Cikgu Asas Sains Komputer Tingkatan 3 | Awal bulan ini CN berkesempatan menghadiri Kursus Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah matapelajaran Asas Sains Komputer. Kursus 2 hari ini penuh dengan pelbagai input untuk dijadikan sebagai panduan untuk mengajar Asas Sains Komputer tahun depan. InsyaAllah, akan dikongsikan input berguna itu bersama rakan-rakan guru yang lain di sekolah.
Antara bakal cikgu Asas Sains Komputer Tingkatan 3 2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sambutan hari raya di sekolah | Sebelum penutup Syawal tahun ini, CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang beberapa koleksi gambar sempena Sambutan Hari Raya peringkat SMK Telok Panglima Garang untuk tahun 2018. Memang meriah tahun ni dengan pelbagai menu yang sedap-sedap. Senak perut asyik makan je tau. Best sangat ! Terus lupa nak diet bagai hokay.
Apabila cikgu beraya |
Photoshoot raya di padang sekolah |
Group photo cikgu sesi pagi sahaja. Ramai kan? |
Antara tempat bergambar yang menjadi pilihan lebih 2k warga SMK Telok Panglima Garang |
Gambar Raya Bersama Kelas 4 SK 2018
CN bersama guru BM, Cikgu Asnida yang tinggi giler tu bersama Ustaz Zaimi tengah-tengah weouls tu |
Bersama anak-anak 4 SK 2018, ada sebahagian lagi yang tak ada ni. |
4 SK 2018 SMK Telok Panglima Garang |
Bersama gugurls 4SK 2018 SMK Telok Panglima Garang |
Bila Cikgu Berwelfie
Cikgu-cikgu SMK Telok Panglima Garang pun suka berwelfie tau |
Welfie sebelum group photo, sempat lagi taw |
Gambar 'rare' dapat bergambar dengan Cikgu Aspalaili, Penyelia Petang. 5 tahun CN di SMK Telok Panglima Garang, ini kali pertama dapat bergambar dekat-dekat macam ni tau..hehehe |
Berakhir sudah gambar-gambar raya CN untuk 2018 ini. InsyaAllah, bertemu lagi di tahun hadapan jika panjang umur |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
DSKP Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 3 | Berikut merupakan DSKP Asas Sains Komputer Tingkatan 3 sebagai panduan kepada guru dan pelajar tentang matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 3 yang akan bermula tahun hadapan. CN merupakan antara guru yang akan mengajar matapelajaran tersebut. Agak mencabar untuk mengajar bahasa pengaturcaraan Python. Bertabahlah wahai cikgu.
Dskp Kssm Asas Sains Komputer Tingkatan 3 by Cekgu Norazimah on Scribd
Pembangunan Aplikasi untuk Sains Komputer | Standard Kandungan 1.7 adalah Pembangunan Aplikasi, oleh itu pelajar di minta untuk mencipta aplikasi atau aplet dengan antara muka bergrafik (GUI) menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipelajari mengikut SDLC untuk menyelesaikan masalah. Untuk pelajar CN, pelajar diminta menggunakan aplikasi Eclipse untuk projek ini.
Untuk mendapatkan band 6, pelajar mestilah boleh mencipta aplikasi penyelesaian masalah secara sistematik yang mengandungi subaturcara dan tata susunan dengan menggabungkan beberapa struktur kawalan yang sesuai. Aplikasi yang dihasilkan mestilah menggunakan pelbagai jenis data input yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan penyataan umpukan dan aritmetik bagi menghasilkan pelbagai jenis data output dengan persembahan yang jelas dan kreatif.
Video dibawah memaparkan tutorial Java Eclipse GUI sebagai panduan kepada pelajar.
Java Eclipse GUI Tutorial -Creating First GUI Project in Eclipse
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gaya Raya 2018 | Selamat kembali bekerja ! Seronoknya cuti 2 minggu sampai liat betul nak bangun pagi tadi pergi keje. Rasa malas je..hehehe. Ok lah, kasi mood raya di hari pertama bekerja. Layan kan beberapa gaya raya CN & Dhia Zahra. Anak dara sorang tu memang photostat CN tau. Gaya CN makeup dia ikut, sampai kan gaya CN bergambar pun dia ikut. Tengok la tangan tu pun sibuk duk pegang pokok orkid macam mama dia !
Gaya Raya 2018
Gaya raya CN & Dhia Zahra di depan pokok orkid gituw |
Sambil bergambar sambil kecoh mulut tu duk berleter kan Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gaya Raya 2018 | Raya ketiga CN tahun ni bertemakan emerald + biru. CN dan Encik Suami emerald manakala anak-anak dengan busana biru. Raya ketiga Encik Suami masih setia dengan jenama Haqqi. Kali ini kurta emerald. Cantik dan terletak pada badan. Kalau makan lebih sikit confirm nampak perut buncit Encik Suami ! Hehehe...
