Resepi biskut cip coklat homemade mudah

July 17, 2019

Resepi biskut cip coklat homemade | Biskut cip coklat walaupun rupanya tak berapa cantik, yang penting adalah rasanya. Biskut homemade kan, mestilah sedap berbanding dengan cookies yang terjual di supermarket. Nak cuba buat sendiri biskut cip coklat ni, meh sini CN share resepi. Mudah je. 

Biskut Cip Coklat


Resepi biskut cip coklat, biskut cip coklat, biskut, cara buat biskut cip coklat, bahan membuat biskut cip coklat




Bahan-bahan membuat biskut cip coklat


Bahan A
-1/2 cup butter suhu bilik
-1/2 cup gula perang
-1/3 cup gula putih
-1 biji telur
-2 tsp esen vanila

Bahan B
-1 1/2 cup tepung naik sendiri(CN guna tepung gandum)
-2 tsp tepung jagung
-1 tsp baking soda
-secubit garam

-cip coklat secukupnya terpulang letak byk atau sikit

Cara-cara membuat biskut cip coklat


>> Mix butter dengan gula perang & putih sampai kembang. Dah kembang masukkan telur & esen vanila mix sampai sebati.
>> Masukan bahan B kacau sampai sebati, dah sebati letak cip coklat kacau lagi sampai sebati( kacau guna sudu sbb doh lembut melekat sikit).
>> Masukkan adunan dalam oven dan bakar 160c dalam 15-20minit atau shingga biskut jadi keperangan guna api atas bawah
>> Dah masak sejukkan dan boleh terus dimakan.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. terima kasih kongsi resepinya.. bole cuba ni nanti

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.