Skytrex Adventure Shah Alam | Alhamdulillah, tercapai sudah salah satu wishlist CN iaitu test jiwa di Skytrex Adventure Shah Alam. Memang teruji jiwa hokay lagi-lagi apabila anda mencuba cabaran Big Thrill untuk kali pertama. Rasa macam nak pengsan di pertengahan cabaran iaitu di atas pokok paling tinggi. Masa tu tak ingat dah nak ambil gambar ke apa, duk berzikir je !
CN di Skytrex Adventure Shah Alam |
Video Cabaran Big Thrill di Skytrex Adventure Shah Alam
3 Cabaran Utama di Skytrex Adventure Shah Alam
Hokay, Skytrex Adventure Shah Alam ini menawarkan 3 cabaran iaitu Little Adventure, Big Thrill & Extreme Challenge. Tinggi minimum untuk Little Adventure adalah 110 cm, jadi boleh lah bawa anak-anak anda kesini ye. Manakala tinggi minumun untuk Big Thrill & Extreme Challenge pun adalah 140 cm. Berat maksimum untuk semua cabaran ini pula adalah 100 kg.
3 cabaran utama di Skytrex Adventure Shah Alam |
CN bersama bff iaitu Cikgu Izyan memilih untuk mencabar diri kami dengan cabaran pertengahan iaitu Big Thrill. Almaklumlah, beginner katakan. Alhamdulillah, kami berjaya habiskan semua cabaran dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Tipsnya, volunteer untuk jadi antara terawal memulakan cabaran. Sebab biasanya memang ramai yang akan mencuba cabaran Big Thrill ini. Jika anda memilih untuk terakhir, tunggu & lihat lah pelbagai drama orang sebelum anda ye. Elok-elok berani terus jadi takut sebab tengokkan orang sebelum anda yang asyik menjerit-jerit je ! Hehehe
Muka excited setelah separuh cabaran settle |
CN & bff, Cikgu Izyan |
CN & bff adalah orang ke 5 & 6 memulakan cabaran. Orang sebelum kami memang cepat & laju habiskan cabaran, dah biasa agaknya! Yang kelakar, orang selepas CN lebih kurang 15 minit lambat sebab tunggukan gengnya yang takut. Jadinya, CN & bff boleh menjerit & ketawa riang sebab weouls berdua je semasa di pertengahan cabaran.
Pekerja Skytrex Adventure akan memakaikan alat keselamatan kepada anda. |
Excited untuk mendengar taklimat ringkas tentang cara penggunaan safety gear |
Seronok? Mestilah seronok. Asyik-asyik flying fox je. Sampaikan cabaran merentasi kayu-kayu pun CN rasa nak buat flying fox je sebab rasa lagi laju! Tapi selepas habis cabaran, hah! Rasakan letih hokay! Tangan memang sakit sampai esoknya!
Bagi CN, cabaran paling sukar di atas pokok paling tinggi dimana anda perlu merentasi kayu-kayu yang tidak rata susunannya pada ketinggian yang giler seperti gambar di bawah. Giler tak? Mulut CN duk beristifar je. Sebelum tu kemain duk potpet mulut cakap best la, seronok lah, tiba dekat sini terus terdiam! Mujur bff CN bagi semangat cakap "Ko boleh Azie". Melangkah lah dengan jiwa yang kental hokay. Walaupun agak takut pada ketinggian, tapi mesti kena pandang ke bawah jugak sebab laluan tu memerlukan anda memandang ke bawah. Giler tak? Hehehe..
Gambar google sebab CN tak berani tak ambil gambar disini, tinggi woo |
Serius, jika anda sukakan cabaran. Memang Skytrex Adventure Shah Alam adalah tempat yang sesuai buat anda. Selepas habis cabaran tu memang agak insaf untuk mencuba lagi, tapi semasa menulis artikel ini. Rasa teringin pulak untuk mencuba Extreme Adventure, amacam, hokay tak?
