feng Fu | CN ada terbaca di facebook tentang satu terapi yang membantu mengatasi masalah sakit kepala. Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia jika  ditempelkan dengan ais pada titik tersebut selama beberapa saat berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita. Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga. Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda. Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung. Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

teknik feng fu, terapi feng fu, langkah terapi feng fu, atasi masalah sakit kepala, kekalkan keremajaan tubuh, tips awet muda,

Rawat sakit kepala dengan meletakkan ais pada titik Feng Fu


Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.


Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. 

teknik feng fu, terapi feng fu, langkah terapi feng fu, atasi masalah sakit kepala, kekalkan keremajaan tubuh, tips awet muda,

Terapi Feng Fu


Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui Terapi Feng Fu  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi Feng Fu ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar kerana teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah. Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.


Kelebihan meletakkan ais pada titik Feng Fu atau Terapi Feng Fu


1. Mengatasi sakit kepala dan migrain
2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi
3. Mencipta kesan relaks
4. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan
5. Meningkatkan kualiti tidur
6. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular
7. Mengatasi asma
8. Mencegah sering bersin dan hidung berair
9. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang
10. Membaiki sistem pencernaan
11. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual
12. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan
13. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid
14. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi
15. Menghilangkan selulit
16. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan
17. Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Sumber : Facebook



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.