Gambar kelas 4SK 2018 yang meriah | Hah, baru sempat untuk CN berkongsi beberapa gambar kelas 4 SK iaitu Sains Komputer yang diambil awal bulan ini. Sibuk benor kan? Meriah tak gambar kelas CN ini? Lengkap melayu, cina & india dalam kelas ni tau. Macam-macam ragam budak-budak ni. Sebagai guru kelas, layankan jela budak-budak ni. Semoga mereka berjaya siapkan kerja kursus Sains Komputer CN nanti hendaknya !
Gambar kelas 4SK 2018 yang meriah |
Ketua tingkatan yang tunjuk lengan perasan sado tu hover kan, hehe |
Senyum sikit |
Ada senyum & ada yang serius ! Hehehe |
Ikutkan je gaya budak-budak ni |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jadual Kriteria Pentaksiran (JKP) | Mulai Ogos hingga September 2018, pelajar dikehendaki untuk menyiapkan Fasa 1 & Fasa 2. Markah untuk Fasa 1 & Fasa 2 ini akan dimasukkan ke dalam sistem online Lembaga Peperiksaan Malaysia pada bulan Oktober.
Jadual Kriteria Pentaksiran untuk kerja kursus Sains Komputer |
Semoga berjaya kepada semua calon yang mengambil matapelajaran Sains Komputer !
Jadual Kriteria Pentaksiran (Jkp) by Cekgu Norazimah on Scribd
Buku Program Sambutan Kemerdekaan | Tetap dan berpencen rasanya tugas CN menyediakan buku program untuk majlis peringkat sekolah. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca buku program Sambutan Kemerdekaan 2018 peringkat sekolah. Bertemakan bunga raya. Seperti biasa konsep minimalis & agak 'malas' sebab CN kena menanda skrip jawapan PT3 Geografi untuk 4 kelas ! Asal siap je buku program ni. Hehehe..
Buku Program Sambutan Kemerdekaan 2018 peringkat sekolah
Buku Program Sambutan Kemerdekaan |
Original versi iaitu dalam bentuk publisher boleh terus download di << https://goo.gl/i4pfRA >>. Jangan mintak CN email-email ye sebab CN dah bagi link untuk donwload. Semoga membantu.
Buku Program Sambutan Kemerdekaan 2018 by Cekgu Norazimah on Scribd
Hour of Code SMK Telok Panglima Garang | Tahun 2018 merupakan tahun kedua SMK Telok Panglima Garang menyertai program Hour of Code. Kempen Hour Of Code ini adalah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker Movement dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah CN juga turut menyertai kempen Hour Of Code ini kerana sijilnya diiktiraf diperingkat antarabangsa tau.
Kempen Hour of Code
Sijil Hour of Code untuk permainan Minecraft |
Sasaran program ini adalah semua pelajar seluruh Malaysia dan borang boleh diperolehi di laman web KPM. Hour of Code merupakan program kesedaran terhadap program pengkodan dan pengaturcaraan sains komputer. Program ini selari dengan perlaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru subjek Asas Sains Komputer (ASK).
Disini CN kongsikan beberapa gambar aktiviti Hour of Code di sekolah CN. Sijil Hour of Code |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tugasan Kerja Kursus Sains Komputer 2019 | Mulai Ogos hingga September 2018, pelajar dikehendaki untuk menyiapkan Fasa 1 & Fasa 2. Markah untuk Fasa 1 & Fasa 2 ini akan dimasukkan ke dalam sistem online Lembaga Peperiksaan Malaysia pada bulan Oktober.
Tugasan Kerja Kursus Sains Komputer 2019 |
Semoga berjaya kepada semua calon yang mengambil matapelajaran Sains Komputer !
Cikgu Asas Sains Komputer Tingkatan 3 | Awal bulan ini CN berkesempatan menghadiri Kursus Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah matapelajaran Asas Sains Komputer. Kursus 2 hari ini penuh dengan pelbagai input untuk dijadikan sebagai panduan untuk mengajar Asas Sains Komputer tahun depan. InsyaAllah, akan dikongsikan input berguna itu bersama rakan-rakan guru yang lain di sekolah.
Antara bakal cikgu Asas Sains Komputer Tingkatan 3 2018 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sambutan hari raya di sekolah | Sebelum penutup Syawal tahun ini, CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang beberapa koleksi gambar sempena Sambutan Hari Raya peringkat SMK Telok Panglima Garang untuk tahun 2018. Memang meriah tahun ni dengan pelbagai menu yang sedap-sedap. Senak perut asyik makan je tau. Best sangat ! Terus lupa nak diet bagai hokay.
