Pulangan Wang Tunai dengan Shopback

September 23, 2019

Siapa suka shopping online macam CN meh sep sikit. Tahu tak shopping online ni adalah satu terapi stress bagi CN. Bukan sahaja CN, malah ramai juga rakan-rakan CN yang menyatakan pendapat yang sama. Tapi kali ini CN bukan nak cerita tentang shopping online tau, CN nak share tentang satu lamanweb yang ada menawarkan cashback atau pulangan wang tunai bila anda shopping online! Hah ! Barang dapat siap pakej dengan cashback lagi. Untungla kan, sambil shopping boleh pulak dapat duit poket.

Dapatkan cashback dengan ShopBack


cashback, shopback, pulangan wang tunai dengan shoping online, shopping online, cashback dengan shopback
Pulangan wang tunai dengan ShopBack

CN percaya pasti ramai di antara anda yang tidak pernah dengar tentang ShopBack bukan? Ia adalah lamanweb yang menawarkan cashback bila anda shopping di kedai-kedai terpilih. Maksudnya disini, jika anda mahu shopping di Shopee, Lazada dan Agoda apa kata pergi ke lamanweb ShopBack dahulu untuk melihat tawaran menarik yang mereka tawarkan. Kemudian, selepas shopping anda akan mendapat cashback atau pulangan wang tunai sehingga 12% dari harga pembelian. Masih keliru? Meh sini CN kongsikan video tutorial bagaimana untuk anda mendapatkan pulangan wang tunai atau cashback dengan ShopBack ini. 

Video tutorial untuk mendapatkan pulangan wang tunai dengan ShopBack




Macam mana? Menarik kan? Dengan shopping online, anda boleh mendapatkan kembali pulangan wang tunai. Berganda-ganda jimatnya ! 

Program Refer-a-Friend

Pihak ShopBack juga ada menawarkan program Refer-a-Friend dimana anda memberikan rakan anda RM10 dan anda juga akan mendapat RM10 ! 

Bagaimanakah caranya?

Hanya kongsikan link referral anda kepada rakan-rakan. Setiap pendaftaran baru yang berjaya dibawah link referral anda, anda akan mendapat pulangan wang tunai RM5 ! Kemudian, apabila rakan anda itu berbelanja dengan minimum RM25, anda akan mendapat lagi RM5. Jadi total pendapatan anda adalah RM10! Sangat mudah kan?


cashback, shopback, pulangan wang tunai dengan shoping online, shopping online, cashback dengan shopback
Pulangan wang tunai dengan ShopBack

Jadi apa tunggu lagi? 

Jom mendaftar di ShopBack dan dapatkan 'duit poket' anda !

 Daftar sekarang




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.