Bergambar di last check point, yeah! |
Harga tiket masuk ke Skytrex Adventure Shah Alam
Anda boleh beli tiket sama ada secara online atau walk in. Tapi CN cadangkan untuk beli secara online sebab harganya lagi murah dan anda tak perlu bersusah payah ke venue Skytrex Adventure yang agak ke dalam. Pekerja mereka akan menunggu anda di pintu masuk Taman Botani Shah Alam tau.
Harga tiket masuk ke Skytrex Adventure Shah Alam |
Jika anda mengambil pakej Big Thrill, glove sangat penting! Boleh bawak sendiri atau beli je di kaunter. CN beli sendiri tapi berkenan pulak dengan glove yang dijual di kaunter. Cuma RM10 sahaja. Untuk air, rasanya tak perlu kot sebab macam tak sempat nak minum air. Nervous lebih hokay!
Sijil setelah berjaya menamatkan cabaran Big Thrill |
Sijil macam gambar atas ini pulak cuma RM5 sahaja. Rasa bangga hokay ada sijil ini, bukan calang orang yang boleh habiskan cabaran Big Thrill ini tau. Memang sangat mencabar! So jika anda sukakan cabaran, apa kata cuba sendiri pelbagai cabaran di Skytrex Adventure Shah Alam.
We did it Big Thrill Challenge! |
Lokasi Skytrex Adventure Shah Alam
Skytrex Adventure Shah Alam ini terletak di dalam Taman Botani Shah Alam. Anda perlu membayar RM3 untuk tiket masuk ke sini.
KFry Urban Korean | Selalu tengok ramai je orang beratur panjang depan kedai KFry di IOI City Mall Putrajaya ini. Di instagram pun sama, kemain ramai yang upload gambar makanan sedap di KFry ini membuatkan CN teringin untuk mencuba. Mujur ada geng sekepala yang teringin untuk mencuba makanan Urban Korean ini. Apa lagi, gurls day out lah ke KFry IOI City Mall Putrajaya!
Tarikan utama ke KFry Urban Korean ini sudah tentu chicken bumbuk. Ada 3 jenis iaitu Original Cheese Fried Chicken Bumbuk (RM48.90), Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk (RM51.90) dan Honey Mustard Cheesy Fried Chicken Bumbuk(RM48.90). Sudah tentu pilihan kami Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk. Tak adalah pedas sangat, just nice & serius memang sedap!
KFry Urban Korean, mesti singgah jika anda peminat makanan korea |
KFry Chicken Bumbuk, mesti cuba!
Tarikan utama ke KFry Urban Korean ini sudah tentu chicken bumbuk. Ada 3 jenis iaitu Original Cheese Fried Chicken Bumbuk (RM48.90), Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk (RM51.90) dan Honey Mustard Cheesy Fried Chicken Bumbuk(RM48.90). Sudah tentu pilihan kami Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk. Tak adalah pedas sangat, just nice & serius memang sedap!
Rupa Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk sebelum di masak |
Menariknya apabila anda order Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk ini, ia akan dimasak LIVE depan anda oleh pekerja KFry tau. Memang seronok tengok mereka masak. Tak percaya, tengok lah video dibawah. Bising mulut kami excited tengok adik manis tu masakkan Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk.
Video proses Masak Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk yang menarik
Rupa Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk selepas di masak |
Tteokbokki With Cheese & Seafood di KFry Urban Korean
CN mula kenal tteokbokki selepas tengok Running Man. Tergoda sangat tengok dorang makan tau. Memang sedap tteokbokki ni. Istimewanya di sini, tambahan cheese & seafood hokay. Kuahnya pedas-pedas serbuk cili tu, kalau anda jenis yang tak tahan pedas, hati-hati lah makan tteokbokki ni ye. Bagi CN, memang sedap sebab CN memang jenis suka makanan pedas. Cuma bila dimakan dengan cheese, cepat sangat rasa kenyangnya tau!
