Resepi phat phet udang petai mudah

May 20, 2019

Resepi phat phet udang petai mudah | Jika sebelum ini pasti anda pernah dengar masakan ayam phat phet ala thai. Memang sedap. Lagi terangkat jika dibuat pedas. Fuh! Lupa terus diet tau. Cukup hanya nasi putih dan ayam phat phet ini. Kali ini resepi asal diubah dengan gantikan udang serta petai. Lagi maveles ! 

Resepi phat phet udang petai , Resepi phat phet, ayam phat phet, cara buat ayam phat phet, masakan thai
Resepi phat phet udang petai 

Phat Phet Udang Bersama Petai 


Bahan-bahan membuat phat phet udang bersama petai 


Udang - 1/2 kilo
Petai ikut berapa banyak mana yang anda suka
Gula melaka
Asam keping 2 keping
Sos tiram 1 sb
Daun limau purut 2 helai

Bahan kisar: 
Serai 2 batang
Lengkuas 
Kunyit hidup
Cabai kering (untuk bagi warna cantik) 
Cabai melaka (letak lebih kalau suka pedas) 
Lada hitam 
Sedikit belacan

Cara-cara membuat phat phet udang bersama petai 


Panaskan minyak, masukkan bahan kisar & asam keping & gula melaka (agak2 ya, jangan banyak sangat, nanti terlajak manis tak sedap) 
Masak sampai pecah minyak. 
Masukkan sos tiram, garam & perasa. 
Masukkan udang..agak-agak udang sudah separuh masak, masukkan petai. 
Last sekali masukkan daun limau purut. 
Siappppppp...😋😋


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.