5 Tips Guna Iron Philips Steam Yang Patut Anda Cuba

June 27, 2019

Tips Guna Iron Philips Steam | Alhamdulillah, 6 tahun CN dah guna iron Philips Steam purple ni. Satu pelaburan yang berbaloi sebab senang sangat guna iron ni, tak perlu risau baju terbakar tau. Masa yang diambil untuk iron pun sangat cepat, jimat masa sangat! Hokay, bagi mereka yang menggunakan iron Philips steam ini, disini CN kongsikan beberapa tips guna iron ini yang CN dapat dari group whatsapp & telah CN amalkan. Memang berkesan! Semoga bermanfaat.

Tips guna iron philips steam, iron philips, iron philips steam, review iron philips steam, harga iron philips amway, iron philips amway 2018, iron philips gc3920, harga ahli iron philips amway 2018, harga iron philips amway 2018, iron philips gc8755, philips steam iron gc9660, philips steam iron gc7808
Tips Guna Iron Philips Steam


5 Tips Guna Iron Philips Steam Yang Patut Anda Cuba


1. Jangan biarkan air dalam tangki tu lama-lama. Paling baik setiap kali lepas guna, kosongkan tangki. Kalau memang hari-hari guna masih ok tinggalkan dalam tu. Kalau contohnya balik kampung, bercuti, tinggalkan iron ni, tolong kosongkan tangki dulu ya. Kalau air bersih sekalipun, masih boleh mengundang semut dan lain-lain masuk dalam tangki. 1 lagi tukar waterpump.

2. Kalau kuat guna lebih baik 2 minggu sekali buat descale or sebulan sekali tak payah tunggu lampu decalc nyala, masukkan air bersih dalam lubang easy decalc (time sejuk) goncang keluarkan air kotor, buat sampai bersih. 


3. Untuk jaga cabel, balut cabel (wayer salur air/elektrik) untuk elak putus dan rosak sebab bergesel dengan iron board. CN guna sarung yang beli di Shopee. Ada banyak design, memang cantik-cantik tau. 

4. Gunakan air bersih. Elok guna Air RO yang tiada mineral tu. Kalau kat kedai yang air penutup putih tu.

5. Jangan sambungkan iron pada extension, Sebaiknya gunakan direct ke plug dinding. Sentiasa off plug dinding juga bila tidak menggunakan iron.


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.