Voucher McDonalds untuk lebih 420,000 guru di Malaysia

May 14, 2019

Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald'sMcDonald’s Malaysia dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan menghargai 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 13 Mei yang lalu. Anugerah yang memasuki tahun ketiga pelaksanaannya ini menerima lebih 7,500 pencalonan daripada orang ramai antara 1 hingga 31 Mac 2019. Dari jumlah pencalonan yang diterima ini, 25 orang guru telah dipilih sebagaI penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s yang telah menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki dalam mendidik pelajar-pelajar mereka. 


guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi, voucher mcdonald percuma
Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019

Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's



Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pertambahan jumlah pencalonan dari 1,000 pada tahun pertama anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2017 kepada lebih 7,500 tahun ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai ramai guru luar biasa yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan atau ‘go the extra mile’ dan lebih ramai rakyat Malaysia kini merasakan pentingnya penghargaan kepada golongan pendidik seperti ini di negara kita.

“Kami amat gembira melihat sambutan yang cukup menggalakkan terhadap pelaksanaan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s pada tahun ini. Ia jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amat menghargai golongan bergelar guru. Kami di McDonald’s merasakan pengiktirafan sebegini adalah wajar kepada golongan pendidik atas komitmen mereka yang amat memberi inspirasi,” kata Melati.

guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi, voucher mcdonald percuma
Datuk Dr Amin bersama Melati Abdul Hai

Melati juga mengajak rakyat Malaysia untuk membaca kisah pencalonan 25 penerima anugerah ini di bit.ly/mcd-agi2019winners kerana kisah-kisah guru ini mampu menyuntik semangat kepada guru-guru lain, malah pada masa sama mampu membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan negara.

“Apabila kami membaca kisah-kisah inspirasi yang dihantar oleh rakyat Malaysia, ia membuatkan kami ingin melakukan lebih banyak lagi untuk para guru. McDonald’s Malaysia komited untuk mendekati masyarakat dan anugerah ini termasuklah inisiatif-inisiatif lain memainkan peranan dalam memberi sokongan dan penghargaan kepada ‘wira tidak didendang’ ini,” tambah Melati. 


Datuk Dr Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut telah menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 kepada 25 pemenang. Setiap 25 pemenang ini menerima wang tunai berjumlah RM5,000 dan sebuah trofi.

Dalam ucapannya, Datuk Dr Amin mengatakan bahawa guru merupakan tulang belakang negara dan pengiktirafan sebegini perlu diberikan kepada mereka yang berada dalam profesion mulia ini.

“Guru-guru mendidik generasi muda negara dengan penuh dedikasi agar pada masa hadapan, negara kita mempunyai golongan pemimpin yang berkaliber dan dihormati. Apabila golongan pemimpin masa hadapan ini mengharumkan nama Malaysia, janganlah kita lupa jasa guru yang gigih mendidik mereka,” kata Datuk Amin.

Datuk Amin juga mengakui bahawa Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan satu inisiatif kerjasama awam-swasta yang strategik, seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan untuk membolehkan pelbagai pihak turut serta secara aktif dalam membangunkan sistem pendidikan yang kukuh dan menyeluruh.


Voucher McDonalds untuk lebih 420,000 guru di Malaysia


Berita baik kepada semua rakan-rakan guru!


Bersempena dengan Hari Guru pada bulan ini, McDonald's Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan penghargaan kepada para guru. Oleh itu, lebih 420,000 guru yang mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan di bawah senarai yang didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerima baucar untuk 1 set hidangan sederhana McChicken atau Filet-O-Fish secara PERCUMA. Kesemua baucar telah dihantar ke Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah.

Jangan lupa untuk menebus baucar dalam tempoh tarikh 16-20 Mei di mana-mana restoran McDonald's di seluruh negara.

guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi, voucher mcdonald percuma
Kotak-kotak yang mengandungi lebih daripada 420,000 baucar hidangan McDonald's telah dihantar kepada kesemua Pejabat Pendidikan Daerah untuk diedarkan kepada  lebih 10, 000 sekolah di seluruh negara bersempena Hari Guru Malaysia pada 16 Mei. 
guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi, voucher mcdonald percuma
Kotak-kotak yang mengandungi lebih daripada 420,000 baucar hidangan McDonald's telah dihantar kepada kesemua Pejabat Pendidikan Daerah untuk diedarkan kepada  lebih 10, 000 sekolah di seluruh negara bersempena Hari Guru Malaysia pada 16 Mei.




guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi, voucher mcdonald percuma
McDonald’s Malaysia telah menghantar baucar-baucar makanan kepada Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan di bawah senarai yang didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.