Gaya Raya 2018 hari ketiga
Cantik tak bila Irfan hensem ambilkan gambar mama dengan ayahnya? |
Kita welfie ! Hover Dhia Zahra duk promote Kerepek BRONIS kesukaan dia tu |
Welfie lagi |
Gaya Irfan Hensem & Dhia Zahra
Irfan Hensem memang suka sangat gaya ni ! Raver ke hipstur ni? |
Hover kan Irfan Hensem tu? Hehehe.. |
Nak pergi beraya pun sibuk budak-budak ni bawak bekal Kerepek BRONIS |
Nak tunjuk peace tapi tak jadi lak si adik tu |
Encik Suami & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Raya 2018 | OOTD raya kedua CN dan keluarga adalah caca merba. Busana CN dari Haqqi manakala Encik Suami pula ada IzzueXclusive juga dari Haqqi. Dhia Zahra pula kemain bergaya dengan peplum purple dari doudou.my. Raya meriah bila baraan bersama adik beradik CN yang kecoh-kecoh tu. Bila dengan dorang tak sah kalau tak bergambar kan. Jadilah raya kedua meriah dengan pelbagai gambar dengan pelbagai gaya sebab ada tukang ambil gambar ! Hehehe...
Gaya Raya 2018
Macam-macam gaya keluarga kecil CN kan. |
Dhia Zahra ni memang susah nak dapat mood happy bila bergambar |
Bila CN sorang je bergaya macam ni lah rupanya |
Hai, saya CN mak anak dua |
Photoshoot raya di tangga kayu
Sudah tentu tempat wajib bergambar raya di tangga kayu umah atuk |
Gaya raya 2018 |
Opah pun taknak kalah turut sporting bergambar bersama cucu-cucu |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
OOTD raya 2018 bersama sepupu | Antara koleksi gambar raya yang menjadi kegemaran CN adalah gambar Irfan & Dhia bersama sepupu mereka Aqila & Afiq. Comel sangat dengan tema maroon purple mereka. Paling kelakar, Dhia Zahra kemain bergaya dengan berkaki ayam.
OOTD Raya 2018
Gambar paling sweet, Irfan & Aqila kemain bergaya macam couple. Sedangkan Afiq & Dhia sengih semacam seronok kaco abang & kakak bergambar. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
OOTD dengan busana dari Pasar Kemboja | Hah, saja nak cerita. Busana maroon purple yang CN pakai pada hari raya pertama ni cuma berharga RM50 sahaja. CN beli di Pasar Kemboja Parit Buntar. Memang murah tapi selesa tau. Material kain ni pun best. Next time balik kampung confirm nak shoping lagi di Pasar Kemboja Parit Buntar.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Raya 2018 | Salam Aidilfitri dari CN & keluarga khas buat semua pembaca www.cekgunorazimah.com yang tersayang. Terima kasih kerana sentiasa membaca artikel-artikel perkongsian CN di blog ini. Sesunguhnya tanpa anda pembaca tersayang, tiada apa pada blog picisan ini. Disini CN ingin memohon seribu kemaafan andainya penulisan CN ada mengguris hati anda. Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datang dari diri CN sendiri. Sempena Aidilfitri yang mulia ini, sama-sama lah kita saling bermafan.
Ok, apa tema #Raya2018 anda? CN maroon purple uolss.
Ok, apa tema #Raya2018 anda? CN maroon purple uolss.
Raya 2018 dengan tema maroon purple |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam Aidilfitri | Alhamdulillah, hari ini umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri. CN dengan rasa rendah diri memohon maaf jika tulisan CN di cekgunorazimah.com serta media social milik CN ada mengguris hati anda yang membacanya. Sesungguhnya yang buruk adalah dari diri CN sendiri. Sama-sama kita saling bermaafan untuk kehidupan yang lebih harmoni.
Salam Aidilfitri dari cekgunorazimah.com
Salam Aidilfitri dari cekgunorazimah.com |
~ Salam Aidilfitri dari cekgunorazimah.com ~
VIRAL! Uniform Cikgu | Baru-baru ni penuh timeline facebook CN tentang cadangan cikgu-cikgu untuk ada uniform sendiri dek kerana gaya cikgu yang semakin hover mengalahkan fashion show. Maka timbullah satu lakaran uniform cikgu yang bagi CN agak 'praktikal'.Kenapa praktikal, sebab lakaran uniform cikgu ini seperti baju polis tapi berbeza di kasut kerana cikgu lebih memerlukan kasut seperti boots yang boleh dipakai dipadang terus masuk ke kelas. Lagi satu yang menarik tentang lakaran ini adalah porch bag inspired by Nealofar. Sebab dah glamer, maka tiada masalah untuk cikgu-cikgu gunakan ke sekolah.
