Resepi Ayam Bakar NOXXA

March 12, 2019

Bagi yang memiliki periuk serbaguna Noxxa, dalam artikel kali ini CN akan berkongsi dengan anda resepi ayam bakar Noxxa yang sangat mudah tapi semestinya sedap dan disukai seisi keluarga. Kalau mood memasak CN datang, memang macam-macam CN masak menggunakan Noxxa ini. Anda boleh cuba resepi kek coklat moist Noxxa di SINI selepas selesai memasak ayam bakar Noxxa ini tau. 

resepi ayam bakar, ayam bakar noxxa, resepi ayam bakar mudah, ayam bakar menggunakan noxxa, cara membuat ayam bakar noxxa, bahan-bahan membuat ayam bakar noxxa


Resepi ayam bakar Noxxa


Bahan - bahan untuk perap ayam (1/2 ekor ayam)


1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan

Cara-cara membuat ayam bakar Noxxa


Blend semua bahan dan lumur pada ayam. kemudian perap. Ikut suka nak perap lama mana. Lagi lama lagi sedap. 

Cara menggunakan periuk Noxxa.
Masukkan ayam yang telah diperap. Kemudian tutup. Tekan HIGH PRESSURE 7 minit kemudian tekan ON.
Selepas 7 minit tekan button off, angkat tombol untuk keluarkan semua wap. Baru boleh buka penutupnya.
Tekan Button STIR FRY kemudian tekan ON. Balik balik kan ayam sampai nampak warna dia dah cantik. 
Tekan button off dan dah siap. Selamat mencuba resepi ayam bakar Noxxa ini ye.



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. senangnya nak buat ayam bakar guna periuk noxxa ni kan..yang ada periuk ni boleh la buat..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.