Salam Isnin ! Hari Isnin ni jangan moody-moody tau. Meh layan aiskrim rupa tembikai dari jenama Nestle. CN lupa pulak nak ambil gambar plastik aiskrim. Dapat dekat Dhia Zahra, kelam-kabut suruh bukak, dah dibuang plastiknya ! Hehehe..
Hokaylah aiskrim ni, kemain suka anak dara CN tu tau.
Hokaylah aiskrim ni, kemain suka anak dara CN tu tau.
Amvoi, Dhia Zahra ! Kemain kusyuk makan ais krim Cornetto tau. Dengan muka baru bangun tido, dapat ais krim Cornetto terus segar ! Hehehehe..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Inilah rupanya jika Encik Suami terpaksa bawa Dhia Zahra tanpa CN di sebelah. Bukan tak ada baby car seat, tapi Dhia Zahra ni semacam sikit. Tak seperti abangnya yang behave je dalam car seat, Dhia Zahra ni bila masa hormon tak stabil boleh menjerit-jerit dalam car seat tu. Lain anak lain ragamnya kan.
Jadi sebagai solution, Encik Suami buatlah macam dalam gambar bawah ni. Jadi si kecik tu boleh lah tepuk-tepuk dan cubit-cubit manja belakang ayahnya. Solution di bawah cuma berkuatkuasa bila Dhia Zahra buat perangai tau.
Please jangan kecam CN hokay..hehehe
Jadi sebagai solution, Encik Suami buatlah macam dalam gambar bawah ni. Jadi si kecik tu boleh lah tepuk-tepuk dan cubit-cubit manja belakang ayahnya. Solution di bawah cuma berkuatkuasa bila Dhia Zahra buat perangai tau.
Please jangan kecam CN hokay..hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa memang terlebih excited apabila dapat berpeluang main air di taman tema. Antara taman air yang dekat dengan rumah CN adalah Gold Coast Morib. Walaupun tak berapa suka dengan tahap kebersihan disini, kira halal la asalkan anak-anak seronok. Memang takmo datang dah ke sini lepas ni ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kemain tau ber'princesss' bagai si Dhia Zahra ni. Yela, bila kita panggil dia cantik, comel, kemain buat muka excited. Tau pulak maksud cantik dan comel tu kan? Kalau dah perempuan, memang dari kecik lagi suka dipuji gituw..
Dhia Zahra bergaya dengan tutu skirt kaler pink |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kucing antara binatang yang menggelikan anak-anak CN tak kira Irfan Hensem atau Dhia Zahra. Masing-masing geli dengan kucing. Tapi bila selalu didekatkan dengan anak kucing comel ni dekat Dhia Zahra, lama-lama anak dara CN sorang ni jadi berani pegang walaupun kadang-kadang nampak gak takutnya ! Abang Irfan Hensem pulak masih lagi lari lintang pukang bila dikejarkan anak kucing ni dekat dia, geli katanya !
Dhia Zahra duk usung je anak kucing comel ni |
Dalam berani ada takut bila pegang anak kucing yang super aktif ni |
Alahai, kemain duk belai ye |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sedang CN sibuk memasak di dapur, anak dara CN pun sibuk mem'bantu'. Bayangkan betapa terkejutnya CN bila tengok macam ni rupa Dhia Zahra. Dalam diam dia duk main kuali yang tak basuh lagi dekat bawah sinki! Apa lagi bila tangan dah hitam, senang-senang je dia pegang muka dengan tangan yang hitam tu. Jadi la muka macam ni !
Dhia Zahra comot! |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronoknya anak-anak CN si Irfan Hensem & Dhia Zahra bila terima parcel besar dari Drypers Baby Club. Ada 2 trunkie hokay. Budak 2 orang ni macam kembar tau, kalau 1 trunkie confirm berebut !
Sebenarnya trunkie ni bukan CN yang beli, tapi CN redeem point dekat website Drypers. Gigih tau simpan point untuk redeem trunkie ni. Jadi, jika anak anda pengguna Drypers, apa kata masukkan point di website Drypers dan redeem macam-macam ganjaran. Memang berbaloi !

Irfan Hensem & Dhia Zahra bersama trunkie milik mereka |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hakak-hakak sangat tau Dhia Zahra ni. Suka sangat dengan baby. Bila nampak baby je sibuk cakap "nak, nak". Ingat nak buat apa, rupanya nak suruh letak atas riba dia macam kita buat. Alahai la Dhia Zahra.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alahai la anak, suka sangat mereka dengan henfon mamanya. Ni terkantoi sebab 'ter'ambil gambo sendiri ! Hah ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila anda lihat Dhia Zahra duk menggaru-garu muka dan leher dengan muka berkerut tu, maksudnya adalah tanda si bambam tu tengah stress ! Macam gambar di bawah ni. Stress benor mukanya bila CN paksa duduk diam dekat kerusi untuk diambil gambarnya.
Dhia Zahra muka stress |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hai pembaca blog www.cekgunorazimah.com ! Comel tak saya?
Dhia Zahra : Budak perasan comel
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~