Jadi, apa kata anda tentang uniform cikgu ini?
Jadi, apa kata anda tentang uniform cikgu ini?
Lakaran Uniform Cikgu
Uniform cikgu |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pertandingan Robotik Kebangsaan | Program STEM & Robotik Berimpak Tinggi kendalian Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Mei 2018 di lamanweb rasmi nrc.sasbadi.com. Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia & SASBADI serta dikuasakan oleh LEGO Education.
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
I Challenge You | Jangan lupa saksikan CN di episod 7 gameshow I Challenge You di channel youtube webTVasia. Jangan tak percaya, yang bertudung biru tu CN tau. Bertuah sangat dapat shooting dengan pelakon yang sedang meningkat naik dan top 5 Hero Remaja iaitu Nabil Aqil atau lebih dikenali dengan Kidkylo. Hos pulak sudah tentu Nizam Rahman atau lebih glamer dengan panggilan Ramona.
Saksikan kami di Episod 7 "I Challenge You" Dari kiri Kidkylo, Nizam Rahman & Cekgunorazimah |
Jom saksikan " I Challenge You"
Media Social Influencer di I Challenge You
Gameshow I Challenge You ini mengumpulkan media social influencer dengan pelbagai latar belakang. Setiap episod dengan 2 orang media social influencer dihostkan oleh Nizam Rahman. Memang bertuah sangat apabila dapat digandingkan dengan Nabil yang glamer ni. Walaupun glamer, tapi low profile. Begitu juga dengan Nizam Rahman yang lembut je bercakap.
Bersama kru. Nampak CN tinggi sikit dari dorang ! Hehehe.. |
Bersama producer - Saifullah yang sporting |
Selain CN dan Nabil, ada ramai lagi media social lain yang glamer-glamer tau. Rasa kerdil pulak apabila tengok followers Instagram CN berbanding mereka. Tapi inilah pengalaman baru bagi CN. Tapi jangan terkejut tau suara CN 'seksi' sedikit sebab masa shooting tu tengah sakit tekak. Jadi jom korang tengok CN di layar Youtube pulak ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sambutan Hari Guru SMK Telok Panglima Garang | Seronok sebenarnya bila Sambutan Hari Guru ada tema tertentu. Memang meriah dengan pelbagai busana. Untuk tahun 2018, tema Sambutan Hari Guru peringkat sekolah adalah International. CN yang kaki melaram apa lagi kemain hover dengan busana ala bollywood. Cuma tak sempat mencari aksesori. Kalau tidak, lagi hover tau!
CN bergaya dengan busana ala bollywood |
Terima Kasih Cikgu
Terima Kasih buat semua cikgu yang mengajar CN dari tadika hingga ke universiti. Juga kiriman Al-Fatihah buat cikgu Nor Aznin yang mengajar Geografi semasa tingkatan 3 dan masih mengajar CN matapelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5 yang baru sahaja meninggal dunia kerana kanser tahap 4. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dari Allah SWT. Arwah Cikgu Aznin antara guru kesayangan CN di SMK Panglima Bukit Gantang, Perak. Kerana arwah la CN suka matapelajaran Geografi & Sejarah.
|
Buat rakan-rakan guru seluruh Malaysia, Selamat Hari Guru ! Semoga kita semua terus kuat & tabah mendidik anak bangsa yang semakin mencabar. Caiyok caiyok !
Welfie bersama bff |
#TerimaKasihCikgu2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selamat berpuasa dari cekgunorazimah.com | Alhamdulillah, sekejab je masa berlalu. Hari ini hari pertama umat Islam seluruh Malaysia menunaikan ibadah puasa. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini dirahmati Allah SWT. InsyaAllah...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Aiskrim La Cremeria | Bahagianya stress dengan kerja-kerja ni bila stop sekejab dan layan ais krim Nestle La Cremeria. Memang bahagia sangat ! Ais krim chocolate dengan kacang hazelnut rangup serta sos chocolate, memang mengasyikkan !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Contoh Penulisan Keberhasilan Untuk PBPPP | Keberhasilan adalah salah satu komponen dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Awam (PBPPP). Setiap tahun ada je perubahan untuk penulisan keberhasilan ini. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda contoh penulisan keberhasilan untuk PBPPP sumber dari KPM. Semoga membantu.
Penulisan Keberhasilan Untuk PBPPP
Penulisan keberhasilan PBPPP |
Contoh Penulisan Keberhasilan PBPPP by Cekgu Norazimah on Scribd