CN paling suka bila dapat jemputan ke event parenting dan boleh bawak anak-anak. Disanalah CN boleh merapatkan lagi hubungan ibu dan anak dengan pelbagai aktiviti menarik. Sudah tentu bila jemputan ke event parenting, CN akan ajak sekali adik tersayang blogger Miza Talib. Bila Miza join, mestilah anak-anaknya yang kecoh akan join. Bertambah kecoh bila bertemu dengan anak-anak CN si Irfan Hensem & Dhia Zahra. Jadi jangan pandang sinis tau bila tengok mak-mak bersama 4 orang budak yang super aktif di event parenting hokay. Bila namanya event parenting, mestilah bersama anak-anak yang super aktif, chewah !
CN & Miza bersama anak-anak yang super aktif & kecoh |
Irfan Hensem, Dhia Zahra, Aqilah Firzanah & Afiq Furqan yang sangat aktif apabila bertemu |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika anda ke Port Dickson, jangan lupa singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson (Army Museum Port Dickson). Ada pelbagai tarikan menarik di sini yang bukan sahaja mengujakan anak-anak, malah mak pak nya sekali ! Ini merupakan kali pertama CN ke sini. Walaupun dah banyak kali mandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, tapi tak pernah berkesempatan untuk singgah ke sini. Rupanya Muzium Tentera Darat Port Dickson ni memang tak jauh dari pantai. Confirm lepas ni kalau mandi manda di pantai Port Dickson, sure singgah lagi sebab Irfan Hensem suka sangat ke sini.
Tempat menarik Port Dickson
Apa yang menyebabkan Irfan Hensem suka ke sini sudah tentu si bujang tu teruja dengan pelbagai kereta kebal askar yang real hokay. Bila sampai je ke sini dah nampak helikopter askar. Apalagi, bersinar-sinar la mata anak bujang CN tu yang memang suka sangat dengan askar.
Bergambar di hadapan pelbagai model meriam |
Kami sekeluarga ke sini sempena cuti umum keputeraan Sultan Selangor yang lalu. Rezeki kami masa sampai ke muzium ada banyak parking dalam muzium. Dah tak perlu susah payah menapak jauh-jauh.
Bergambar di hadapan kereta kebal, suka betul anak bujang CN sorang tu |
CN bersama adik iaitu blogger Miza Talib bergambar bersama anak kecil kami |
Naik je tangga batu merah, kami dah teruja dengan pelbagai meriam dan kenderaan askar. Naik lagi ke atas ada model kereta api dan pelbagai model kereta kebal. Ekcited hokay ! Kebetulan masa ke sana ada pameran ketenteraan bukan sahaja dari Tentera Darat, malah dari PDRM dan Bomba. Teruja la si anak-anak CN bersama sepupunya tengok idola mereka ada di sana.
Irfan bergaya sebagai sniper sempena pameran Tentera Darat di Muzium Tentera Darat Port Dickson |
Antara tarikan utama di Muzium Tentera Darat Port Dickson ini adalah terowong sejarah. Irfan agak teragak-agak untuk masuk pada mulanya sebab agak gelap, tapi CN galakkan juga anak bujang tu dan sudah tentu ada pelbagai benda menarik di dalamnya.
Dari kiri Irfan Hensem, Aqila Firzanah, Dhia Zahra & Afiq Furqan |
Ada juga pelbagai model helikopter yang boleh dinaiki. Best tau. Merasa la juga naik helikopter askar ni. Kalau tak tengok dalam tv je..hehe
Irfan Hensem & Dhia Zahra di dalam helikopter |
Jika anda followers instagram cekgunorazimah, pasti pernah tengok CN pernah up video Irfan yang takut naik jambatan gantung. Jambatan gantung ni di sini lah. Ada 3 bahagian dan bahagian kedua yang membuatkan Irfan takut untuk teruskan perjalanannya. Disebabkan CN dukung Dhia Zahra, CN terpaksa tinggalkan anak bujang CN sorang ni dekat mak sedaranya. Jenuh la Mak Lang Irfan duk jerit-jerit suruh Irfan pegang baju dia. Alahai la anak..