Tteokbokki With Cheese & Seafood (RM18.90)
Rice Ball di KFry Urban Korean ni pun sedap. Kemain order rice ball ham & cheese hokay. Jangan risau, ham tu bukan vavi tau. Ham tu daging slice je. Sedap & kenyang sangat sebab cheese ! Hover kan semua order dengan cheese. Kenyang giler jadinya sampai nak jalan pun susah hokay.
Ham & Cheese Rice Ball (RM18.90) sebelum dijadikan ball oleh pekerja KFry |
KFry Garlic Soya Chicks (RM18.90) Ayam goreng ni je weouls tak order ada cheese. Sedap! |
Aneka bingsu yang mesti dicuba di KFry Urban Korean
Antara yang menjadi tarikan utama juga ke KFry Urban Korean adalah aneka bingsu yang pasti membuatkan anda tergoda. Pilihan ramai sudah tentu manggo bingsu. Sedap! Rasa susu, manggo, ais parut semua blend bersama makan dengan bff, heaven!
Manggo Bingus (RM26.90) |
Siapa lagi manis, CN ke Bingsu KFry? Eh |
Kitorang cuba order 2 jenis air manis je iaitu Nutella Madness & Berried Under. Nutella Madness ni sedap gilos! Boleh pulak lupa ambil gambar! Rasa kacang, coklat, nutella mmg perfect. Berried Under ni pulak campuran strawberi, beries & pisang. Cuma rasa pisang banyak sangat pulak. Dah macam rasa jus pisang ! Hehehe...
Berried Under (RM17.90) & Nutella Madness (RM17.90) tiada dalam gambar |
Oh ya, jangan risau air sejuk boleh topup sebanyak mungkin. No charge gituw. Eh, memang kedai makanan korea air sejuk ni free kan. Dulu CN makan dekat Mr Dakgalbi pun sama. Air sejuk 1 jag free asyik duk topup je sebab muak makan cheese banyak sangat!
Yeah, bakar kalori selepas makan di KFry Urban Korean |
Hokay, bila makan dekat KFry Urban Korean ni janganlah asyik duk kira kalori ye. Halal jelah sebab semuanya banyak kalori! So senang je nak bakar kalori tu, shopping !
Althea Real Fresh Skin Detoxer | Pernah tengok show Get It Beauty dari Korea yang mengorek rahsia kecantikan artis kpop? Best tau show tu. Bukan saja menceritakan tentang produk kecantikan yang digunakan oleh artis kpop, malah rutin kecantikan harian mereka seperti exercise dan pemakanan juga turut memainkan peranan penting untuk cantik luar dan dalam. Althea telah bekerjasama dengan show Get It Beauty memperkenalkan produk baru iaitu Real Fresh Skin Detoxer yang pasti akan membuatkan anda sukakannya serta menjadi item utama di bilik mandi anda.
Althea Real Fresh Skin Detoxer ini adalah daily wash off mask 10 second. Hah ! 10 saat je tau, bukan 10 minit. Senang je nak guna, cuma sapukan rata pada muka, kemudian tambah air & urut secara bulatan hanya 10 saat je. Kemudian bilas bersih.
Bahan semulajadinya membantu melancarkan peredaran darah pada wajah seterusnya detoxification melalui urutan menjadikan wajah lebih segar & glowing.
Althea Real Fresh Skin Detoxer in da house |
Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers video
Althea Real Fresh Skin Detoxer
Althea Real Fresh Skin Detoxer ini adalah daily wash off mask 10 second. Hah ! 10 saat je tau, bukan 10 minit. Senang je nak guna, cuma sapukan rata pada muka, kemudian tambah air & urut secara bulatan hanya 10 saat je. Kemudian bilas bersih.
Beli di sini >> Althea Real Fresh Skin Detoxer - Daily wash off 10 seconds |
Bahan semulajadinya membantu melancarkan peredaran darah pada wajah seterusnya detoxification melalui urutan menjadikan wajah lebih segar & glowing.
