Inilah gayanya apabila adik bongsu yang super manja dan duduk asrama disuruh tumbuk cili padi. Full aksesori gituw...😁
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah, dalam banyak-banyak jajan yang Irfan suka, Kinder Joy ni paling terketaq tangan nak beli. Mahal oii, lepastu mainan entah apa-apa. Setakat Irfan dah berumur 4 tahun, baru sekali CN terkantoi jajan ni dengan Irfan. Ni sebab iklan dekat tv la yang buat Irfan kenal jajan ni, lepastu boleh pulak dia nampak dan terus pegang. Ingat nak buat kebal je, boleh pulak anak bujang CN tu duk melalak dekat situ.
Fuh ! Kena lagi berhati-hati ketika shopping lepas ni, pastikan Irfan tidak nampak jajan ni. Begitu juga dengan anda, seram oii nak beli jajan ni ! Hehehe..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Yeke? Tak kan la selebet sangat? Isy, isy, isy..setakat ni dukung Dhia CN mampu lagi pakai wedges hokay. Cuma part tangan anak tak duduk diam tu betul ! Sabo jela..tapi tapi, CN masih mampu jalan ala-ala catwalk dekat AEON Bukit Tinggi tu sambil dukung Dhia tau. Kira tak ada lah selebet sangat ! Hehehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cikgu, please cikgu, satu markah je lagi nak dapat 'A' ni, cikgu...
Hehehe..inilah situasi yang selalu dialami oleh cikgu-cikgu ketika menyemak markah test atau exam. CONFIRM akan ada beberapa orang pelajar yang datang menyendeng mintak markah kesian. Alahai..kalau tak mintak pun setakat 1 markah tu biasanya cikgu bagi diam-diam je. Kesian....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jadilah seperti ayam, walaupun tidak berkasut tapi bijak menutup aurat.
Bukan seperti kambing, simpan janggut berlagak alim! Gulp !!!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~