Bila dah jadi blogger ni, sememangnya hidup dengan Internet jela. Gelisah jika sehari tak dapat online tau. Bila dah online pulak, pasti kekadang akan 'ter'shopping online. Tapi kali ini CN bukan nak cerita tentang shopping online, tapi CN nak share tentang satu lamanweb yang ada menawarkan cashback atau pulangan wang tunai bila anda shopping online! Hah ! Barang dapat siap pakej dengan cashback lagi. Untungla kan, sambil shopping boleh pulak dapat duit poket.
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan cashback ini?
CN percaya pasti ramai di antara anda yang tidak pernah dengar tentang Getex Malaysia bukan? Ia adalah lamanweb yang menawarkan cashback bila anda shopping di kedai-kedai terpilih. Maksudnya disini, jika anda mahu shopping di Lazada, apa kata pergi ke lamanweb Getex dahulu untuk melihat tawaran menarik yang mereka tawarkan. Kemudian, selepas shopping anda akan mendapat cashback atau pulangan wang tunai sehingga 9% dari harga pembelian. Masih keliru? Meh sini CN kongsikan langkah-langkah mudah untuk menggunakan Getex ini.
Langkah-langkah pembelian menggunakan Getex
1. Sign up ke Getex Malaysia. Anda boleh juga sign up dengan menggunakan akaun facebook.
2. Selepas mendaftar, pastikan anda lengkapkan maklumat peribadi anda di MY GETEX terutama sekali maklumat bank kerana pihak Getex akan terus masukkan cashback ke akaun bank anda.
3. Pilih stores yang anda mahukan. Sebagai contoh, CN pilih Lazada. Jadi klik SHOP NOW.
4. Terdapat pelbagai tawaran dan coupon di Lazada yang pihak Getex tawarkan. Anda hanya perlu GRAB DEAL dan anda akan dibawa terus ke lamanweb Lazada untuk terus shopping !
Selepas anda shopping, pihak Getex akan meminta anda untuk mengisi maklumat pembelian. Anda hanya perlu isi sahaja dan tunggu cashback masuk ke akaun bank anda. Best kan? Bukan sahaja dapat barang, malah dapat pulak 'duit poket'.
Jadi apa tunggu lagi?
Jom mendaftar di Getex Malaysia dan dapatkan 'duit poket' anda !
Getex Malaysia sudah menawarkan RM 100,000 cashback sejak November 2015 tau ;) |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anda suka shopping online? Tahu tak shopping online sekarang lagi jimat bila anda menggunakan voucher? Pernah dengar tak tentang Voucher Codes? CN pun baru tahu tentang voucher codes ni, rugi betul tak guna kupon diskaun Lazada masa shopping sakan baju Baby Dhia dekat Lazada bulan lepas! Alahai...
Kod Diskaun 11 Street di Voucher Codes
Untuk pengetahuan anda, Voucher Codes menawarkan pelbagai diskaun dan voucher untuk anda membeli belah di pelbagai laman web jualan online seperti 11 Street, Lazada, Reebonz, Agoda, malah Groupon pun ada tau. Berganda-ganda diskaun yang anda akan dapat.
Sebagai contoh, jika anda hendak shopping barang di 11 Street, perkara pertama yang anda perlu buat adalah kunjungi laman web Voucher Codes. Kemudian search 11 Street, pelbagai voucher dan kupon diskaun 11 street akan dipaparkan. Sebagai contoh, terdapat promosi Ramadhan Special Up to 90% Off New Members, anda hanya perlu klik Activate Deal dan ia akan bawak anda terus ke laman web 11 Street. Jadi teruslah menyoping apa sahaja yang anda suka. Mudah bukan?
Klik Activate Deal |
Di laman web 11 Street pula, terdapat pelbagai lagi promosi untuk barangan baby. Hah ! Dah berganda-ganda promosi yang anda akan dapat. Best tak?
Laman web 11 Street |
Jika anda hendak membeli pakaian, cuma klik Fashion Apparels dan akan dipaparkan pelbagai stores online yang menawarkan pelbagai kod diskaun. Cuba tengok di bawah ini, kupon diskaun Lazada dan Zalora pun ada tau. Wah ! Tazabarnya nak shopping !
Selain pakaian, pelbagai diskaun untuk hotel juga ada ye selain makanan dan juga produk kecantikan. Anda hanya perlu rajin search sahaja kod diskaun yang ada di Voucher Codes dan kemudian gunalah untuk lagi penjimatan. Weee
Antara 'kedai online' popular yang ditawarkan di voucher codes |
Jadi apa tunggu lagi, jom berjimat dengan Voucher Codes.