Mempunyai 2 jenis iaitu Rose & Green Tea.
Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose |
Real Fresh Skin Detoxer - Rose
Real Fresh Skin Detoxer Rose ini membantu melindungi dan mengimbangkan level pH kulit untuk menjadikan kulit wajah cerah berseri. CN cadangkan jadikan rutin 10 saat setiap pagi sebelum anda memakai makeup supaya texture kulit lebih rata dan sekata untuk makeup yang perfect. Apa yang best, Rose ini mempunyai bau yang wangi dan menyegarkan. Biasalah, bau rose kan. Mestilah perempuan suka.
Althea Real Fresh Skin Detoxer Green Tea |
Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea
Real Fresh Skin Green Tea sangat sesuai untuk kulit sensitif. Ia membantu menenangkan dan membersihkan kulit sensitif. Cuba jadikan rutin 10 saat setiap malam sebelum tidur untuk membersihkan kotoran pada wajah supaya kulit wajah bersedia untuk berehat pada malam hari. Bau green tea ini memang menenangkan. Rasa relax dan boleh tidur dengan bahagia apabila kulit wajah bersih dan segar gituw.
Let's beauty, Angels |
Althea x Get It Beauty Welcome Gifts |
Berminat untuk mencuba Althea Real Fresh Skin Detoxer?
Althea Fresh Skin Detoxer ini akan berada di pasaran awal Ogos nanti. Cepat-cepat mark kalendar anda untuk dapatkan harga menarik di << my.althea.kr >>. Paling best limited edition Althea beauty mirror serta canvas bag secara PERCUMA sementara stok masih ada.
Althea beauty mirror |
Althea beauty mirror ni ringan dan boleh disumbat ke dalam handbag tu tau. Paling penting exclusive sebab limition edition. Mesti ramai orang tanya macam mana korang boleh dapat Althea beauty mirror ni tau. Tak percaya cubalah !
Jangan lupa dapatkan Althea Real Fresh Skin Detoxer hokay |
Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea
#AltheaKorea #AltheaAngels #GetItBeauty
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Teh Tarik Madu Warung Pak Mat Pulau Pisang | The best the tarik madu di Kota Bharu sudah tentu di Teh Tarik Madu Warung Pak Mat Pulau Pisang. Buih dia ! Pergh! Rasa dia sudah tentu sedap dengan tak berapa manis, leka je duk menyedut pakai straw tau. Teh tarik madu macam dalam gambar di bawah ini edisi special dengan aiskrim teh tarik hokay. Harga secawan RM10. Memang puas hati!
Teh Tarik Madu Warung Pak Mat Pulau Pisang |
Teh Tarik Madu Paling Sedap di Kota Bharu
Sempena trip ke Kelantan, sempat lah merasa teh tarik madu paling sedap di Kota Bharu ni. Memang puas hati. Aiskrim teh tarik tu memang unik! Berbaloi CN datang jauh-jauh hokay.
Sedap hokay teh tarik madu di Warung Pak Mat Pulau Pisang |
Muka puas hati datang jauh-jauh try teh tarik madu paling sedap di Kota Bharu |
Joymix Pure Collagen Powder | Makin berusia ni, kolagen makin berkurang & kulit cepat kusam lagi-lagi bila stress. Jadi CN perlukan tambahan kolagen sebagai suplemen harian. Antara suplemen kolagen yang boleh dipercayai adalah Joymix Pure Collagen Powder. Bukan sahaja membantu menegangkan kulit, malah melembutkan, mencerahkan, mengurangkan kedut serta paling penting adalah halal. Paling CN suka mengurangkan rambut gugur. Semua dalam 1 botol!
Sekitar 30% daripada protein dalam badan adalah kolagen. Ia biasanya ditemui dalam kulit, tulang dan tisu penghubung. Kolagen ini berfungsi untuk memberikan kekuatan serta keanjalan pada kulit. Paling penting ia bertanggungjawab dalam penggantian sel kulit mati.
