Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

September 26, 2021

Resepi kek coklat kukus sukatan cawan | Kek coklat bukan sahaja menjadi kegemaran CN malah suami dan anak-anak memang sukakannya. Jadi bila semua suka sudah tentu cuba buat sendiri sebab lagi murah dan boleh makan dengan banyak. Ok, meh CN kongsi dengan anda resepi kek coklat moist sukatan cawan. Sangat senang nak buat, kukus je. Confirm jadi ok.

kek coklat kukus, resepi kek coklat kukus, resepi kek coklat sukatan cawan, cara buat kek coklat moist, bahan membuat kek coklat moist
Resepi kek coklat kukus sukatan cawan


Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan



Bahan-Bahan Membuat Kek Coklat Kukus 


1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Membuat Kek Coklat Kukus


Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

Kukus kek selama 1 jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus


1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut. Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Favourite jgk nih...cuma nk buat Tu mcm xbape nk rajin. Hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak mudah...boleh la cuba nanti

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.