Biskut sarang semut | Biskut tradisional sememangnya ada pengikut nya yang tersendiri. Lagi-lagi dengan rasanya yang autentik, sudah pasti menjadi kegemaran tetamu yang bertandang ke rumah. CN percaya pasti ramai yang sukakan biskut sarang semut ini kan? Bahan nya seakan bahan membuat biskut semperit, cuma cara membuatnya agak berbeza sedikit. Jom cuba resepi biskut sarang semut yang mudah ini.
Resepi biskut sarang semut
Biskut sarang semut |
Bahan membuat biskut sarang semut
>> 1 cawan majerin (CN suka guna planta sebab lagi wangi)
>> 1 cawan gula halus (kalau mahu kurang manis kurang kan tiga sudu gula)
>> 1 biji kuning telur
>> 1 1/2 cawan tepung kastard
>> 1 3/4 cawan gandum
>> 1 tutup esen vanila
Cara membuat biskut sarang semut
>> Pukul majerin dan gula halus sehingga sebati kemudian masukkan kuning telur. Kacau sebati.
>> Kemudian masukkan tepung kastard, tepung gandum & esen vanila. Uli sehingga tidak melekat dijari dan boleh di parut. Tambah tepung jika lembik, tambah majerin jika keras.
(Untuk mudahkan diparut, masukkan ke dalam peti ais untuk 30 minit)
>> Bakar pada suhu 160 c selama 20 minit.

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~