Rahsia Mudah Kurus
Apakah RAHSIA nyer?
- Makan jangan pelahap
- Jadikan kata-kata kutukan suami yang anda gemuk sebagai 1 cabaran untuk control makan
- Banyakkan berjalan [terutama ketika shoping..memang practical !! ]
- Masa berpantang, jangan lupa berbengkung
- Bf anak anda dengan kerap [kalau jenis selalu 'outstation' macam aku, kena kerap pumping]
- Ambil supplement [ ESP + Alfafa + Lecithin ]
Bf atau pun breastfeed memang terlalu banyak faedah nya. Selain mendapat pahala dan keberkatan, aku telah berjaya menggantikan duit untuk beli susu irfan dengan baju dan handbag yang baru [eh !] Selain itu, bila keluar jejalan dengan suami dan irfan, tak perlu bawak bakul besar berisi thermos untuk bancuh susu..hehe . Mudahnya hidup kan? Tapi aku agak pelik kenapa ramai cakap bf anak susah..banyak perkara boleh dilakukan ketika bf anak tau..check it out.
10 Perkara yang boleh dilakukan ketika bf anak :
- Melayari Internet [check email/main farmville dan itgirl/tulih entry baru..hehe]
- Membaca suratkhabar/majalah/novel dan bahan-bahan bacaan lain
- Makan dan minum
- Ketip kuku anak [untuk yang pakar saja]
- Buat blueprint Kelab Basketball dan soalan2 PBS [untuk cikgu2 sahaja]
- Semak jawapan PBS pelajar [untuk cikgu2 juga]
- Menonton TV dan mendengar radio
- Make up !!
- Gossip bersama adik2 tersayang
- Bermanja-manja dengan hubby [hehe]
~ Irfan yang membulat dengan jayanya hasil susu ibu ~
MmUanx !!
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.