Apalah ertinya raya tanpa kuih raya pilihan hati. Dari kecil sampai sekarang,semestinya kuih raya pilihan hati CN adalah tart nenas gebu rapuh. Kalau dapat, memang asyik makan sampai tak sedar habis sebalang. Biasanya kalau beraya ke rumah saudara, bila dah habis makan CN akan minta lagi untuk makcik2 refill balik tau ! Hehe..selain tu, ada lagi kuih raya pilihan CN yang lain tau.
Tart nenas gebu rapuh
Selain tart, CN suka kuih raya yang pedas seperti popia gulung. Ini pun sama, kalau jumpa, memang boleh habis sebalang. Sedapnya !
Popia gulung sedap
Pernah makan tak kuih kapit berinti coklat dan peanut butter? Serius sedap ! Isteri bff Encik Suami yang bekerja di Renesas Telok Panglima Garang memang buat business kuih kapit berinti sedap ni. Serius sangat-sangat sedap !
Kuih kapit berinti coklat dan peanut butter
Tahun ni CN sempatlah buat beberapa jenis kuih raya. Boleh berjimat sikit dari beli je, dah la mahal kuih raya sekarang ni.
Anda pula bagaimana, apakah kuih raya pilihan hati anda?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Awesome ye Irfan Hensem bila nak pergi makan tengok ada kad welcome nama mamanya. Agak jakun di situ ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Boleh tak CN cakap jika anda blogger tegar, anda pasti kenal siapa Redmummy? Redmummy iaitu Pencinta Merah ini adalah otai blogger. Seronok sangat dapat berjumpa dan berborak dengan Redmummy yang peramah dan tidak lokek ilmu ni. Siap bagi tips cara amek gambor yang betul untuk petite macam weouls ni tau. Eh, CN tinggi lagi dari hakak Redmummy hokay ! Hehehe..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
TheAsianparent adalah portal berinformasi tentang parenting. Terdapat pelbagai tips parenting yang boleh dijadikan rujukan. Salah satu entry yang mengujakan CN adalah 31 Supermum influencers in Malaysia you should follow. Kalau anda klik Start Gallery, salah seorang dari 31 Supermum influencer tu adalah CN ! Fuh, dalam ramai-ramai retis, terselit gak seorang cikgu bernama Cikgu Norazimah. Ok, dah boleh brand nama Cikgu Norazimah as parenting blogger. 😁
Meh sini CN tempekkan apa caption untuk CN.
Meh sini CN tempekkan apa caption untuk CN.
CN salah seorang 31 supermum influencers di Malaysia |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti sekolah kini bermula, tak tahu nak bawa anak-anak ke mana sempena
cuti sekolah ni? Apa kata bawa anak-anak anda ke Citta Mall yang terletak di
Ara Damansara. Senang je nak kesini, anda cuma perlu mencari laluan ke Airport
Subang. Untuk ke Citta Mall anda perlu membuat pusingan U sahaja. Apa yang
membuatkan CN suka di Citta Mall adalah mall ini tidak sesak. Sangat besar dan
lapang pulak tu. Di Citta Mall ini terdapat pelbagai tarikan menarik untuk
anak-anak sempena cuti sekolah. CN sendiri dah bawa anak-anak CN ke Citta Mall
sabtu lepas, memang enjoy budak-budak tu. Bukan sahaja anak-anak enjoy, malah
mak dan ayah pun dapat enjoy sekali kerana di Citta Mall terdapat pelbagai
aktiviti untuk keluarga.
Tengok wayang di MBO Citta Mall
Berbeza dengan MBO tempat lain, MBO Citta Mall mesra kanak-kanak.
Kenapa CN cakap macam tu? Sebab sampai sahaja ke depan MBO, terdapat wall yang
penuh dengan lego. Kemain eksited Irfan Hensem bila nampak lego ni tau. Kusyuk
betul dia main.
Kemudian yang membuatkan CN dan anak-anak teruja adalah laluan
masuk ke hall. Pintu masuk sahaja penuh dengan blok yang dibina berkonsepkan
Alice in the Wonderland. Memang menarik. Setiap hiasan dinding di MBO Citta
Mall penuh dengan hiasan yang pasti membuatkan anak-anak teruja.
Menjadi Saintis Muda di iDiscovery World
IDiscovery World ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12
tahun. Pelbagai aktiviti berkonsepkan Sains untuk anak-anak. Irfan Hensem sendiri dah cuba aktiviti ikan
di dalam botol, gunung berapi, sate belon, glue stick dan macam-macam lagi.
Paling menarik, mereka dipakaikan coat saintis. Sangat comel tau ! Aktiviti
sains ini terbahagi kepada 3 kumpulan umur iaitu 4-6 tahun, 7-9 tahun dan 10-12
tahun. Aktiviti sains yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kumpulan umur
kanak-kanak ini.
Untuk keterangan lanjut, hubungi :
I-Discovery World Citta Mall
011-23848788/012-2815086
Email : ArtisticScienceMY@gmail.com
Membeli pelbagai barangan di Kedai buku Times
Kedai buku Times yang terletak bersebelahan dengan surau ni memang
besar. Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual dari pelbagai genre. Di
bahagian luar pulak terdapat pelbagai buku dijual dengan harga yang murah.
