SACC Convec Rai Anak-Anak Yatim & Asnaf di Majlis Berbuka Puasa

May 09, 2019

Kedatangan Ramadan bulan seribu rahmat setiap tahun amat di nanti-nantikan umat Islam kerana di bulan ini, Allah SWT mengurniakan pelbagai rahmatNya. Umat Islam sama-sama merebut berpeluang untuk melaksanakan pelbagai amal ibadat yang sunat dan fardhu untuk menyempurnakan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan serta mengumpulkan pahala berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.

sacc convec, buffet ramadan, westside bistro sacc, sacc, buffet sacc,
SACC Convec Rai Anak-Anak Yatim & Asnaf di Majlis Berbuka Puasa

SACC Convec Sdn. Bhd mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk meneruskan amalan kemasyarakatan melalui satu program CSR (Tanggungjawab Sosial Kemasyarakatan) dengan meraikan 22 orang anak yatim dan asnaf dari Pengajian Darul Mahabbah dan 30 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Puncak Desa Kepong dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Konvesyen Shah Alam.

SACC Convec Sdn. Bhd turut memberi sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim yang hadir dengan sokongan tajaan ADABI Consumers Industries Sdn. Bhd. Adalah menjadi matlamat program ini untuk membantu sedikit sebanyak, setidak-tidaknya menyokong mereka menjadi insan yang penting kepada negara dan pemimpin pada masa hadapan.

sacc convec, buffet ramadan, westside bistro sacc, sacc, buffet sacc,

"Setiap tahun saya menantikan program ini kerana inisiatif sebegini memberi peluang kepada saya, warga kerja SACC dan kita semua untuk menambah amalan dan banyak membawa keinsafan kepada diri kita", kata Nasrudin Abu Bakar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd ketika ditemui di majlis sederhana tetapi penuh meriah itu.

Tetamu jemputan yang hadir disajikan juadah set Ramadan edisi istimewa-Sajian Nelayan yang disediakan oleh Westside Bistro @SACC. Orang ramai turut berpeluang untuk merasai kelazatan dan variasi pilihan menu masakan Melayu ataupun masakan Cina ini bermula 7 Mei hingga 2 Jun 2019. Diantara hidangan yang disajikan adalah seperti Udang Masak Lemak Cendawan Kulat, Sotong Kalio, Ikan Tilapia Stim cara Teochew, Ketupat Sotong, Chili Crab dan banyak lagi. Dengan harga bermula RM30.00++ untuk seorang dengan minima set untuk 4 orang, pengunjung dapat menikmati pakej set Ramadan yang ditawarkan.

sacc convec, buffet ramadan, westside bistro sacc, sacc, buffet sacc,

Orang ramai yang bercadang untuk berbuka puasa di Westside Bistro @SACC boleh menghubungi 03-5511885, 013-2502858 atau layari laman web http://www.sacc.com.my/ramadan-buffet/ untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.


#buffetramadhansacc #shahalamconventioncentre #foodblogger #parentingBlogger #cekgunorazimahdotcom #AFBdotmy #bloggernumber1malaysia


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

  1. alhamdulillah peluang dan rezeki yg diberikan oleh Allah Taala untuk kita kongsikan dengan anak2 yatim :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.