Resepi Puding Tiramitsu 5 Bahan Viral

May 18, 2019

Puding Tiramitsu 5 Bahan Viral | Banyak sebenarnya resepi puding tiramitsu ini. Kalau ikut cara CN senang sangat! Paling penting sedap tau. Rasa & step dia ala-ala buat cheesekut tapi yang ni tiada cheese ye. Jom teruskan bacaan untuk resepi Puding Tiramitsu 5 Bahan Viral

resepi puding tiramisu, puding tiramisu, 5 bahan puding tiramisu, cara buat puding tiramisu, bahan membuat puding tiramisu


Resepi Puding Tiramitsu 5 Bahan Viral



Bahan-bahan membuat Puding Tiramitsu 5 Bahan Viral

- 1 cawan susu pekat (kalau nak kurang manis 1/2 cawan pun ok sebab milo sudah manis)
- 2 cawan susu cair dutch lady @ susu sejat
- 3 sdb tepung castard
- cream cracker/biskut marie @ apa2 biskut
- milo (secukupnya)

Cara-cara membuat Puding Tiramitsu 5 Bahan Viral


1. Masukkan susu pekat, susu cair & tepung castard dalam periuk. Kacau sebati guna whisk sampai hilang ketulan tepung.
2. Sudah sebati baru letakkan atas dapur api perlahan. Masak sehingga pekat. Tapi jangan terlalu pekat sampai berketul-ketul. Agak-agak je ye. 
3. Kemudian susun cepat-cepat di dalam tupperware tahan panas @ bekas apa-apa @ loyang. (ikut suka) Kena buat cepat-cepat takut sejuk nanti dia beku.


First layer ~ biskut 
2nd layer ~ bancuhan castard
3rd layer ~ milo

TIPS = kalau suka biskut tu lembut boleh rendam dengan susu cair @ air masak sampai lembut & toskan. Nak blend biskut bagi hancur pun boleh ikut tekak masing-masing. 

Ulang sampai habis. Tunggu 30 minit bagi sejuk baru masuk peti ais. (3 jam ke atas) Makan sejuk-sejuk memang sedapp !



~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Wahhhh, menarik ... Senang nak buat.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap.. hahaha.. Nti buka puasa nak cuba lah ..

    ReplyDelete
  3. Wah simple je resepi ni. Nak try buat la.

    ReplyDelete
  4. resepi nie memang sedap
    adik sya selalu buat huhuhu

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.