VIRAL! Uniform Cikgu | Baru-baru ni penuh timeline facebook CN tentang cadangan cikgu-cikgu untuk ada uniform sendiri dek kerana gaya cikgu yang semakin hover mengalahkan fashion show. Maka timbullah satu lakaran uniform cikgu yang bagi CN agak 'praktikal'.Kenapa praktikal, sebab lakaran uniform cikgu ini seperti baju polis tapi berbeza di kasut kerana cikgu lebih memerlukan kasut seperti boots yang boleh dipakai dipadang terus masuk ke kelas. Lagi satu yang menarik tentang lakaran ini adalah porch bag inspired by Nealofar. Sebab dah glamer, maka tiada masalah untuk cikgu-cikgu gunakan ke sekolah.
Jadi, apa kata anda tentang uniform cikgu ini?
Jadi, apa kata anda tentang uniform cikgu ini?
Lakaran Uniform Cikgu
Uniform cikgu |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pertandingan Robotik Kebangsaan | Program STEM & Robotik Berimpak Tinggi kendalian Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Mei 2018 di lamanweb rasmi nrc.sasbadi.com. Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia & SASBADI serta dikuasakan oleh LEGO Education.
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
I Challenge You | Jangan lupa saksikan CN di episod 7 gameshow I Challenge You di channel youtube webTVasia. Jangan tak percaya, yang bertudung biru tu CN tau. Bertuah sangat dapat shooting dengan pelakon yang sedang meningkat naik dan top 5 Hero Remaja iaitu Nabil Aqil atau lebih dikenali dengan Kidkylo. Hos pulak sudah tentu Nizam Rahman atau lebih glamer dengan panggilan Ramona.
Saksikan kami di Episod 7 "I Challenge You" Dari kiri Kidkylo, Nizam Rahman & Cekgunorazimah |
Jom saksikan " I Challenge You"
Media Social Influencer di I Challenge You
Gameshow I Challenge You ini mengumpulkan media social influencer dengan pelbagai latar belakang. Setiap episod dengan 2 orang media social influencer dihostkan oleh Nizam Rahman. Memang bertuah sangat apabila dapat digandingkan dengan Nabil yang glamer ni. Walaupun glamer, tapi low profile. Begitu juga dengan Nizam Rahman yang lembut je bercakap.
Bersama kru. Nampak CN tinggi sikit dari dorang ! Hehehe.. |
Bersama producer - Saifullah yang sporting |
Selain CN dan Nabil, ada ramai lagi media social lain yang glamer-glamer tau. Rasa kerdil pulak apabila tengok followers Instagram CN berbanding mereka. Tapi inilah pengalaman baru bagi CN. Tapi jangan terkejut tau suara CN 'seksi' sedikit sebab masa shooting tu tengah sakit tekak. Jadi jom korang tengok CN di layar Youtube pulak ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sambutan Hari Guru SMK Telok Panglima Garang | Seronok sebenarnya bila Sambutan Hari Guru ada tema tertentu. Memang meriah dengan pelbagai busana. Untuk tahun 2018, tema Sambutan Hari Guru peringkat sekolah adalah International. CN yang kaki melaram apa lagi kemain hover dengan busana ala bollywood. Cuma tak sempat mencari aksesori. Kalau tidak, lagi hover tau!
CN bergaya dengan busana ala bollywood |
Terima Kasih Cikgu
Terima Kasih buat semua cikgu yang mengajar CN dari tadika hingga ke universiti. Juga kiriman Al-Fatihah buat cikgu Nor Aznin yang mengajar Geografi semasa tingkatan 3 dan masih mengajar CN matapelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5 yang baru sahaja meninggal dunia kerana kanser tahap 4. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dari Allah SWT. Arwah Cikgu Aznin antara guru kesayangan CN di SMK Panglima Bukit Gantang, Perak. Kerana arwah la CN suka matapelajaran Geografi & Sejarah.
|
Buat rakan-rakan guru seluruh Malaysia, Selamat Hari Guru ! Semoga kita semua terus kuat & tabah mendidik anak bangsa yang semakin mencabar. Caiyok caiyok !
Welfie bersama bff |
#TerimaKasihCikgu2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selamat berpuasa dari cekgunorazimah.com | Alhamdulillah, sekejab je masa berlalu. Hari ini hari pertama umat Islam seluruh Malaysia menunaikan ibadah puasa. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini dirahmati Allah SWT. InsyaAllah...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Aiskrim La Cremeria | Bahagianya stress dengan kerja-kerja ni bila stop sekejab dan layan ais krim Nestle La Cremeria. Memang bahagia sangat ! Ais krim chocolate dengan kacang hazelnut rangup serta sos chocolate, memang mengasyikkan !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Contoh Penulisan Keberhasilan Untuk PBPPP | Keberhasilan adalah salah satu komponen dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Awam (PBPPP). Setiap tahun ada je perubahan untuk penulisan keberhasilan ini. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda contoh penulisan keberhasilan untuk PBPPP sumber dari KPM. Semoga membantu.
Penulisan Keberhasilan Untuk PBPPP
Penulisan keberhasilan PBPPP |
Contoh Penulisan Keberhasilan PBPPP by Cekgu Norazimah on Scribd