Apakah petroleum jelly?

June 16, 2019

Apakah petroleum jelly | Petroleum jelly adalah salah satu produk penyulingan petroleum mentah. Ia berwarna jernih, hidrofobik (tidak larut air), tidak mudah terbakar, dan terdiri dari campuran beberapa hidrokarbon. Kandungan hidrokarbon dalam petroleum jelly bergantung dari sumber mana petroleum ini dilombong. 

apakah petroleum jelly, kebaikan petroleum jelly, petroleum jelly on face, petroleum jelly uses, petroleum jelly dangers, what is petroleum jelly used for, petroleum jelly benefits, petroleum jelly for lips, petroleum jelly for dry skin, how to make petroleum jelly
Apakah petroleum jelly?


Apakah petroleum jelly?


Ketika petroleum mentah dilombong, petroleum mentah diberi rawatan awal untuk membuang air, garam, pasir dan gas mudah meletup atau menyebabkan pengaratan pada paip.

Seterusnya petroleum ini disuling pada suhu berbeza. Hidrokardon dengan takat didih yang rendah akan terkondensasi pada dulang yang tinggi manakala hidrokarbon dengan takat didih yang tinggi akan terkondensasi pada dulang bawah. Antara produk penyulingan ini adalah, gas memasak, petrol, diesel, minyak pelincir, petroleum jelly dan coke (karbon). 

Petroleum jelly ini mempunyai takat didih pada suhu 302 darjah celsius. Ini menjadikan ia antara produk penyulingan pada dulang bawah bersama polyaromatic hydrocarbon (PAH), gris, minyak pelincir dan hidrokarbon yang lain. Untuk kegunaan farmaseutikal dan kosmetik,  petroleum jelly gred seperti USP (US Pharmacopoeia) dan BP (British Pharmacopoeia) digunakan. Petroleum jelly ini dimurnikan sehingga berwarna jernih. Gred yang masih mempunyai campuran hidrokarbon lain biasanya berwarna kekuningan dan perang.

Petroleum jelly adalah sangat berguna. Ini kerana ia tidak larut air, dan tidak toksik. Ia melindungi kulit dari kehilangan air. Badan kita boleh kehilangan air melalui kulit dan kita selalunya tidak menyedari keadaan ini. Untuk keadaan tertentu, penggunaan bahan yang dapat menghalang air dari meruap dari permukaan kulit membantu melembabkan kulit. 

Benarkah penggunaan petroleum jelly berbahaya?


Walaupun hidrokarbon kedengaran menakutkan, tahukah anda makanan anda, manusia dan haiwan terdiri dari hidrokarbon. Yang membezakan kita adalah jenis struktur kimia dan rantaian kimia. Walaupun petroleum jelly disuling bersama petrol dan diesel, ia adalah selamat selagi mana produk tersebut menggunakan gred farmaseutikal dan kosmetik.

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.