Resepi Biskut 3 Bahan

May 27, 2019

Resepi biskut 3 bahan | Seronoknya cuti sekolah ni kan? Ada pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama anak-anak. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama anak-anak adalah membuat biskut atau cookies. Si kecil memang suka rekacipta biskut-biskut ni. Lagi-lagi part menghias biskut tu. Memang kusyuk je budak-budak ni buat. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca resepi biskut 3 bahan yang dikongsi oleh Ana Sue. Kredit gambar kepada beliau kerana hasil biskut CN tidak cantik disebabkan oleh tangan CN yang keras serta anak-anak yang mem'bantu'. Cukuplah biskut tu boleh dimakan dalam sekelip mata ! Hehehe..

Resepi Biskut 3 Bahan


resepi biskut 3 bahan, biskut 3 bahan, biskut mudah 3 bahan, cara membuat biskut 3 bahan, bahan-bahan biskut 3 bahan
Biskut 3 bahan oleh Ana Sue

Bahan-bahan membuat biskut 3 bahan


>> 2 cawan tepung jagung
>> 4 sudu susu pekat
>> 2 sudu butter

Cara membuat biskut 3 bahan


>> Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
>> Bulat-bulatkan kecil dan tekan pakai garpu
>> Hias biskut mengikut citarasa sendiri
>> Bakar pada suhu 160'c selama 20 minit. 

Siap sudah biskut 3 bahan ! Selamat mencuba ! 


resepi biskut 3 bahan, biskut 3 bahan, biskut mudah 3 bahan, cara membuat biskut 3 bahan, bahan-bahan biskut 3 bahan
Biskut 3 bahan

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.