Resepi Daging Bakar Mudah

March 17, 2019

Antara hidangan kegemaran CN daging bakar. Bukan sahaja mudah disediakan, malah daging bakar ikut resepi CN ini sedap dan membuatkan selera bertambah lagi-lagi apabila dimakan bersama sambal pencicah. Tak percaya? Meh cuba dulu.


Resepi Daging Bakar Mudah


Untuk membuat daging bakar ini, paling penting adalah tempoh masa perapan. Lagi lama perapan lagi sedap daging tu. Nak senang hidup, CN saja perap daging ini sekali banyak. Nanti senang bila nak masak lagi dah ada daging perap. Ok, jom cuba resepi mudah dari CN ini. 

ramadhan raya blogger contest, lazada, resepi daging bakar, kuali ajaib murah, non stick pan, Marhaban Ya Ramadhan by Lazada
Daging bakar mudah dan sedap

Resepi Daging Bakar Sedap 


Bahan-bahan membuat Daging Bakar


1. Bawang putih 3-4 ulas - dicincang halus
2. Serai 2 batang - dipotong dan ditumbuk sedikit
3. Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
4. Sos tiram 1 sudu
5. Sedikit lada hitam
6. Sedikit garam 
7. Beberapa ketul daging saiz sederhana


ramadhan raya blogger contest, lazada, resepi daging bakar, kuali ajaib murah, non stick pan, Marhaban Ya Ramadhan by Lazada
Daging bersama bahan perapan


Cara-cara membuat daging bakar :


1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging
2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam. 
3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging
4. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam. 
5. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali ajaib. Sangat mudah !
6. Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama sambal pencicah.

ramadhan raya blogger contest, lazada, resepi daging bakar, kuali ajaib murah, non stick pan, Marhaban Ya Ramadhan by Lazada
Rupa daging bakar yang dibakar menggunakan kuali ajaib murah


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Lagi lama perap lagi kaw kan CN..fuh makan dengan sambal asam ni..nasi panas..

    ReplyDelete
  2. lamanya tak makan daging bakar. bestnyaa

    jemput singgah | pendidikan4all |

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.