Khamis lepas birthday anak bujang CN si Irfan Hensem. Kebetulan rumah atuknya ada yasinan atau kenduri bacaan yasin pada malamnya. Sebenarnya Kampung Jenjarom ni ada buat giliran kenduri bacaan yasin atau dalam bahasa jawanya yasinan setiap khamis malam jumaat. Dah alang-alang ada kenduri, terus la beli kek untuk anak bujang CN ni. Boleh la dijamu kepada saudara-mara yang datang. Irfan pun seronok dapat potong kek tau, malu-malu gituw.
Cuma dia agak kecewa sebab berangan nak kek transformers, tapi mamanya belikan kek coklat dihias buah je. Almaklumlah, mamanya sibuk sangat sampai lupa nak tempah kek transformers. Mujur si bujang ni sangat memahami dan sangat appreciate kek yang dibelikan sampai makan berpotong-potong tau. Sambil makan cakap "sedapnya mama!".
Birthday boy bersama kek coklat dihiasi buah-buahan |
Cuma dia agak kecewa sebab berangan nak kek transformers, tapi mamanya belikan kek coklat dihias buah je. Almaklumlah, mamanya sibuk sangat sampai lupa nak tempah kek transformers. Mujur si bujang ni sangat memahami dan sangat appreciate kek yang dibelikan sampai makan berpotong-potong tau. Sambil makan cakap "sedapnya mama!".
Alhamdulillah, hari ni genap umur Irfan 5 tahun. Sekejab je masa berlalu. Bau masa Irfan baby pun masih terbau-bau je. Sedap sangat ! Bila ditanya Irfan nak hadiah birthday apa, dengan konfiden dia jawab "Irfan nak kaler besar banyak-banyak dekat Chilindo!". Nampak tu, selalu nampak mamanya bid dekat Chilindo siap boleh request belikan hadiah birthday dekat situ je tau. Hehehe..
Irfan Hensem dah 5 tahun ! Weee,, |
Khas buat Irfanku sayang...
Selamat hari ulangtahun yang ke-5. Semoga Irfan membesar menjadi anak kebanggaan mama dan ayah serta abang yang terbaik untuk Dhia Zahra. We LOVE you dear.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa memang terlebih excited apabila dapat berpeluang main air di taman tema. Antara taman air yang dekat dengan rumah CN adalah Gold Coast Morib. Walaupun tak berapa suka dengan tahap kebersihan disini, kira halal la asalkan anak-anak seronok. Memang takmo datang dah ke sini lepas ni ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Baru habis CN mengajar dapat whatsapp dari cikgu Irfan siap dengan gambar anak bujang ni tak diambil dari sekolah lagi. Apalagi, kelam kabut call Encik Suami. Masa tu dah pukul 1.30. Bayangkan lambat sejam ambil? Rupa-rupanya Encik Suami salah tengok jam! Alahai la suami. Apa lagi, dalam kereta sepanjang perjalanan duk membebel la anak bujang CN sorang ni marahkan si ayah ambil lambat ! 😆
Muka tak ada perasaan sebab marahkan ayah ambil lambat😅 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronoknya anak-anak CN si Irfan Hensem & Dhia Zahra bila terima parcel besar dari Drypers Baby Club. Ada 2 trunkie hokay. Budak 2 orang ni macam kembar tau, kalau 1 trunkie confirm berebut !
Sebenarnya trunkie ni bukan CN yang beli, tapi CN redeem point dekat website Drypers. Gigih tau simpan point untuk redeem trunkie ni. Jadi, jika anak anda pengguna Drypers, apa kata masukkan point di website Drypers dan redeem macam-macam ganjaran. Memang berbaloi !

Irfan Hensem & Dhia Zahra bersama trunkie milik mereka |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kusyuknya abang Irfan Hensem mewarna di Chili's Citta Mall sampai takmau pandang kamera gituw. Suka hati la anak, asal tak buat perangai sudah.