Bergambar dulu di bahagian pertama jambatan gantung |
Berjaya habiskan bahagian pertama jambatan gantung, siap tunjuk peace gituw |
Bayaran masuk ke Muzium Tentera Darat Port Dickson
Bayaran masuk ke Muzium Tentera Darat Port Dickson adalah PERCUMA. Waktu operasi pula dari 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Jadi jika anda mencari tempat menarik Port Dickson, jangan lupa singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Pasti satu pengalaman menarik untuk anak-anak anda.
Jadi jika anda mencari tempat menarik Port Dickson, jangan lupa singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Pasti satu pengalaman menarik untuk anak-anak anda.
Lokasi Muzium Tentera Darat Port Dickson
Isnin yang lalu sempena birthday Sultan Selangor, CN bersama keluarga kecil kami sempat jalan-jalan ke Port Dickson. Sudah tentu pantai pilihan kami di Teluk Kemang sebab ada macam-macam di sana. Ini merupakan kali pertama kami bawa Dhia Zahra mandi-manda di pantai Teluk Kemang ni. Pada mulanya memang drama sedih sebab menjerit-jerit budak kecil ni gelikan pasir pantai dan takut air laut. Tapi lama-lama terlebih eksited pula Dhia Zahra bermain pasir dan seronok mandi di dalam pelampung pink comel. Mujur drama melayu happy ending hokay! Alahai la anak...
Dhia Zahra muka hepi dapat main pasir |
Drama gembira Dhia Zahra di Teluk Kemang
Tengoklah video di atas, kusyuk anak dara CN si Dhia Zahra bersama abangnya Irfan & sepupu Afiq bermain pasir. Bebas berlari budak-budak ni. Its ok, asalkan mama nampak korang, main lah sepenuh hati ye.
Gambar di bawah pulak Dhia Zahra bersama kakak Aqila bermain pasir. Siap tunjuk peace kononnya tau anak dara sorang tu..hehe
Dhia Zahra dan kakak Aqila |
Mujur hari kami pergi mandi manda tu cuaca tak berapa panas. Kulit agak burn tapi tak berapa teruk. Biasalah, walaupun disapu satu botol sunblock, muka tetap burn hokay. Next entry CN akan cerita pulak aktiviti menarik selepas mandi manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson ini. Stay tune...
CN dan anak-anak bergambar sebelum berangkat balik |
Budak rambut toncet tinggi si Dhia Zahra yang penuh dengan surprise |
Bila bergambar sekeluarga di Pantai Teluk Kemang ni, anak-anak saje je sabotaj |
CN dan Dhia Zahra bersama Maklang & Mak Uda |
Lokasi Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Karnival Upin Ipin merupakan karnival terbesar anjuran Les Copaque yang paling ditunggu-tunggu. Tahun 2017 merupakan tahun kedua karnival ini dijalankan dimana pada tahun lepas telah diadakan di Putrajaya. Atas sambutan yang amat menggalakkan, tahun ini Karnival Upin Ipin diadakan di MAEPS Serdang. Tempat yang luas dan selesa, sudah tentu Karnival Upin Ipin 2017 lebih meriah dan pelbagai aktiviti baru yang lagi gempaq berbanding tahun lepas.
Persembahan Ultraman Ribut di Hall A
Untuk mengelakkan kesesakan umat manusia, CN bawak anak-anak bersama anak saudara ke Karnival Upin Ipin pada hari Jumaat sejurus selepas solat Jumaat. Sampai di sana, weoulss masuk melalui Pintu 2 dan naik tram untuk ke Hall A & C yang terletak berhadapan. Satu pengalaman baru bagi anak-anak bila naik tram ni, maklumlah di MAEPS memang mempunyai pemandangan yang menarik. Jangan risau kerana terdapat banyak sangat tram, so anda tak perlu tunggu lama hokay.