Kemudahan dah ada, gunakan je.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jenama Lipstik Yang Terbaik
Dari zaman anak dara hingga kini, CN dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Lipstik je antara make up CN yang tak boleh dipisahkan. Sudah banyak jenama lipstik yang telah CN guna. Berikut merupakan 5 jenama lipstik pilihan CN sebagai panduan untuk anda yang masih mencari-cari jenama lipstik untuk dicuba.
5 Jenama Lipstik Terbaik Pilihan CN
1. Mary Kay
Jenama lipstik yang CN guna sekarang. Memang sudah jatuh cinta sebab CN sukakan penutupnya yang 'sukar' dibuka oleh Irfan. Warna faveret CN semestinya color me coral sebab nampak natural.
2. Mac
CN guna Mac masa zaman anak dara sampaila baru kahwin ketika menetap di KL kerana selalu shoping di Sogo. Sekarang dah tinggal di Banting, tempat paling dekat nak beli make up Mac ni adalah di Alamanda. Memang bercinta nak ke sana...hehe. Apa yang bestnya lipstik Mac ini adalah teksturnya yang 'kaya' dan kekal lama. Bibir rasa seksi je bila pakai lipstik Mac. No wonder la Mac ni sentiasa menjadi pilihan.
3. SimplySiti
Lipstik SimplySiti ni best tau. Lembut dibibir dan tahan lama. Selalu beli kalau ada jualan gudang. Memang berbaloi harganya.
4. L'oreal
L'oreal Color Riche Glam ni memang best tau. Rasa lembut je dibibir. Harga pun mampu milik.
5. D'Herbs
Lipstik Collagen D'Herbs ni memang best. Serius bibir menjadi mungil serta merta. Sesuai dipakai untuk aktiviti riadah. Yela, masa riadah pun mestilah kelihatan cantik dan wajah tidak pucat. Baru lah suami sayang ! Eh !
Kredit : Gambar semua adalah original dari Google.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Taman Rekreasi Banting
Taman permainan ini terletak berhadapan dengan Hospital Banting memang meriah dengan pelbagai aktiviti di petang hari. Tarikan terbaru di Taman Rekreasi Banting ini adalah tempat khas untuk bermain rollerblade dan skateboard.
Permainan rollerblade dan skateboard menjadi trend kini. Tetapi jangan pula anda fikir bahawa CN yang bermain rollerblade ni. Agak-agak la dengan perut besar ke depan untuk bermain permainan ini. Silap hari bulan terus kena paksa warded di Hospital Banting pula, tak ke naya tu? Hehehe
CN dan adik membawa anak-anak melihat orang bermain rollerblade dan skateboard disini selain bermain pelbagai permainan yang terdapat di taman rekreasi ini. Semestinya anak saudara CN si Aqila sangat teruja untuk memiliki rollerblade warna pink, Irfan pula macam tak kisah je. Oklah, jimat duit dari beli rollerblade tu..ahaks~
CN & Miza berwelfie tika anak-anak sibuk bermain
Eh, Irfan & Aqila pun nak join kitorang berwelfie.
Pakngah melayan anak-anak melihat orang bermain rollerblade dan skateboard
Owh...dating ye?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kondangan owh Kondangan
Kondangan adalah bahasa jawa yang bermaksud kenduri kahwin. Baru-baru ini sepupu Encik Suami iaitu Dayah yang cun telah bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya Napis. Majlis diadakan di Kampung Endah, Banting. Majlis yang simple tetapi mengumpulkan saudara-mara yang ramai memang meriah. Almaklumlah, menurut ayah mertua, penduduk di Kampung Endah sahaja hampir 50% ada ikatan saudara dengan keluarga ayah. Memang besar keluarga ini. Sebab itu bila diadakan majlis kenduri kahwin, meriah dengan saudara-mara sahaja.
Walau bagaimanapun, kondangan kali ini CN tidak dapat join sinoman (rewang) kerana masalah darah rendah. Sejak kebelakangan ini memang CN kerap pening kepala dek sindrom darah rendah ini. Inilah penangan ibu mengandung, macam-macam penyakit yang hinggap, sabar jela.