Irfan Hensem kusyuk mewarna |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak bujang CN sorang ni memang tak boleh tengok kolam, sibuk nak mandi dalam tu. Sampaikan kolam dalam IOI City Mall Putrajaya pun dia nak masuk tau. Mujur dia mintak izin dulu, sempatlah CN dan Encik Suami halang, kalau tak mintak izin alamat buat drama la dekat situ ! Hehehe...
Irfan Hensem di tepi kolam ;) |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak-anak CN, Irfan Hensem & Dhia Zahra memang mewarisi sifat CN yang kaki window shopping. Memang eksited budak-budak ni dibawa ke shoping complex. Jadi, siapa lagi yang akan makan hati jika tidak ayah mereka. Layankan jela kerenah weuols yang berjam-jam di shopping complex ! Hehehehe
Suka hati betul Dhia Zahra dibawa shoping tau |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dalam entry Ke Citta Mall ke kita, CN dah ceritakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat di Citta Mall. Kali ini CN ingin ceritakan lebih detail tentang iDiscovery World yang menjadi bualan Irfan Hensem dan sepupunya. Almaklumlah, seronok sangat di iDiscovery World yang terletak di tingkat 1 Citta Mall ini sampaikan asyik cerita je aktiviti menarik mereka di sana.
Saintis muda di iDiscovery World Citta Mall |
Menjadi Saintis Muda di iDiscovery World
IDiscovery World ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Pelbagai aktiviti berkonsepkan Sains untuk anak-anak. Irfan Hensem sendiri dah cuba aktiviti ikan di dalam botol, gunung berapi, sate belon, glue stick dan macam-macam lagi.
Antara aktiviti sains di iDiscovery World |
Paling menarik, mereka dipakaikan coat saintis. Sangat comel tau ! Aktiviti sains ini terbahagi kepada 3 kumpulan umur iaitu 4-6 tahun, 7-9 tahun dan 10-12 tahun. Aktiviti sains yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kumpulan umur kanak-kanak ini.
Anak-anak kusyuk dengan aktiviti sains mereka |
Dengan cikgu yang sangat ceria dan sporting, sudah tentu penerokaan sains anak-anak menjadi lebih menarik. Seronok sangat bila tengok Irfan aktif dalam pembelajaran sainsnya walaupun baru berumur 5 tahun.
Cikgu yang sangat ceria dan kelakar |
Jika sebelum ini Irfan agak takut-takut dan malu bila beraktiviti di tempat yang baru, tapi di iDiscovery World ini nampak perubahan anak bujang CN sorang ni. Dia akan eksited angkat tangan untuk volunteer. Siap tersenyum bangga tau bila berjaya dalam eksperimennya. Hehehe..
Irfan Hensem di apit awek-awek sainstis |
Ditemubual oleh cikgu |
Dihadapan pintu masuk iDiscovery World Citta Mall |
The Smurfs Holiday Camp
Sempena cuti sekolah ini, iDiscovery World Citta Mall mengadakan program The Smurfs Holiday Camp yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 2017. Pelbagai aktiviti menarik menanti anak-anak anda. Kanak-kanak akan dapat meneroka dunia smurf-tastic fizik, menggali melalui sains cendawan dan pengalaman kimia sihir. Jadi apa tunggu lagi, jom ke iDiscovery World untuk dunia sains anak-anak anda !