Dhia Zahra menjerit-jerit takut dengan maskot Upin Ipin yang banyak sangat ! Hehehe.. |
CN & Miza bersama anak-anak di Karnival Upin Ipin 2017 |
Anda boleh membeli tiket secara online atau secara terus di Hall C. Untuk pembelian tiket di line biasa memang mengambil masa yang lama jika ramai orang. Tapi line VIP sangat best sebab fast line dan tempat yang sangat selesa tau. Antara tarikan menarik di Hall A iaitu di Pentas Utama adalah Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan, Ultraman Ribut, Puteri, Pada Zaman Dahulu, Upin & Ipin The Musical dan banyak lagi !
Tempat duduk VIP yang sangat selesa di Pentas Utama |
Welfie dulu sambil tunggu persembahan Ultraman Ribut |
Tengoklah anak-anak teruja dengan persembahan Ultraman Ribut |
Sudah tentu antara tarikan utama Karnival Upin Ipin adalah persembahan Ultraman Ribut. Persembahan Ultraman Ribut bersama kawan-kawannya memang tidak mengecewakan. Dengan sound system yang power, fuh! Superb! Dhia Zahra yang penakut dengan maskot Upin Ipin pun turut teruja dengan persembahan Ultraman ini. Memang tidak mengecewakan.
Persembahan Ultraman di Karnival Upin Ipin 2017
Dewan Magic di Hall C
Hall C pula adalah syurga untuk kaki bergambar. Ada Rumah Opah, Alam Dino, Tadika Mesra dan jika berkesempatan, anda boleh bergambar dengan Ultraman Ribut & berikteraksi dengan Kak Ros. Walau bagaimanapun, anak bujang CN tak dapat bergambar dengan Ultrama Ribut sebab mamanya salah tengok jadual ! Kesian anak bujang CN tak dapat bergambar dengan hero kesayangan dia tu, jadi terpaksalah CN pujuk dengan jajan Upin Ipin yang banyak dijual di sana...hehehe
Tak dapat bergambar dengan maskot Ultraman Ribut, dapat bergambar dengan Ultraman besaq ni pun ok lah.. |
Weoulss di Tadika Mesra |
Nampak tak budak-budak ni? |
Muka eksited di Rumah Opah |
Kuat Dhia Zahra peluk CN di Taman Dino tau, takut betui dia ! Hehehe |
Bergambar di lukisan 3D shark |
Keseluruhannya, anak-anak CN memang enjoy di Karnival Upin Ipin 2017. Tempat selesa dan luas serta parking banyak. Cuma CN harap untuk tahun hadapan agar tempoh masa Karnival Upin Ipin dipanjangkan sehingga seminggu sebab 3 hari ni terlalu singkat, jenuh nak kejar masa hari Jumaat. Sabtu dan Ahad confirm ramai orang, tak sanggup nak bersesak tau.
Harga tiket Karnival Upin Ipin 2017
Berikut merupakan harga tiket Karnival Upin Ipin 2017. Kaunter tiket di Hall C, MAEPS ketika hari karnival berlangsung.
Harga tiket Karnival Upin Ipin 2017 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sedapnya bau baby. Seronok sangat dapat pangku si kembar Mariam & Medina. Tapi sekejab je dapat pangku si kecik ni sebab kakak Dhia kuat cemburu hokay ! Dengan pantas dia parking montot dia atas peha mama dia tau. Itu syarat mama tak boleh pangku baby. Faham? Hehehe...
Kakak Dhia jeles tak bagi mama dia pangku baby |
Comelnya awak Medina |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN percaya pasti ramai ibu bapa diluar sana yang masih mencari tempat menarik untuk bawa anak-anak bercuti. Apa kata cuba bawa anak-anak anda ke Kidzania KL yang terletak di Damansara Utama bersebelahan dengan IKEA. Pelbagai aktiviti menarik yang akan mengujakan anak-anak anda.
Jom ke Kidzania KL !
