Resepi Apam Goreng Mudah

May 11, 2019

Resepi apam goreng | Apam goreng antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran CN. Kalau dekat kampung CN ni, sekeping apam goreng ni cuma berharga 30 sen sahaja ! Murah kan? Sebenarnya tidak sukar untuk membuat apam goreng in. Senang je. Boleh la dibuat untuk dimakan sebagai manisan berbuka puasa nanti. Jom lihat resepi apam goreng mudah ini. 

Resepi Apam Goreng Mudah


resepi apam goreng, apam goreng, cara membuat apam goreng, bahan membuat apam goreng, resepi apam goreng mudah,
Resepi apam goreng

Bahan membuat apam goreng


>> 2 cawan tepung gandum 
>> 1 cawan tepung beras
>> 4 sudu besar gula pasir
>> 1 camca teh garam 
>> 1 packet mauripan yis 
>> 1 cawan air. 

Cara membuat apam goreng


>> Rendam 1 paket yis mauripan dalam setengah cawan air suam dan masukkan 1 sudu kecik gula. 
>> Gaul Yis dengan air dan gula tadi. 
>> Tunggu hingga Yis naik berbuih tinggi. 
>> Selepas Yis dah naik,  Masukkan 2 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung beras dalam bekas. 
>> Msukkn gula dan garam sekali.  Sebatikan kemudian tuang bancuhan Yis dalam tepung dan bancuh. 
>> Msukkan sedikit-sedikit air secawan dalam bancuhan. Gaul hingga jada seperti adunan lempeng biasa pekatnya. 
>> Tutup bekas dan biarkn naik dalam masa 2 jam. 
>> Setelah adunan berbuih-buih boleh la kita mula goreng. 
>> Gunakn non stick pan. 
>> Renjis sedikit saja minyak masak. Cuma nak basahkn pan saja. 
>> Masukkan sesenduk adunan dalam pan. 
>> Setelah buih-buih mula berlobang, boleh la balik kan apam tadi. 
>> Angkat apam dari kuali setelah tidak melekat lagi. 
>> Siap apam goreng sedap !


resepi apam goreng, apam goreng, cara membuat apam goreng, bahan membuat apam goreng, resepi apam goreng mudah,
Apam goreng 

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.