Untuk keterangan lanjut, hubungi :
I-Discovery World Citta Mall
011-23848788/012-2815086
Email : ArtisticScienceMY@gmail.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok bila tengok Irfan Hensem & Dhia Zahra berbaik. Elok je senyum bila diambil gambar. Susah tau nak dapatkan moment macam ni. Biasanya tak abang, adik yang akan buat perangai. Kali ini boleh pulak dua-dua bagi kerjasama untuk bergambar. Alahai, sweetnya...
p/s: Maap ye CN terlalu obses dengan anak sendiri..hehehe
p/s: Maap ye CN terlalu obses dengan anak sendiri..hehehe
Irfan Hensem & Dhia Zahra apabila berbaik |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alahai, sibuk betul CN bulan ni dengan pelbagai tugasan hakiki sebagai guru. Dengan Projek Toyota Eco Youth, Projek Website Sekolah & Projek CTCS. Fuh ! Next entry CN cerita ye tentang projek-projek yang dasyat tu.
Okay, nak bagi blog sentiasa update. Saje je share gambo ketika staycation di Hotel Armada PJ. Weouls memang wajib berwelfie di cermin besar di dalam bilik hotel ni tau. Best dah 2 kali CN bermalam di sini dan for sure, jika berkesempatan, CN akan datang lagi ke sini kerana paling best di sini adalah dinner buffet yang sangat sedap!
Okay, nak bagi blog sentiasa update. Saje je share gambo ketika staycation di Hotel Armada PJ. Weouls memang wajib berwelfie di cermin besar di dalam bilik hotel ni tau. Best dah 2 kali CN bermalam di sini dan for sure, jika berkesempatan, CN akan datang lagi ke sini kerana paling best di sini adalah dinner buffet yang sangat sedap!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rentetan dari entry CN >> Zero Deals di i-City Shah Alam, kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca aksi anak bujang CN si Irfan Hensem bergambar solo pulak. Almaklumlah, anak bujang CN ni memang suka bergambo. Layan jela ye..hehehe
Irfan peluk kaki zirafah, sambil peluk tu terus jerit-jerit suruh mamanya amek gambo tau |
Eh, mama. Sama la dengan baju Irfan ! |
Konon-konon nak buat gaya power ranger tapi tak jadi ! Hehehe
|
Ini tak suruh panjat pun dia suka hati je panjat sambil suruh amek gambo |
Kecik je nampak Irfan di sini |
Semua benda dia nak pegang tau |
Whoaa..eksited la tuh |
Irfan dah penat la mama ! Hehe |
Peace lemah sebab dah penat jalan-jalan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak-anak CN sedari kecil telah dilatih untuk berwelfie. Sampai bila disuruh bergambar, eksited masing-masing buat gaya depan kamera. Tengoklah gambo di bawah ni. Pada mulanya CN berwelfie dengan Dhia Zahra, tiba-tiba abangnya datang menyelit. Maka hasillah muka bulat penuh di gambo! Alahai la anak..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Amvoi, seriusnya muka anak teruna CN sorang ni ! Sampai berkerut dahi bila CN minta bergaya untuk bergambar. Inilah ragam Irfan Hensem, kadang-kadang habis gigi ditunjukkan ketika bergambar, kadang-kadang saja buat muka serius macam ni ! Sabo jela...
Irfan Hensem muka serius |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok pulak tengok Irfan Hensem & Aqila Firzanah duk berposing di depan Zac&Zibbo Kids Gym di Sunway Pyramid ni. Memang enjoy budak berdua ni bergym. Irfan hampir 5 tahun manakala Aqila pula sudah 4 tahun, memang pandai bergaya budak berdua ni bila disuruh berposing. Tengoklah Irfan tu dah posing ala-ala model gituw, hover tau !
Tapi yang kelakar, kalau orang yang tidak dikenali suruh dia bergaya untuk bergambar, automatik jari masuk mulut dan cakap "Irfan malu !". Alahai la anak...
Tapi yang kelakar, kalau orang yang tidak dikenali suruh dia bergaya untuk bergambar, automatik jari masuk mulut dan cakap "Irfan malu !". Alahai la anak...
Irfan Hensem & Aqila Firzanah bergaya di depan Zac&Zibbo Kids Gym |
Irfan Hensem & Aqila Firzanah bergaya di depan Zac&Zibbo Kids Gym |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~