Irfan bekerja sebagai buruh kasar
|
Doktor gigi yang super cute ! |
Junior Tax Officer? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Antara makanan tak sihat yang mesti ada jika travel adalah Choki Choki. Agak susah nak handle anak-anak untuk perjalanan yang jauh. Irfan Hensem terutamanya memang cepat bosan. Kalau dia tidur dalam kereta memang aman rasanya, tapi kalau dia tak tidur ada je benda yang dia nak buat. Jadi antara benda yang boleh buat anak-anak duduk diam adalah dengan beri mereka makan. Biasanya CN akan bagi anak-anak makan roti, kek dan yang paling mereka suka, Choki Choki ! Si kecik Dhia Zahra pun boleh diam berebut tab dengan abang bila diberi Choki Choki ni.
Choki choki kegemaran anak-anak |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berjuta Penonton Surprise Egg Di YouTube
Siapa pernah tengok video surprise egg di youtube sila angkat tangan !
Serius, video surprise egg antara video kegemaran Irfan. Dia boleh leka tengok berjam-jam video ni. Yang paling tak best siap boleh mintak CN belikan lagi benda ni. Pergh !
CN 'terpaksa' tengok video ni untuk temankan Irfan. Memang CN tak faham apa yang menariknya video ni. Hanya bukak telur Kinder Bueno tu dan tunjukkan hadiah di dalamnya. Puas juga CN mencari kepositifan di sebalik video ni, tapi buntu. Video ini hanya menggalakkan anak untuk membeli telur Kinder Bueno untuk mendapatkan hadiah yang cenonet.
Pada mulanya Irfan tidak tahu tentang video surprise egg ni. Encik Suami yang mulakan. Dia dan Irfan memang boleh leka tengok video ni. Alahai orang lelaki, macam-macam minat mereka ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pantai Bagan Lalang
Bagan Lalang merupakan kawasan yang terletak di Daerah Sepang. Disini terdapat pantai untuk beriadah sama seperti Pantai Morib. Bezanya disini agak kurang meriah berbanding Pantai Morib. Tetapi istimewanya Pantai Bagan Lalang ini pula adalah Avani Sepang Gold Coast Resort yang super mewah dan ekslusif. Satu malam saja di sini boleh mencecah RM500 ! Pergh ! Dapat beli henpon baru kan?
Aksi anak-anak di depan lanskap Avani Sepang Gold Coast Resort |
Apabila jumpa port cantik jer, terus hampar tikar dan bukak bekal nasi lemak ayam goreng berempah yang CN sediakan. Bukan senang tau CN nak masak pagi-pagi ni. Tapi demi keluarga tersayang, apa pun sanggup ku lakukan ~!
Asalnya ke sini untuk berehat sambil biar anak-anak main pasir. Tapi lupa pulak Irfan Hensem memang suka pantai. Nampak jer air laut, terus eksited ajak teman dia main air. Dah teman Irfan main air, memang basah la seluar. Mujur di Pantai Bagan Lalang ni ada banyak kedai menjual pakaian. Maka belilah CN seluar comel gambar Minnie Mouse RM15 menggantikan seluar yang basah.
Irfan eksited dapat main air siap sempat korek hidung lagi ! |
Sebenarnya Pantai Bagan Lalang ni tak sesuai untuk mandi manda kerana terdapat banyak obor-obor. Next entry CN akan cerita tentang obor-obor besar gedabaq yang kami jumpa. Tapi untuk main-main air tu kira bolehlah. Tak ada pulak rasa gatal-gatal badan lepas main air disini. Kebetulan masa kami ke sana, memang ramai orang yang mandi-manda di sini. Tempat ni memang meriah ketika di hujung minggu dan cuti umum.
Jika anda tidak tahu mahu ke mana dihujung minggu, boleh lah datang ke Pantai Bagan Lalang. Selain pantai, disini juga terdapat banyak restoran seafood dengan menu utama mestilah ikan bakar yang fresh ! Next entry CN akan cerita tentang restoran seafood best di Bagan Lalang.
Ok, welfie sebelum kita balik ! Wee |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~