Resepi Kek Butter Pelangi Sukatan Cawan

May 13, 2019

Kek butter pelangi ni memang senang sangat nak buat. Kali ini CN akan berkongsi dengan pembaca tersayang resepi kek butter pelangi sukatan cawan. Blender je tau, memang senang. CN buat kek butter pelangi ni sambil berperang dengan Irfan Hensem tau. Mujur cantik gak rupanya sebab anak bujang CN tu sibuk gak nak buat pelanginya. Yela, kalerful budak-budak pun suka.

Kek butter pelangi, kek butter pelangi sukatan cawan, resepi kek butter, cara buat kek butter
Kek butter pelangi gebu gebas

Resepi Kek Butter Pelangi Sukatan Cawan


Bahan-bahan membuat kek butter pelangi



3 biji telur
1 cawan majerin (CN guna Daisy)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka

Kek butter pelangi, kek butter pelangi sukatan cawan, resepi kek butter, cara buat kek butter
Rupa kek butter pelangi sebelum dibakar

Cara membuat kek butter pelangi


1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak. CN bakar guna api bawah kemudian 5 minit terakhir api atas & bawah. 

Selamat mencuba kek butter pelangi yang sangat mudah ni.

Kalau jadi kek butter pelangi anda, apa kata upload di instagram & tag CN @cekgunorazimah. 😉

Kek butter pelangi, kek butter pelangi sukatan cawan, resepi kek butter, cara buat kek butter
Kek butter pelangi in da house


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. nak trylah nanti..tq share resepi..guna cawan senang...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.