Salam 1 Malaysia..
Hari ini Cikgu Norazimah berbesar hati berkongsi tentang buku Act Like A Lady Think Like A Man dengan semua kaum wanita sekalian..chewah ! Penulis buku ni Steve Harvey merupakan seorang pelawak, jadi penulisan dia memang ringkas dan mudah difahami. Buku ni memang best tau..khusyuk jer baca masa assembly monin sampai Miss G cakap pon tak perasan..[sori yer boss..hehe]
17 Januari 2013 ni, genap la 5 bulan my bujang. Fuh! Dah macam2 kerenah nyer, berat dah susut sikit sebab sangat2 la aktif. Tidur atas katil dah mcm main perang2 sebab keliling katil ada bantal wat pagar. Nak bagi tidur atas baby cot, mls nk bangun mlm amik si kechik ni bagi susu. Lagi senang menyusukan sambil baring, dengan mama dier sekali tidur daa..hehe. Budak bambam ni memang enak dipeluk, mesti agak pelik perasaan mama bila si comei ni tidur dlm baby cot, tak nak..tak nak ! Biar la baby cot jadi tempat letak baju Irfan n mama jer..hehe
Alhamdulilah, smpai sekarang masih lagi fully bf. Stok ebm penuh dalam freeze dkt umah mak mertua n umah KL. Impian nk beli deep freezer untuk simpan stok ebm, tapi rasa cam membazir lak. Takper la, simpan sikit2 jer, masa pump pun dah dipanjangkan. Biasanya, siang aku pump 3 kali n mlm 2 kali..tengok pada tahap kesibukan aku..hehe . Alhamdulilah, sekali pump paling cikit pon dapat 4oz. Tu pun kalu guna manual breastpump. Kalu guna my lovly spectra, kejab2 pon dapat 7oz. Itulah rezeki Irfan. InsyaAllah, niat nak menyusukan Irfan smpai 2 tahun. Semoga niat aku yang suci murni ni dapat tercapai. [smile]
Bila makin membesar ni, bnyak lak pantang si kecik ni. Jom kter tgk apa pantang my bambam ni..
10 Pantang Irfan
- Pantang letak, mesti nak terus meniarap n pusing merata-rata
- Pantang tengok kamera, dari menangis terus diam bila orang amik gambo dier
- Pantang jugak tengok hp, tahu jer mama dier tengah record, terus diam atau wat muka chomel tak nk bising2..
- Pantang tengok laptop, mesti nak ditekan-tekan n dipicit-picit keyboard tu. Dia ingat mainan ker, dh le mahal, isy2
- Pantang tengok video baby nangis, terjerit-jerit dier excited [mcm nak adik jer..hehe]
- Pantang tengok kotak tisu, terus diketuk-ketuk n dimakan tisu tu
- Pantang tengok iklan kat tv, terus berhenti segala aktiviti dier masa tu
- Pantang dengar suara ayah dier, terus tergedik2 minta didukung
- Pantang masuk keta, mesti nak tidur, then bila keta stop, terus jaga..hehe
- Pantang tengok surat khabar, majalah, buku dan segala hardcopy, mesti direnyuk-renyuk n dimakan-makan..[smile]
~ Walau pun my chomei ni agak berisi n bambam, tp sgt la aktif n cepar meniarap. Sekarang ni dah mara n start merangkak lak..hmm..lagi cepat ler terbakar lemak mama Irfan ni duk mengejar anak bujang sorang ni..hehe ~
~Irfan gayat !! haha..budak bambam ni memang tkut tinggi2..muka cuak jer..[smile]~
~Ini la dier anak KK ! walaupun comei..tp garang & aktif !! ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kat bawah ni aku huraikan 5 tanda akan bersalin. Banyak lagi
tanda-tanda lain, tapi sebab banyak report kena siapkan minggu ni gak, ini
sahaja yang dapat aku kongsikan.
