Cara Mendidik Anak Lelaki & Anak Perempuan

June 11, 2019

Perbezaan anak lelaki dan anak perempuan | Pernah baca buku motivasi Man Are from Mars & Woman Are From Venus? Dalam buku tersebut menceritakan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Yes, memang lelaki dan perempuan berbeza. Begitu juga apabila membesarkan anak lelaki dan anak perempuan. Memang memerlukan cara yang berbeza walaupun dari mama dan ayah yang sama, tetapi pendekatan yang sangat berbeza kerana anak lelaki dan anak perempuan sangat berbeza dan tidak boleh dibandingkan!

Man Are from Mars & Woman Are From Venus, perbezaan lelaki dan perempuan, beza anak lelaki dan anak perempuan, irfan hensem, dhia zahra,
Bezanya besarkan anak lelaki & anak perempuan

Perbezaan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan


CN dulu masa mula-mula Dhia Zahra setahun, selalu bandingkan dia dengan abangnya iaitu Irfan. Yela, si abang elok je behave tetapi adiknya sangat aktif! Kalau CN bawa abangnya ke sekolah, relax je CN boleh tinggal macam tu, tetapi sangat berbeza apabila CN bawa Dhia Zahra ke sekolah, double penat tau! Tetapi Encik Suami selalu pesan, cara approach anak lelaki dan anak perempuan berbeza, jadi tak boleh bandingkan anak lelaki dan perempuan walaupun kedua-duanya lahir dari rahim ibu yang sama. 

Man Are from Mars & Woman Are From Venus, perbezaan lelaki dan perempuan, beza anak lelaki dan anak perempuan, irfan hensem, dhia zahra,
Irfan & Dhia yang sangat berbeza dengan variasi karektor masing-masing

Cara CN Mendidik Anak Lelaki & Anak Perempuan



Lelaki/Irfan :

Anak lelaki CN lebih straight to the point. Irfan biasanya bila dia buat salah & CN marahkan dia, terus dia akan minta maaf. Irfan mudah sedar akan silap dia, tak perlu CN nak cubit, tengking atau marah dia akan automatik sedih dan kadang-kadang terus menangis minta maaf bila dia buat salah.


Man Are from Mars & Woman Are From Venus, perbezaan lelaki dan perempuan, beza anak lelaki dan anak perempuan, irfan hensem, dhia zahra,
Irfan Hensem yang agak 'lembut' dan behave tetapi banyak alasan apabila CN minta tolong, hmmm


Perempuan/Dhia Zahra

Banyak belok-belok cerita & penambahan pelbagai drama. Macam Dhia Zahra, bila dia buat salah & CN nak marah dia. Mulalah buat muka comel & tukar topik lain. Geram je rasa! Cara CN untuk tegur dia bila dia buat salah, CN akan peluk dia, pandang muka dia sambil cakap dengan tegas apa yang dia buat tu salah. Anak perempuan ni tidak boleh terlalu tegas dan terlalu lembut, macam tarik rambut dalam tepung, perlahan-lahan gituw.

Man Are from Mars & Woman Are From Venus, perbezaan lelaki dan perempuan, beza anak lelaki dan anak perempuan, irfan hensem, dhia zahra,
Dhia Zahra yang banyak cengelat tetapi boleh diharap untuk membantu CN tau


Hokay, nanti CN kongsi lagi cara lain bagaimana CN mendidik anak lelaki dan anak perempuan ni ye. 


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.