Bukan sahaja buku, malah permainan dan alat tulis turut dijual. Memang best.
Berbuka puasa di Mr Dakgalbi
Hah, jangan tak percaya, CN berbuka puasa pertama bermenukan makanan
korea tau. Mr Dakgalbi yang terletak di Citta Mall ini memang luas dan meriah.
Bukan sahaja menu orang dewasa, terdapat juga menu kanak-kanak yang sangat
sedap di Mr Dakgalbi ini. Menu kanak-kanak habis licin tau sebab mama dan ayah turut makan sekali.
Anak dara CN si Dhia Zahra dari mula kami berbuka siap pakej bergambar bagai
tidak bergerak duk menghayati kesedapan makanan korea di Mr Dakgalbi. Nampak
sangat peminat makanan korea anak dara CN sorang ni!
Bukan sahaja makanan
korea, malah halwa telinga anda disajikan dengan lagu-lagu kpop. Apa lagi, suka
la anak-anak CN sebab mereka ni peminat kpop macam mama mereka ! Hehehe
Berminat untuk ke Citta Mall?
Apa lagi, cuti sekolah 2 minggu ni apakata bawa anak-anak anda ke Citta
Mall. Selepas penat beraktiviti, boleh berbuka puasa di pelbagai jenis restoran
yang terdapat di Citta Mall. Memang mudah.
Jom layari Facebook Citta Mall & Instgram Citta Mall untuk pelbagai update terkini
Disini CN kongsikan peta laluan ke Citta Mall. Jom ke Citta Mall !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
cerita blogger
Majlis menandatangani perjanjian usahasama Jakel Shah Alam & Ahli Parlimen Tanah Merah
May 27, 2017
YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn. Bhd telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah semalam yang disertai oleh ramai rakan media termasuk CN. Sumbangan baju raya ini kepada semua pengundi Tanah Merah yang tinggal di Tanah Merah atau tinggal di luar Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik bagi menghargai sokongan yang diberikan selama ini. Hadiah ini juga layak diterima oleh mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017.
Majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah bagi penyerahan sumbangan 60,000 pasang baju raya di Jakel Shah Alam semalam |
Penyerahan Sumbangan 60,000 pasang baju raya oleh Ahli Parlimen Tanah Merah
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi kira-kira 60, 000 pengundi di Parlimen Tanah Merah sudah tentu lebih ceria apabila bakal menerima baju raya percuma. YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa nanti. Jadi beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk di Tanah Merah selain dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Para penduduk akan menerima baju raya yang berkualiti tinggi iaitu baju melayu untuk lelaki manakala baju kurung untuk perempuan. Lebih istimewa, mereka dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diinginkan. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya.
Antara koleksi baju melayu yang akan disumbangkan kepada pengundi Tanah Merah |
Sumbangan baju raya ini berupa baju melayu (lelaki melayu), baju kurung (perempuan melayu), baju kemeja (lelaki bukan muslim) dan kain (perempuan bukan muslim).
Antara koleksi baju kemeja lelaki yang akan disumbangkan untuk pengundi Tanah Merah bukan muslim |
Antara koleksi baju kurung yang akan disumbangkan untuk pengundi Tanah Merah |
Pelbagai design untuk Aidilfitri dari Jakel
Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.
Dan buat pertama kalinya Jakel Shah Alam dengan kerjasama Haqqi (sebuah portal online barangan haji & umrah dan barang muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelah Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula hari ini sehingga malam raya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hai, weuolss antara adik beradik afb.my yang bermata sepet iaitu Kak Linda & Cik Mijah ! Saja je nak share gambo lama ketika food review di Bangi Golf Resort ni bulan lepas. Seronok sangat bila bertemu adik beradik afb.my. Sayangnya lupa pulak nak berwelfie dengan hakak kesayangan Kak Parizan @ Suria Amanda. Next event ye.. ;)
CN bersama Mijah & kak Azlinda |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sempena Hari Ibu semalam, CN berkesempatan menghadiri event A Memorable Mother's Day with Simon Yam di IOI City Mall Putrajaya anjuran Gintell Malaysia. Memang best sebab dapat bertentang mata dengan aktor terkenal dari Hong Kong iaitu Simon Yam yang merupakan duta Gintell. Meriah sangat event Gintell ni tau dan sudah tentu perkara yang paling best adalah CN dapat mencuba pelbagai jenis kerusi urut dari Gintell. Tergoda betul dengan produk Gintell ni !
Simon Yam duta Gintell di IOI City Mall Putrajaya |
A Memorable Mother's Day with Simon Yam
Bersempena dengan Hari Ibu, pelakon terkenal Hong Kong, Simon Yam membuat penampilan khas sebagai duta Gintell di IOI Mall Puchong dan IOI City Mall Putrajaya pada 14 Mei 2017. Memang awesome tengok Simon Yam ni yang peramah dan mesra dengan peminat.