Selamat membaca..[wink]
1. Air Ketuban Pecah
2. Kontraksi Yang Kuat dan Teratur
3. Pengeluaran Bendalir
Selamat membaca..[wink]
5 Tanda Anda Akan Bersalin
CN ketika mengandungkan anak ketika. 37 minggu ketika ini |
1. Air Ketuban Pecah
[Waktu aku bersalin dulu, air ketuban
dipecahkan oleh doktor..bukan pecah sendiri. Menurut kajian, hanya 8% wanita hamil akan
mengalami air ketuban pecah sebelum mereka kontraksi. Apabila air ketuban telah
keluar, ini bermakna proses bersalin hampir dekat..jeng..jeng..jeng]
2. Kontraksi Yang Kuat dan Teratur
[Walaupun kontraksi merupakan tanda awal hendak
bersalin, kebanyakan wanita mengalami kontraksi palsu atau Braxton Hicks. Aku
kena bnda alah palsu ni lepas berjalan-jalan pusing Banting shoping untuk raya.
Rasa sakit perut yang amat sangat, tapi tak kerap. 13/8 pegi hospital, doktor check belum masa
untuk bersalin. Tapi dapat MC..hehe..actually, memang tak larat nak keje
minggu2 last nak bersalin tu.]
3. Pengeluaran Bendalir
[Sepanjang kehamilan, serviks anda akan menjadi
rapat dan dipenuhi dengan mukus. Ia merupakan keadaan semulajadi untuk protect
baby daripada jangkitan kuman. Tapi bila hampir nak bersalin, mukus akan keluar
sama ada dalam bentuk cecair atau tompok likat. Macam aku, keluar darah dulu
masa 16/8. Sehari sebelum bersalin. Sebab keluar darah tu la aku ajak En. Hubby
pegi hospital serah diri. Mak mertua aku cakap, menurut orang tua-tua … bila
kuar darah dulu sebelum pecah ketuban, di panggil kembar darah. Hal ini
kemungkinan disebabkan aku yang suka mandi malam masa preggy. Ek? Kadang-kadang
cakap orang tua-tua ni ada betulnya..aku ni jer yang degil taknak dengar
cakap..hehe]
4. Mengalami Cirit-Birit
[Pada bahagian awal proses kelahiran
bermula, tubuh anda mula membebaskan prostaglandis iaitu sejenis hormon yang
menyebabkan uterus menguncup dan membantu melembutkan serta membuka serviks.(kalau
salah nama hormon tolong maafkan yer). Tapi hormon ni gak boleh merangsang
usus-usus lalu menyebabkan anda mengalami cirit-birit yang kerap. Part ni memang betul. Masa 2 minggu nak
bersalin tu, aku memang kerap ke toilet. Bukan awal pagi mcm biasa tu tau,
tengah2 malam ke 3 pagi camtu. Bayangkan tengah best2 tidur tiba-tiba terjaga sebab
nak berak. Giler ! Itulah yang aku kena penangan Irfan dah ke bawah sangat.]
5. Belakang Badan Mulai Sakit
5. Belakang Badan Mulai Sakit
[Sepanjang preggy memang selalu rasa sakit
belakang, tapi bila dah nak bersalin, rasa sakit makin menjadi-jadi. Selalu minta
hubby urutkan. Tapi orang tua cakap jangan urut belakang badan kuat sangat takut
muka anak lebam. Orang tua-tua cakap muka baby kat belakang badan ibu, kalu
urut kuat sangat, tu yang bila baby kuar muka biru2. Waallahualam..]
Harus diingat, setiap orang mempunyai tanda yang berbeza.
Bergantung kepada badan individu itu sendiri. Ada orang sakit kejab terus
bersalin. Cam aku seminggu gak sakit baru leh bersalin. Isnin pegi hospital
tapi bukaan baru 2 cm, so doktor suruh balik. Hari khamis datang balik, bukaan
still 2 cm, tapi sebab sakit sangat, kena la admit. Jumaat tu baru ler kuar
budak bambam comei lote tu..
Selamat Bersalin !!
Colmar Tropicale Bukit Tinggi Review
Colmar Tropicale Bukit Tinggi merupakan tempat hunnymadu CN dan Encik Suami celebrate anniversary yang pertama. My fav place sbb tenang..damai..sejuk..romantik..boleh feeling mcm dekat oversea. Tak percaya? Pergi sendiri dan rasa..
Kitorg plan nak pegi tempat lain..tp masa tuh CN cnfm preggy 2 bulan. So pegi ler tempat dekat yang CN dan Encik Suami tak pernah pegi..serius !! CN suka Colmar Tropicale Bukit Tinggi.
Tak tergoda ke dengan background belakang tu? Cantik kan design bangunannya..siapa ler kreatif sgt wat bnda ni yer?
