Istilah gemuk bagi perempuan !
>> Berat naik 2kg
>> Dagu berlapis
>> Perut buncit
>> Peha dan betis besar
>> Kawan lagi kurus!
Orang lelaki mesti kena tahu benda ni. Jangan duk merungut bila dengar orang perempuan duk merungut "Isy, aku dah gemuk la !" hokay.
Alhamdulillah, niat hanya suka-suka je join contest penulisan blog tentang Buku Disney Edisi Bahasa Melayu, akhirnya CN dapat memenangi hadiah saguhati buku Disney bernilai RM200. Bukan sahaja buku, ada juga kotak aktiviti seperti Mickey the Magnificent (Irfan verangan jadi magician), Minnie Makes (kena jahit cekak rambut, fuh! Bercinta sungguh), Magic Foil (hias kasut) dan macam-macam lagi.
Kebetulan cuti sekolah ni, bolehlah CN melayan Irfan Hensem dengan macam-macam aktiviti dari hadiah ni. Oklah, meh la layan beberapa gambar yang sempat disnap.
Kebetulan cuti sekolah ni, bolehlah CN melayan Irfan Hensem dengan macam-macam aktiviti dari hadiah ni. Oklah, meh la layan beberapa gambar yang sempat disnap.
Bersama Pn. Leeya dan hadiah yang dimenangi, best ! |
Irfan dah target mana nak terjah dulu dalam keta nanti ! Hehehe |
Disebabkan CN datang mengejut, Pn. Leeya tak sempat nak prepare, masuk je dalam plastik tuh |
Ekcited tengok hadiah yang dimenangi |
Antara hadiah buku Disney yang dimenangi, ada lagi yang telah difaraid untuk anak sedara ;) |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seterika baju merupakan perkara yang paling tak disukai oleh CN tapi mesti buat sebab CN tak selesa dengan baju yang berkedut. Memang beruntung jika anda mempunyai seterika mahal seperti Philips PerfectCare Aqua, tapi faham-faham jela harganya yang "Ya ampun!". Disini CN ingin berkongsi dengan anda rahsia menjadikan seterika murah berfungsi seperti seterika mahal. Bagaimana caranya?
Kredit kepada Persatuan Muafakat Johor yang berkongsi tips mudah seterika baju ini, sangat mudah dan jimat !
Tips Mudah Seterika Baju
1. Anda hanya perlukan papan seterika, kertas aluminium, kain cotton dan stapler gun.
2. . Okay, mula-mula balut papan seterika dengan kertas aluminium. Mana nak dapatkan kertas aluminium tu, ada dijual di semua pasaraya ye. CN biasa guna kertas aluminium ni untuk bakar ikan! Hehe
3. Kemudian, balutkan pula kain cotton atas kertas aluminium tadi. Kemaskan dengan stapler gun.
4. Hah ! Dah siap ! Cantik kan?
5. Hasilnya anda tak perlu gosok bahagian belakang.
6. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminium itu pemantul haba yang baik !
Jangan lupa mencuba ye. CN dah paksa adik-adik di kampung buatkan. Dah tak payah susah payah bawak balik iron Philips CN yang besar gedabak tu. Jimat sangat !
Selamat mencuba tips mudah seterika baju ini!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sebagai wanita moden yang berkerjaya, kesihatan dalaman wanita perlu dijaga supaya kekal aktif, cergas serta cantik luar dan dalam. Lagi-lagi sebagai guru, perlu sentiasa cergas dan cantik supaya dapat menarik perhatian pelajar. Disini CN ingin kongsikan amalan penjagaan kesihatan dalaman wanita dengan meminum air rebusan herba. Sangat senang dan mudah diamalkan.
Air rebusan herba |
Air Rebusan Herba Untuk Kesihatan Dalaman Wanita
Bahan-bahan Air Rebusan Herba
Halia (besar ibu jari)
Kunyit (besar ibu jari)
Serai (2 btg)
Daun Pandan (2 helai)
Gula Batu / Madu (ikut suka)
Air 3 cawan
Tambahan (jika perlu)
Sireh (2 helai) - utk masalah keputihan
Manjakani (1 biji) - utk merapat miss v - (x sesuai utk anak dara)
Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 cawan air
Minum suam2
😊
** hanya minum sebulan sekali sahaja selepas period
Khasiatnya :-
* Membersihkan rahim selepas haid
* Mengeluarkan angin dalam tubuh
* Memecahkan lemak-lemak di perut
* Mengurangkan masalah bau badan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sejak ada anak 2 ni segalanya kena cepat dan ringkas. Kalau pakai tudung pun tak boleh pakai banyak-banyak pin takut terkena muka baby Dhia bila dukung dia. Jadi pilihan CN tentulah shawl instant dua muka yang sangat mudah dipakai. Tak perlu beli shawl instant dua muka, boleh buat sendiri je dengan menggunakan shawl yang melambak-lambak tu dan semestinya faveret CN pashmina yang lembut dan tidak jarang. Hah ! Meh sini CN share tutorial cara pakai shawl dua muka tanpa jahit dan hanya menggunakan pin sahaja! Semudah abc !
Jom la lihat video tutorial cara pakai shawl dua muka dengan menggunakan pin dari Bakawali Couture.
Tutorial cara pakai shawl dua muka dengan menggunakan pin sahaja |
Video Tutorial Cara Pakai Shawl Dua Muka Dengan Menggunakan Pin Tanpa Jahit
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Merebus Telur
Jika betul cara merebus telur, memang akan mudah untuk membuang kulitnya nanti. Disini CN kongsikan tips merebus telur yang patut anda cuba.
Cara Menjadikan Telur Rebus Mudah Dikopek
Semasa merebus telur, masukkan setengah sudu kecil garam. Kulit telur akan lebih mudah dikopek selepas itu.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara betul menyimpan lobak di dalam peti ais
Lobak merupakan sayur yang wajib ada dalam peti ais di rumah CN. Walau bagaimanapun, apabila disimpan berhari-hari di dalam peti air, lobak akan menjadi kering dan kurang rangup apabila dimasak.
Disini CN berkongsi dengan anda tips mudah menyimpan lobak di dalam peti ais. Jom kita cuba.
Petua agar lobak lambat kering
Ketika menyimpan lobak di dalam peti ais, bungkus lobak dalam keadaan kering di dalam aluminium foil. Mudah bukan?
Selamat mencuba
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~