Apabila cikgu beraya |
Photoshoot raya di padang sekolah |
Group photo cikgu sesi pagi sahaja. Ramai kan? |
Antara tempat bergambar yang menjadi pilihan lebih 2k warga SMK Telok Panglima Garang |
Gambar Raya Bersama Kelas 4 SK 2018
CN bersama guru BM, Cikgu Asnida yang tinggi giler tu bersama Ustaz Zaimi tengah-tengah weouls tu |
Bersama anak-anak 4 SK 2018, ada sebahagian lagi yang tak ada ni. |
4 SK 2018 SMK Telok Panglima Garang |
Bersama gugurls 4SK 2018 SMK Telok Panglima Garang |
Bila Cikgu Berwelfie
Cikgu-cikgu SMK Telok Panglima Garang pun suka berwelfie tau |
Welfie sebelum group photo, sempat lagi taw |
Gambar 'rare' dapat bergambar dengan Cikgu Aspalaili, Penyelia Petang. 5 tahun CN di SMK Telok Panglima Garang, ini kali pertama dapat bergambar dekat-dekat macam ni tau..hehehe |
Berakhir sudah gambar-gambar raya CN untuk 2018 ini. InsyaAllah, bertemu lagi di tahun hadapan jika panjang umur |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
DSKP Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 3 | Berikut merupakan DSKP Asas Sains Komputer Tingkatan 3 sebagai panduan kepada guru dan pelajar tentang matapelajaran Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 3 yang akan bermula tahun hadapan. CN merupakan antara guru yang akan mengajar matapelajaran tersebut. Agak mencabar untuk mengajar bahasa pengaturcaraan Python. Bertabahlah wahai cikgu.
Dskp Kssm Asas Sains Komputer Tingkatan 3 by Cekgu Norazimah on Scribd
Pembangunan Aplikasi untuk Sains Komputer | Standard Kandungan 1.7 adalah Pembangunan Aplikasi, oleh itu pelajar di minta untuk mencipta aplikasi atau aplet dengan antara muka bergrafik (GUI) menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipelajari mengikut SDLC untuk menyelesaikan masalah. Untuk pelajar CN, pelajar diminta menggunakan aplikasi Eclipse untuk projek ini.
Untuk mendapatkan band 6, pelajar mestilah boleh mencipta aplikasi penyelesaian masalah secara sistematik yang mengandungi subaturcara dan tata susunan dengan menggabungkan beberapa struktur kawalan yang sesuai. Aplikasi yang dihasilkan mestilah menggunakan pelbagai jenis data input yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan penyataan umpukan dan aritmetik bagi menghasilkan pelbagai jenis data output dengan persembahan yang jelas dan kreatif.
Video dibawah memaparkan tutorial Java Eclipse GUI sebagai panduan kepada pelajar.
Java Eclipse GUI Tutorial -Creating First GUI Project in Eclipse
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gaya Raya 2018 | Selamat kembali bekerja ! Seronoknya cuti 2 minggu sampai liat betul nak bangun pagi tadi pergi keje. Rasa malas je..hehehe. Ok lah, kasi mood raya di hari pertama bekerja. Layan kan beberapa gaya raya CN & Dhia Zahra. Anak dara sorang tu memang photostat CN tau. Gaya CN makeup dia ikut, sampai kan gaya CN bergambar pun dia ikut. Tengok la tangan tu pun sibuk duk pegang pokok orkid macam mama dia !
Gaya Raya 2018
Gaya raya CN & Dhia Zahra di depan pokok orkid gituw |
Sambil bergambar sambil kecoh mulut tu duk berleter kan Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gaya Raya 2018 | Raya ketiga CN tahun ni bertemakan emerald + biru. CN dan Encik Suami emerald manakala anak-anak dengan busana biru. Raya ketiga Encik Suami masih setia dengan jenama Haqqi. Kali ini kurta emerald. Cantik dan terletak pada badan. Kalau makan lebih sikit confirm nampak perut buncit Encik Suami ! Hehehe...
Gaya Raya 2018 hari ketiga
Cantik tak bila Irfan hensem ambilkan gambar mama dengan ayahnya? |
Kita welfie ! Hover Dhia Zahra duk promote Kerepek BRONIS kesukaan dia tu |
Welfie lagi |
Gaya Irfan Hensem & Dhia Zahra
Irfan Hensem memang suka sangat gaya ni ! Raver ke hipstur ni? |
Hover kan Irfan Hensem tu? Hehehe.. |
Nak pergi beraya pun sibuk budak-budak ni bawak bekal Kerepek BRONIS |
Nak tunjuk peace tapi tak jadi lak si adik tu |
Encik Suami & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~