Feeling mcm artis..tengok mamat tu usyar CN..hehe.. Baju CN tu kan, nak cerita la kan, baju tradisional wanita Turki, bapak mertua yang tersayang belikan..omei kan?
Alahai..hensem + kacak + bergaya laki i sorang ni..[puji lambung2 cikit sebab sponsor semua kos percutian kali ni..hehe]
Kami laki bini memang suka bergambo..wink
Tunjuk jam..mesti ker?
Kereta lembu yang takde lembu..
Tunggu pizza..sedap gak, harga pon ok..tapi sendiri mau ingat la, setengah jam gak duk tunggu termenung food yang sedap tu..huhu
View malam yang happening..actualy ada show orang main2 api, tp gambo tak lawo sangat.
Owh..my syayang minta di sponsor ke spa..
Last sebelum balik..sempat singgah main dengan binatang2 yang omei2.. cher tgk CN ngn arnab pon tkot..isy2 [mesti Irfan dalam perut duk gelak2 ngn mama dier..hehe]
Kesimpulannya, di Colmar Tropicale Bukit Tinggi ,,anda seolah-olah berada di Perancis dan Jepun..best kan? Bak cakap En. Suami..dah macam naruto leh pergi perancis then pegi jepun lak..magic2 !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apa itu IG6 Colostrum?
IG6 Colostrum adalah susu awal lembu yang diambil seawal 6 jam pertama selepas lembu melahirkan anaknya dan telah dikaji dan dianalisa secara terperinci oleh Minnesota Valley Testing Laboratories dan College of Veterinary Medicine, Cornell University bahawa ianya menepati USRDA dan 100% asli.
Hah !! Panjang lebar penerangan Cikgu Norazimah yer..kalu dah dasar cikgu, memang suka cakap panjang lebar ni. [smile]
Ini adalah entry perasan..ulang suara..ENTRY PERASAN !! hehe
Normal bagi mama weekend mcm aku ni akan sentiasa merindui anak2 mereka. Isnin pagi balik KL n ptg jumaat baru jumpa anak..gila tak rindu !! Ini lah nasib guru-guru yang masih lagi tidak dapat bertukar atas alasan tiada kekosongan di tempat yang dipohon. Aku pun tak tahu sampai bila leh tahan mcm ni..dh 2 tahun kwin..hanya mampu menjadi isteri hujung minggu..sekarang tmbah status mama hujung minggu pula..hmmmm [feeling sedey jab yer]
Ok..takmo sedey2..jom layan anak bujang ku yang makin comei n banyak keletah..bakal menjadi 'Jejaka Jawa Idaman Malaya'. Kepada aweks cun di luar sana..sila isi form dari mama irfan yer..smile
Fuyoo !! Jawatan taknak kalah beb..PENGURUS PASUKAN BOLA KERANJANG yer. Itulah jawatan aku untuk tahun ke-3 di SMK St. Mary. Basically, i have nothing about basketball..yang aku tahu cuma players basketball tinggi-tinggi dan hensem-hensem ! [kebanyakkannyer la]
Alhamdulilah, walaupun aku cuma tahu cara2 nak passing n shoot, tapi tak ada la sengal sangat sampai tak tau main langsung. Macam biasa, aku biasanya belajar mengenai sesuatu tu dari Mr. Google yang hensem kacak bergaya ni dan juga pengalaman menguruskan pasukan bola keranjang sekolah selama 2 TAHUN..hehe
Ok..mari kita belajar teknik2 asas permainan bola keranjang yer.
Zen Garden Resort Kundasang
Alahai..tengah bendera jepun ni tetiba datang lak mood romantik. Terkenang kembali saat-saat indah honeymoon dekat Zen Garden Resort, Kundasang. Memang BEST !! Thanks sangat dekat Pn. Chua cikgu senior sekola aku yang mencadangkan tempat ni. Siap cakap lagi "Azie..better u try Zen Garden, tempat nyer cantik dan romantik sangat tau" dengan slanga sabah nya yang pekat. Aku pun tanya ler Mr. Google ok ke tak Zen Garden ni. Search gambar semua..memang jatuh cinta pandang pertama !
