Resepi Air Kunyit Yang Sedap Homemade

June 19, 2019

Resepi Air Kunyit Yang Sedap Homemade | Bila sebut tentang berpantang selepas bersalin, perkara yang paling CN tak suka adalah minum air kunyit. Dulu masa Irfan CN minum air kunyit 3 hari sebelum kembali bekerja kerana mak bidan cakap air kunyit ni selain untuk mengecutkan rahim, ia juga memberi tenaga setelah lama bercuti. Tapi kan, air kunyit yang mak bidan tu buatkan memang amat menyeksakan untuk ditelan. Selepas berpantang Dhia, CN minum air kunyit yang sedap ni pada hari ke 42 berpantang. Hasil google, CN buat sendiri je air kunyit yang sedap ni tau. 

resepi air kunyit, air kunyit, cara buat air kunyit, air kunyit selepas bersalin
Resepi Air Kunyit Yang Sedap

Kenapa CN cakap air kunyit ni sedap, sebab ada rasa manis madu dan masam asam jawa. Kalau harapkan kunyit sahaja memang menangis la nak minum ! Air kunyit sedap ni menggabungkan 4 bahan sahaja dimana setiap bahannya mempunyai fungsi yang berbeza. Jika kunyit berfungsi untuk mengecutkan rahim dan memberi keseriaan pada wajah, halia pula untuk membuang angin dan asam jawa untuk membakar lemak. Madu selain memberi rasa manis kepada air kunyit sedap ini, ia juga baik untuk membekalkan tenaga. 

Resepi Air Kunyit 


Bahan-bahan air kunyit sedap

Halia sebesar ibu jari (boleh tambah jika nak rasa yang 'kick')
Kunyit hidup sebesar ibu jari (boleh tambah jika nak rasa yang 'kick')
2 sudu besar madu
2 sudu besar pes asam jawa adabi

Cara penyediaan air kunyit yang sedap :

Blend semua bahan di atas bersama 3 cawan air masak. Tapis dan simpan di dalam peti ais. Sebab CN tak nak minum sejuk, sebelum minum CN biarkan pada suhu bilik. Air ini hendaklah diminum 3 hari berturut-turut.

p/s : Mak bidan cakap tak elok minum air kunyit banyak-banyak, takut cepat menopause. Jadi cukuplah 3 hari je..hehe




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Penah gak buat air kunyit sendiri..dpt resipi dari tukang urut..sedap sbb ada campur madu gak..

    ReplyDelete
  2. baru tahu air kunyit buat cepat menopause. Selalu jugak minum air kunyit ni untuk period teratur

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.