4 cara mendapatkan harga terbaik untuk rumah anda

June 29, 2019

4 cara mendapatkan harga terbaik untuk rumah anda  | Bukan mudah untuk membeli rumah. Banyak kos yang perlu dipertimbangkan dan semua kos ini agak banyak. Sebab itu digalakkan merancang kewangan dengan baik dan menyimpan sebahagian pendapatan supaya duit dapat dikumpul bagi persediaan memiliki rumah. Disini CN akan kongsikan cara mendapatkan harga terbaik untuk rumah anda tanpa modal yang besar. 

cara membeli rumah tanpa modal besar, cara mendapatkan harga terbaik untuk rumah, panduan beli rumah, cara beli rumah
Cara mendapatkan harga terbaik untuk rumah anda


Tips dan cara membeli rumah tanpa modal besar


CN senaraikan beberapa tips cara membeli rumah tanpa modal besar untuk panduan mereka yang ingin membeli rumah sama ada sebagai tempat kediaman atau sebagai aset. 



1. Pengeluaran KWSP
KWSP membenarkan sebahagian wang dari Akaun 2 dikeluarkan untuk pembelian rumah. Dengan pengeluaran KWSP, modal untuk membeli rumah dapat dikurangkan. Masalahnya, sedikit sebanyak pengeluaran ini akan menjejaskan tabung persaraan di kemudian hari. 

2. Skim Rumah Pertamaku (SRP)
SRP diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2011 untuk membantu golongan muda mendapatkan rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan pembeli mendapatkan pembiayaan/pinjaman 100% ke atas rumah yang dibeli, maka deposit 10% tidak perlu disediakan. Namun begitu, kemudahan ini tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. 


3. Kemudahan hutang lain
Menggunakan kad kredit atau pembiayaan/pinjaman peribadi adalah salah satu cara untuk menampung sebahagian kos pembelian rumah. Cara ini banyak digunakan pelabur-pelabur hartanah supaya mereka tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk mendapatkan rumah pelaburan mereka.Bayaran untuk pembiayaan/pinjaman rumah dan hutang tambahan yang dibuat akan di’cover‘ oleh hasil sewaan rumah tersebut.


4. Refinance
Cara beli rumah tanpa modal menggunakan refinance ini sangat sesuai untuk rumah yang mempunyai harga yang lebih rendah daripada pasaran. Semasa proses pembelian, boleh dibuat pembiayaan/pinjaman perumahan dengan bank A mengikut harga yang dijual. Selepas jualan, terus refinance dengan bank B mengikut harga pasaran semasa.

Dan ada pelbagai lagi kaedah lain untuk mendapatkan harga terbaik untuk rumah anda. Sudah tentu untuk membeli rumah, perkara utama yang perlu buat adalah survey rumah pada harga terbaik. 

cara membeli rumah tanpa modal besar, cara mendapatkan harga terbaik untuk rumah, panduan beli rumah, cara beli rumah

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.