Alkisahnya, aku booking online bilik deluxe. Sampai jer ke sana, lepas check in, balcony bocor dgn air hujan. Agak spoil kan mood romantik kitorg. So aku dengan muka konfiden pergi ke receptionist complain. Dorang mintak maaf dan bagi kitorg bilik besar siap ada tub mandi lagi. Best kan? Best ! Best ! Dah la tempat tu sejuk, dapat berendam dengan air panas..heaven betul berada di Zen Garden Resort Kundasang ..
~View dari balcony bilik kitorg yang bocor..ni view membelakangkan gunung kinabalu~
~ Bilik kitorang nombor 3 dari kiri, sebelah tu cafe..dekat jer nak gi makan~
Rahsia Mudah Kurus
Apakah RAHSIA nyer?
- Makan jangan pelahap
- Jadikan kata-kata kutukan suami yang anda gemuk sebagai 1 cabaran untuk control makan
- Banyakkan berjalan [terutama ketika shoping..memang practical !! ]
- Masa berpantang, jangan lupa berbengkung
- Bf anak anda dengan kerap [kalau jenis selalu 'outstation' macam aku, kena kerap pumping]
- Ambil supplement [ ESP + Alfafa + Lecithin ]
Bf atau pun breastfeed memang terlalu banyak faedah nya. Selain mendapat pahala dan keberkatan, aku telah berjaya menggantikan duit untuk beli susu irfan dengan baju dan handbag yang baru [eh !] Selain itu, bila keluar jejalan dengan suami dan irfan, tak perlu bawak bakul besar berisi thermos untuk bancuh susu..hehe . Mudahnya hidup kan? Tapi aku agak pelik kenapa ramai cakap bf anak susah..banyak perkara boleh dilakukan ketika bf anak tau..check it out.
10 Perkara yang boleh dilakukan ketika bf anak :
- Melayari Internet [check email/main farmville dan itgirl/tulih entry baru..hehe]
- Membaca suratkhabar/majalah/novel dan bahan-bahan bacaan lain
- Makan dan minum
- Ketip kuku anak [untuk yang pakar saja]
- Buat blueprint Kelab Basketball dan soalan2 PBS [untuk cikgu2 sahaja]
- Semak jawapan PBS pelajar [untuk cikgu2 juga]
- Menonton TV dan mendengar radio
- Make up !!
- Gossip bersama adik2 tersayang
- Bermanja-manja dengan hubby [hehe]
~ Irfan yang membulat dengan jayanya hasil susu ibu ~
MmUanx !!
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Entry kali ni aku menggunakan bahasa omputih..sekadar berkongsi tentang WANITA. Wanita/perempuan ni memang special..mereka ni selalunya lain di mulut & lain di hati.Aku suka menggunakan contoh diri sendiri, adik2 n rakan2..Korang nilai la sendiri yer.. selamat membaca yer..<3
Sebagai seorang cikgu merangkap Jurulatih Utama PBS Geografi Tingkatan 1&2..aku ingin berkongsi tentang perkara yang perlu dipelajari untuk Geografi Tingkatan 1. Harus diingat, NO MORE PMR dengan PBS ni. SO kehidupan anda lebih mudah dengan PBS .. xoxo
Hari ini meeting dapat berita BEST !! SMK St. Mary dianugerahkan :
1. Sekolah Harian Terbaik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk peratus A PMR 2012
2. Sekolah Harian Terbaik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk peratus lulus PMR 2012
Petua Ibu Hamil
Sekarang ni hari2 hujan..banjir sana-sini, so apa aktiviti korang semua? Mesti yang dah kahwin tu, mengeram jer dalam bilik kan? Bak kata sorang kawan aku tu, sekarang ni musim orang mengawan, so tunggu ler bulan 8 & 9 nanti penuh ler hospital orang nak bersalin !! hehe [anak2 dara abaikan ayat2 ini yer..xoxo]
Sekarang ni hari2 hujan..banjir sana-sini, so apa aktiviti korang semua? Mesti yang dah kahwin tu, mengeram jer dalam bilik kan? Bak kata sorang kawan aku tu, sekarang ni musim orang mengawan, so tunggu ler bulan 8 & 9 nanti penuh ler hospital orang nak bersalin !! hehe [anak2 dara abaikan ayat2 ini yer..xoxo]
Aku dengan rasa baik hati dan berbangga ingin berkongsi dgn bakal2 ibu di sana petua ibu hamil yang aku research dari En. Google.