Close up Simon Yap di IOI City Mall Putrajaya, kredit photo kepada rakan blogger > Wendy Pua |
Antara aktiviti di IOI City Mall Putrajaya sempena kehadiran Simon Yam |
CN dan Encik Suami yang mencuba pelbagai jenis kerusi urut sempena A Memorable Mother's Day with Simon Yam di IOI City Mall Putrajaya |
Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O
Kehadiran Simon Yam ini juga untuk memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O yang direka secara ergonomik dengan ciri-ciri teknologi urutan yang canggih kepada orang ramai. Ia memenuhi keperluan setiap orang dengan menawarkan urutan yang terbaik untuk melegakan keletihan dan tekanan melalui urutan yang selesa setiap hari. Dengan ini, Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O adalah hadiah Hari Ibu Bapa yang paling sesuai untuk ibu bapa tersayang.
GINTELL De'Space U.F.O Massage Chair |
Encik Suami dan Dhia Zahra yang seronok manjakan diri dengan kerusi urut Gintell |
Kebahagiaan Berganda dengan Pakej Beli 1 Percuma 1 Sempena Hari Ibu Bapa
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu Bapa bulan Mei dan Jun ini, GINTELL menawarkan Pakej Beli 1 Percuma 1 dengan harga dari RM4,988*. Kunjungi lebih daripada 100 cawangan GINTELL sekarang untuk menikmati tawaran yang hebat ini ! Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dhia Zahra yang tak berapa sporting tapi nak juga duduk di salah satu kerusi urut Gintell |
Irfan Hensem yang berbahagia dapat duduk di kerusi urut Gintell |
Hadiah Hari Ibu dari Gintell Malaysia |
Untuk maklumat lanjut mengenai produk GINTELL, kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara. Anda juga boleh hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-6332 atau layari facebook - Gintell Malaysia, WeChat - GINTELL MALAYSIA atau laman web rasmi GINTELL di www.gintell.com.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Minggu lepas CN berkesempatan membawa ibu, ayah serta adik-adik yang datang dari Perak membuat rawatan kesihatan di Lajeune eLounge. Rawatan kesihatan di Lajeune eLounge ini berkonsepkan spa. Memang santai, sambil duduk di kerusi rawatan sambil berborak-borak dan menonton tv. Apa yang menarik di Lajeune eLounge ini adalah, mereka menggunakan teknologi Energy Field Therapy iaitu rawatan alternatif dalam penjagaan kesihatan yang lebih selamat dan natural.
CN bersama keluarga tersayang berfamily out day di Lajeune eLounge |
Terapi kesihatan yang terdapat di Lajeune eLounge
1. PESF (Pulsating Electrostatic Field Therapy)
Rawatan PESF ini sangat mudah. Anda hanya perlu duduk atau berbaring untuk tempoh masa minimum sejam dan maksimum 2 jam untuk sehari di kerusi rawatan PESF. Paling menarik, apabila anda duduk di kerusi rawatan ini, anda tidak boleh memegang orang lain. Kenapa? Apabila anda memegang orang lain, renjatan elektrik akan berlaku di tempat yang tersentuh. Ala-ala terkena renjatan elektrik tu! Irfan Hensem sampai awesome tau.
2. Terapi Kecantikan
Terapi kecantikan dengan teknologi PESF ini berkesan untuk mencerah dan memutihkan kulit, menghilangkan garis halus dan jerawat serta pelbagai masalah lain pada muka. Encik Suami eksited membuat terapi kecantikan ini yang berdurasi selama sejam. Sampai tertido siap berdekur tau Encik Suami semasa membuat terapi kecantikan ini.
3. Terapi Mata
Terapi mata menggunakan alat eEyeGym seperti yang dipakai oleh Irfan Hensem ni. CN sendiri dah cuba terapi mata ini. Cuma 10 minit sahaja untuk terapi ini. Paling menarik, jika anda konsisten membuat terapi mata ini, ia mampu merawat masalah mata seperti rabun, mata malas, silau serta katarak.
Irfan Hensem mencuba alat eEyeGym dan dirasakannya seperti ironman ! Hehehe |
4. Terapi Melegakan Kesihatan
Terapi melegakan kesihatan ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit kritikal seperti kanser. Ia merupakan rawatan alternatif yang dapat melegakan kesakitan pembedahan yang terbukti berkesan dan semulajadi.
Ingin mencuba terapi di Lajuene eLounge ini?
Boleh terus ke Lajuene eLounge yang terletak di Shah Alam :
Alamat : No 2, Jln Selasih K U12/K Taman Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Website : www.lajeune.com.my
Tel. : 011-50015688
Fb : https://www.facebook.com/LajeuneElounge/
Website : www.lajeune.com.my
Tel. : 011-50015688
Fb : https://www.facebook.com/LajeuneElounge/
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Siapa pencinta durian, meh sep sikit dengan CN ! Durian adalah antara buah tempatan yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Bukan sahaja CN dan Encik Suami yang menjadi hantu durian, malah anak-anak kami Irfan Hensem dan Dhia Zahra juga sukakan durian ni. Setakat 5 biji durian tu, no big deal! Ahaks..
Asyik sangat CN menikmati durian sempena buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort |
Durian yang sangat menggoda sempena buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~