Walaubagaimanapun, bila usia semakin meningkat, tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan kolagen yang mencukupi, maka terjadilah kulit kusam serta kedutan pada kulit wajah terutamanya.
Facebook : https://www.facebook.com/joypremix
Youtube : Vitas Product
#JoyPremix #JoyMix #JoyMixPureCollagenPowder
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
6 dalam 1 cantik dengan Joymix Pure Collagen Powder |
Sekitar 30% daripada protein dalam badan adalah kolagen. Ia biasanya ditemui dalam kulit, tulang dan tisu penghubung. Kolagen ini berfungsi untuk memberikan kekuatan serta keanjalan pada kulit. Paling penting ia bertanggungjawab dalam penggantian sel kulit mati.
Joymix Pure Collagen Powder |
Walaubagaimanapun, bila usia semakin meningkat, tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan kolagen yang mencukupi, maka terjadilah kulit kusam serta kedutan pada kulit wajah terutamanya.
Cara guna Joymix Pure Collagen Powder |
6 dalam 1 cantik dengan Joymix Pure Collagen Powder
Rasanya seorang orang tahu bahawa tubuh badan kita memang memerlukan kolagen untuk membantu dalam melambatkan proses penuaan kulit. Menariknya tentang Joymix Pure Collagen Powder ini, ia membantu memberikan 6 fungsi kolagen yang anda akan dapat jika mengamalkannya secara konsisten.
1. Mengukuhkan keanjalan kulit wajah
2. Mengurangkan kedutan kulit
3. Mengelakkan keguguran rambut dan menguatkan kuku
4. Menguatkan sendi dan tulang
5. Melicin wajah
6. Memberikan keserian pada wajah
1. Mengukuhkan keanjalan kulit wajah
2. Mengurangkan kedutan kulit
3. Mengelakkan keguguran rambut dan menguatkan kuku
4. Menguatkan sendi dan tulang
5. Melicin wajah
6. Memberikan keserian pada wajah
Cara Pengambilan Joymix Pure Collagen Powder
Apa yang anda perlu tahu tentang Joymix Pure Collagen Powder ini adalah ia merupakan produk organik dari marin kolagen. Walaupun menggunakan teknologi advance hydrolysis dari Korea untuk menghilangkan bau ikan, ia masih mempunyai bau & rasa ikan. Jadi CN cadangkan supaya anda campurkan1 scoop Joymix Pure Collagen Powder bersama minuman kegemaran anda.
Macam CN lebih gemar mencampurkan Joymix Pure Collagen Powder dengan air coklat kegemaran CN. Sedap dan kurang rasa ikannya. Amalkan minum setiap hari sebagai sarapan anda untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Tekstur Joymix Pure Collagen Powder seperti susu tepung |
Macam CN lebih gemar mencampurkan Joymix Pure Collagen Powder dengan air coklat kegemaran CN. Sedap dan kurang rasa ikannya. Amalkan minum setiap hari sebagai sarapan anda untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Ingin Mencuba Joymix Pure Collagen Powder?
Jika anda ingin mencuba produk organk Joymix Pure Collagen Powder, anda boleh terus membuat pembelian di lamanweb rasmi >> www.joypremix.com. Satu botol ni boleh tahan sehingga 2 bulan tau.
Ikuti facebook Joymix untuk sebarang promosi terkini serta subscribe Youtube Vitas Product.
Youtube : Vitas Product
Harga JoyMix Pure Collagen Powder
Hokay, harga Joymix Pure Collagen Powder dengan berat 200 g tidaklah mahal apabila boleh tahan sehingga 2 bulan.
1 botol - RM98.00
1 botol - RM98.00
2 botol - RM150
Paling penting, penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia!
Jadi apa tunggu lagi, jom cantik & sihat dengan JoyMix Pure Collagen Powder.
#JoyPremix #JoyMix #JoyMixPureCollagenPowder
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~