Ok, takmo cerita tentang darah rendah CN. Nak cerita tentang perasaan 'hakak-hakak' bila CN balik ke Kampung Endah ini. Ini kerana ayah mertua adalah anak sulung dalam keluarga dan Encik Suami juga adalah anak sulung dalam keluarga. Jadi bila kahwin dengan cucu sulung ini, bertemu dengan sepupu-sepupu yang lain pasti akan menjadi hakak ! Terasa tua pulok ! Hehehe
Tapi adik-adik sepupu ini memang sporting dan ramah. Cun-cun pulok tu. Bolehlah adjust jika berkenan...hehe
Agenda wajib bila keluarga berkumpul adalah mengusik cicit nombor 2 iaitu Irfan yang kecoh
Gambar Encik Suami taken by Irfan, pandai pulak budak kecik ni ambil gambar, ada bakat ni..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Walaupun Hari Raya Aidil Adha telah seminggu berlalu, baru kini CN sempat berkongsi gambar suasana di kampung yang nyaman udaranya tanpa jerebu. Serius, masa di kampung dapat bernafas dengan bahagia sekali. Balik je ke Banting, terus mengadap jerebu dengan IPU 197 !!
Sambutan raya kali ini dengan sangat 'sederhana' dek kerana kecuaian CN terlupa membawa balik baju raya CN dan Encik Suami. Sebagai protes, Encik Suami langsung takmo bergambo raya dengan CN dan Irfan. Its ok, yang penting Irfan sporting dan hensem bergaya dengan baju melayu lengkap bersampin ! Hehehe
Dress CN tu murah je beli di Mydin Mall Parit Buntar. Orang perempuan ni memang senang cari baju murah-murah. Best kan? Ok, layankan jela gambar CN bersama adik-adik yang single mingle bersama ayah tersayang yang tetap sporting melayan anak-anak nya berposing raya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Lama tak dating berdua dengan Abang Hensem @ Encik Suami ni. Kali ini lunch di The Chaiwala Banting, memang sedap menu di situ.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Abang Sado Idaman Malaya
Untunglah Cik Zaty dapat bergambar dengan Abang Sado idaman Malaya iaitu Shaarnaz Ahmad sempena Open House Avon Banting. CN betul-betul lupa pasal event ni, tup-tup Cik Zaty share gambo perasan comel dia ni dalam grup whatsapp, fuh ! Panas hati betul ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Wallpaper Bunga Sakura
Masih dalam mood raya. Hujung minggu sibuk je beraya ke rumah saudara mara serta rakan-rakan serta memenuhi undangan open house. CN yang sudah sedia 'bambam' semakin menjadi-jadi kebambamannya !
Dalam banyak-banyak rumah yang CN pergi beraya, paling tergoda dengan rumah kawan Encik Suami iaitu tokey kepok lekor di Kampung Sungai Buaya, Banting. Masuk je ke rumah, sudah terpampang wallpaper bunga sakura yang memenuhi dinding ruang tamu. Serius, memang sangat cantik dan sejuk mata memandang. Bila duduk berborak, dah fefelling macam di Jepun tau !
Wallpaper Cantik Bunga Sakura
Menurut tuan rumah, harga wallpaper serta kos pemasangan wallpaper cantik bunga sakura ni mencecah RM1500 ! Pergh ! Tapi memang berbaloi sebab tenang je hati berada di ruang tamu ni. Kalau CN duk menanda skrip jawapan PT3 pelajar ketika bersantai di ruang tamu ni, confirm ramai pelajar boleh dapat A ! Hehe
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~
Hari keduapuluh #Cabaran20Hari dengan tajuk "Pengalaman main mercun masa raya".
Diam tak diam sudah tiba hari terakhir #Cabaran20Hari. Mercun yang CN selalu main dari kecik sampai sekarang iailah mercun pop ! Kalau ke kedai Setia RM2 di Banting, Irfan Hensem pasti paw CN untuk belikan mercun pop. Kemain seronok si kecik tu main mercun pop siap menjerit-jerit keriangan gituw.
Diam tak diam sudah tiba hari terakhir #Cabaran20Hari. Mercun yang CN selalu main dari kecik sampai sekarang iailah mercun pop ! Kalau ke kedai Setia RM2 di Banting, Irfan Hensem pasti paw CN untuk belikan mercun pop. Kemain seronok si kecik tu main mercun pop siap menjerit-jerit keriangan gituw.
Pengalaman Main Mercun Masa Raya
Sejak CN berkahwin dengan Encik Suami, sudah jadi kemestian untuk main mercun yang besar tu. Bukan CN yang main, Encik Suami yang main le. CN tak tahu apa nama mercun tu, ala mercun yang meletup 20x, 30x tu. Kalau malam raya jer mesti Encik Suami akan bakar mercun tu. Memang meriah !
Anda pula bagaimana, apakah pengalaman main mercun anda?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~