Bila cuti sekolah ni, bukan sahaja CN sahaja yang semakin bambam, malah anak bujang CN si Irfan Hensem juga semakin bambam tau ! Almaklumlah, cuti sekolah keje asyik makan je, mana tak bambam anak bujang CN tu ! Sehari je berapa kali makan nasi tau. Tu belum kira kudapan macam cekodok la, kek la yang dia mintak mama dia buatkan. Alahai la anak....
Irfan Hensem makin bambam bila cuti sekolah ni |
Anak bujang CN si Irfan Hensem yang makin bambam masa cuti sekolah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Semasa bercuti ke Port Dickson, CN sempat singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson yang terletak tidak jauh dari pantai Port Dickson. Memang macam-macam ada di Muzium Tentera Darat ini. Sangat sesuai membawa anak-anak anda ke sini lagi-lagi jika anda mempunyai anak lelaki yang sememangnya terlalu suka dengan askar. Irfan Hensem tidak terkecuali sebagai kanak-kanak lelaki yang bercita-cita menjadi askar. Memang excited anak bujang CN apabila di bawa ke muzium ini tau. Dibawah adalah beberapa gambar Irfan bergaya sebagai snipper yang hensem, kacak & bergaya. Hokay tak? Hehehe..
Askar junior si Irfan bergaya seperti snipper |
Askar muda in action |
Ada gaya tak Irfan bergaya seperti askar ? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila hujung minggu berkumpul adik-adik CN yang semuanya perempuan dan masih bujang, tak sah kalau dorang tak buli anak bujang CN sorang ni. Tengoklah gambo ni bukti Irfan Hensem kena buli dengan mak sedaranya. Suka pulak tu bila orang cakap dia cantik, siap senyum je bila diambil gambar! Alahai la anak bujang CN sorang ni.
Irfan Hensem pakai shawl |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lumrah sikap perempuan yang suka dipuji. Walaupun dimulut cakap tak heran dipuji, tapi di hati berbunga-bunga apabila mendapat pujian. Pagi hari menjadi indah apabila si suami menyatakan betapa cantiknya baju isteri dia. Tu baru baju, belum lagi puji tudung, kasut dan lain-lain. Confirm mood ceria sepanjang hari. Betul kan?
Tapi bukan semua lelaki suka memuji isterinya. Macam suami CN memang berat mulut untuk memuji isterinya. Itu yang bila sesekali dipuji, terus mood ceria sampai 1 rumah dibersihkan sebab dapat aura positif. Tapi tula, Encik Suami memang berat mulut untuk memuji CN selalu. Alternatif lain adalah mendidik anak lelaki CN si Irfan untuk menjadi sweet talker. Bayangkan CN balik sekolah penat-penat, Irfan tiba-tiba cakap
Tapi bukan semua lelaki suka memuji isterinya. Macam suami CN memang berat mulut untuk memuji isterinya. Itu yang bila sesekali dipuji, terus mood ceria sampai 1 rumah dibersihkan sebab dapat aura positif. Tapi tula, Encik Suami memang berat mulut untuk memuji CN selalu. Alternatif lain adalah mendidik anak lelaki CN si Irfan untuk menjadi sweet talker. Bayangkan CN balik sekolah penat-penat, Irfan tiba-tiba cakap
"Mama cantik la, baju mama cantik. Tudung mama cantik." Hah! Terus hilang penat & volunteer masak masakan pilihan Irfan. Power kan kuasa pujian ni?
Irfan Hensem si sweet talker |
Jadi kepada wanita yang mempunyai anak tak kisah lelaki atau perempuan, didiklah mereka menjadi sweet talker. Tetapkan dalam hati mereka bahawa Mama merekalah yang paling cantik didunia!
Ciuman dari anak bujang untuk mamanya yang paling cantik didunia ! Ahaks~ |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sabtu lepas telah berlangsung dengan meriahnya Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS di Dewan Orang Ramai Kampung Jenjarom. Walaupun CN tak berapa sihat masa hari tersebut, tapi tetap gagahkan diri untuk anak bujang tersayang. Anak bujang CN ni memang eksited la bila tengok mama dengan ayah bersama adik Dhia Zahra datang menyokong. Alhamdulillah, Irfan berjaya konvo 5 tahun dan berjaya mendapat Anugerah Sahsiah 5 Huda. Sahsiah baik ye, agak terkejut la sebab di rumah memang lain perangai Irfan ni, mengada-ngada je lebih ! Hehehehe..
Irfan Hensem tersenyum bila mamanya muncul untuk mengambil gambar |
Tak banyak gambar yang sempat CN rakamkan sebab tak berapa sihat di tambah dengan Dhia Zahra yang buat perangai. Tapi memang meriah Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS. Tak sangka tahun depan Irfan dah masuk 6 tahun pula.
Semoga Irfan lebih cemerlang di tahun depan ye.
Hiasan pentas Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS |
Video Irfan Hensem semasa acara Sukaneka PASTI Al-QUDS
Okay, CN ingin kongsikan video Irfan Hensem semasa menyertai acara sukaneka bawak bola atas kepala dan lari dengan kasut Phu Chu Kang. Acara bawak bola atas kepala tu Team Biru Irfan johan tau. Acara lari dengan kasut Phu Chu Kang pula Team Biru dapat nombor 3.
~ Salam Jumaat dari Cekgu Norazimah ~